Wednesday 29 January 2014

CINEMA TODAY: Robocop (2014)

CINEMA TODAY: Robocop (2014)
Directed by Jose Padilha

Filem Tropa De Elite (The Elite Squad) karya Jose Padilha merupakan sebuah filem aksi berkisarkan sekumpulan polis elite membenteras jenayah di kawasan hitam Brazil.
Filem ini dihasilkan dengan editing yang laju, realistic, dan gritty dengan penceritaan yang baik dan kemas. Ini jelas menunjukkan Brazil tidak kering dengan bakat-bakat besar (seperti Walter Salles, Fernando Meirelles) yang mampu mengancam kehebatan karyawan dari Hollywood.

Setelah menonton filem Tropa De Elite, harapan saya kepada filem remake Robocop menjadi sangat tinggi. Tidak hairan bila melihat Hollywood yang kekeringan idea terpaksa mengimport karyawan dari Brazil ini untuk memberi nafas baru kepada Robocop. Hollywood seperti tidak mahu filem remake terbaru ini kecundang seperti filem-filem remake yang lain. Jose Padilha memang pilihan tepat Hollywood, kerana filem asal Robocop (1987) arahan Paul Verhoeven merupakan sebuah filem aksi hebat yang sukar untuk tandingi dari segi penceritaannya.

Plot - Tidak ada perubahan besar yang dilakukan untuk filem Robocop versi baru ini. Ia masih lagi setia dengan karya asal Robocop (1987) tulisan Edward Neumeier dan Michael Miner cuma diolah semula oleh Joshua Zetumer. Ia mengisahkan Alex Murphy seorang anggota polis yang mengalami kecederaan teruk akibat cubaan bunuh oleh musuhnya telah diselamatkan oleh syarikat senjata gergasi Omnicorp dengan bantuan alatan canggih yang menukarkannya menjadi sebuah cyborg (separuh manusia, separuh robot)

Storytelling - Pemilihan Jose Padilha di bangku pengarah memang tidak sia-sia. Editing yang laju dan penceritaan yang kemas serta tidak gopoh tanpa mengabaikan perkembangan watak membuatkan filem ini menarik untuk ditonton. Satira sosial yang terdapat dalam filem asal juga masih dikekalkan pada filem ini. Pengaruh media, propaganda Amerika, pengaruh kapitalist dalam politik antara satira yang cuba disampaikan walaupun tidak banyak seperti filem asal tapi nampak masih releven dengan remake terbaru ini. Kebanyakan elemen yang terdapat dari filem asal Robocop masih terdapat pada filem baru ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan dari filem asal telah dikenalpasti. Antaranya ialah aspek keganasan yang disampaikan tidak sehebat dahulu, kondisi dan realiti jenayah di kota Detroit juga tidak diperhalusi sehebat dahulu. Selain itu watak Robocop juga mendapat pendekatan yang sedikit berbeza. Tidak seperti filem asal Robocop iaitu watak Alex Murphy jauh berubah  dan beliau tidak mengenal siapa dirinya setelah bertukar menjadi Robocop. Tetapi bagi filem remake ini, beliau masih mengenal dirinya walaupun setelah menjadi cyborg.

Skrip dan lakonan - Mantap dan bersahaja. Filem ini dibarisi oleh ramai pelakon A-list Hollywood. Hampir kesemua pelakon berjaya membawa watak dengan baik terutamanya Samuel L. Jackson yang berjaya mencuit hati saya dengan watak pengacara TV yang bertutur seperti watak Jules Winnfield dalam filem Pulp Fiction. Cuma lakonan Joel Kinnaman sebagai Alex Murphy tidak begitu menyerlah pada pendapat saya.

Character development - Perkembangan watak bagi setiap watak utama digarap dengan baik. Transformasi Alex Murphy kepada robocop serta emosinya lebih difokuskan kali ini.

Muzik dan lain-lain - Muziknya ok cuma muziknya seperti keterlaluan dan tidak sesuai pada beberapa scene terutamanya scene aksi dan tembak menembak . Kamera work bagi filem ini memang mantap. Di adun pula dengan aksi yang hebat serta bantuan CGI yang kompleks, membuatkan filem ini akan mendapat pujian dari peminat filem aksi.

Kesimpulannya, remake terbaru Robocop ini boleh dikatakan remake yang berjaya. Ia masih mengekalkan elemen-elemen dari filem asalnya. Secara peribadinya, walaupun ia tidak dapat menandingi kehebatan filem asalnya tetapi pengarah Jose Padilha harus diberikan pujian atas sentuhannya pada filem ini. Oh ya filem ini boleh ditonton oleh kanak-kanak. Ia bukan Rated-R seperti filem asalnya. Ini mungkin kerana Hollywood tidak sabar untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda dari filem ini dan juga tidak lupa jualan figura aksi yang sudah sedia menanti kanak-kanak di kedai mainan yang berhampiran.

My personal evaluation : 7.5 /10 bintang

Monday 27 January 2014

MOVIE REVIEWS: Grave of the Fireflies (1988)

MOVIE REVIEWS: Grave of the Fireflies (1988)
Directed by Isao Takahata

Sebuah filem animasi dari Studio Gibli karya Isao Takahata. Filem mengisahkan cabaran 2 beradik meneruskan kehidupan selepas rumah mereka dibom ketika serangan udara tentera Amerika ke atas Jepun semasa perang dunia ke-2.

Plot - Sangat ringkas. Menceritakan pengalaman 2 beradik meneruskan kehidupan sebatang kara sehingga saat mereka meninggal dunia.

Storytelling - Sangat menyentuh perasaan. Dengan plot yang simple ini. Pengarah filem ini cuba menyampaikan suasana perang yang detail dan realistic. Dan hidangan yg terpenting disini ialah emosi karektor yang cuba meneruskan kehidupan yang sukar ketika perang.

Lakonan dan skrip - Walaupun ini ialah sebuah filem animasi. Tapi tidak keterlaluan saya katakan lakonan 2 beradik kartun ini lebih hebat dari gandingan Sandra Bullock dan George Clooney dalam Gravity. Sangat emotional dan real. Untuk merasakan feel bagi filem ini disyorkan anda menonton versi jepunnya.

Animasi - Saya bukan peminat tegar filem animasi. Tetapi filem animasi keluaran jepun kebiasaannya tidak mengecewakan. Anda inginkan feel, emotional dan realistik. Inilah filemnya. Sangat real sehinggakan filem animasi 3D Beowulf pun tidak dapat menandingi realistik filem ini.

Muzik dan lain-lain - Muzik filem ini sangat indah. Terasa semacam muzik kitaro apabila mendengar seruling dimainkan. Dapat dilihat kesungguhan orang jepun dalam menyiapkan animasi ini dengan hasil animasi yang cantik dan muzik yang menawan.

Filem ini memang filem lama. Ia keluar pada tahun yang sama dengan filem Akira arahan Katsuhiro Ohtomo. Bagi mereka yang belum pernah tgk filem ini. Sila tonton. Anda tidak akan kecewa saya janji. Anggaplah filem ini sebuah filem perang seperti Empire of the Sun tetapi dalam bentuk animasi.
(Bonus features filem ini ialah temuramah dengan Roger Erbert mengenai pandangan beliau tentang filem ini. Sangat menarik)

My personal evaluation: 8/10 bintang.

Friday 17 January 2014

MOVIE REVIEWS: Cinema Paradiso (1988)

MOVIE REVIEWS: Cinema Paradiso (1988)
Directed by Giuseppe Tornatore

Sebuah filem itali yang mengisahkan tentang sejauh mana minat dan cinta dpt mempengaruhi hidup seseorang.

Plot - Kisah hidup Toto yang sejak kecil meminati filem dan cinema. Minatnya itu akhirnya membuatkan ia jatuh cinta pada cinema dan akhirnya menjadi darah daging dalam kehidupannya. Dalam masa yang sama dia juga telah berjumpa dengan cinta hatinya, Elena. Cintanya pada Elena dipenuhi dengan banyak liku-liku dan cabaran sehingga memberi impak mendalam pada dirinya.

Storytelling - Filem arahan Giuseppe Tornatore digarap dengan penuh emosi. Feel good, sedih, kelakar diadun dengan baik sehingga penonton dapat menjiwai kisah Toto dengan penuh perasaan. Filem bermula ketike Toto sudah dewasa dan kisah hidupnya diceritakan dalam flashback ketika minatnya pada filem bermula sewaktu kecil dan disusuli pula dengan kisah percintaannya yang penuh tragis.

Lakonan dan skrip - Sangat mantap. Lakonan Salvatore Cascio (Toto sewaktu kecil) sangat berkesan dan menghiburkan. Filem ini ternyata indah dengan lakonan hebat dan skrip yang mantap. Character development diolah dengan sangat baik.

Muzik dan lain-lain - Muziknya memang significant dan sangat indah. Saya hampir menintiskan air mata disalah satu scene, tetapi berjaya mengekang airmata atas kemachoan yg masih ada. 
Muzik hasil gubahan komposer kegemaran saya, Ennio Morricone ternyata menjadikan filem ini terlalu indah. Cinematography dan tempo filem digarap dengan baik sekali.

Ternyata kebanyakan filem-filem itali memang sangat indah dan feel good (hidup dan penuh warna-warni). Dan Cinema Paradiso adalah antara yang terbaik dari Itali. Filem yang menyentuh tentang cinta ternyata menyentuh perasaan saya. Bagi mereka yang belum menonton. Inilah filem perlu anda tonton sebagai seorang movie addict.

My personal evaluation : 8.5/10 bintang.



Wednesday 15 January 2014

CINEMA TODAY: Her (2014)


CINEMA TODAY: Her (2014)
Directed by Spike Jonze.

Setelah menonton filem-filem Spike Jonze sebelum ini seperti Being John Malkovich dan Where The Wild Things Are. Saya seperti mengharapkan sesuatu persamaan dari filem terbarunya iaitu Her. Persamaan itu ialah sebuah filem yang kreatif dan bermain dengan psikologi serta imaginasi. Persamaan ini memang terdapat dalam filem Her.

Ya. Harapan saya kepada filem Her juga sangat tinggi. Sukacita dimaklumkan filem HER memang sebuah karya yang hebat dari Spike Jonze. Sebuah filem cinta science fiction dimana teknologi dapat membantu menguruskan kehidupan seharian dan menjadi peneman hidup di masa akan datang.

Plot - Mengisahkan Theodore Twombly yang berusaha untuk mencari pasangan untuk memenuhi kesunyian yang dialaminya setelah bercerai dengan isterinya. Pencariannya berakhir apabila ia menjalinkan hubungan yang abnormal dengan wanita alam maya iaitu sebuah program A.I. (artificial intelligance) bernama Samantha.

Storytelling - Secara peribadi, filem ini mempunyai keasliannya dan penonton dapat mengaitkan watak Theodore pada diri mereka serta dapat merasakan kewujudan program seperti Samantha tidak mustahil akan wujud dimasa akan datang. Kisah Theodore diceritakan dengan kemas, tidak meleret. Ia banyak memfokuskan psikologi beliau bersama program Samantha serta impak kepada hidupnya. Apa yang menarik, Spike Jonze berjaya menyelitkan banyak humor, rasa cinta, emosi yang keliru, tragedi, dan obsesi yang menakutkan dalam filem ini.

Skrip dan lakonan - Skripnya cemerlang. Lakonan sangat mantap. Joaquin Phoenix memegang watak Theodore memang boleh dipuji.Pada saya lakonannya lagi hebat dari watak Johnny Cash yang dibawa dalam filem Walk The Line. Watak murung Theadore yang   berinteraksi dengan Samantha yang tidak wujud berjaya dilakonkan dengan penuh emosi. Watak Samantha yang hanya menggunakan suara pelakon Scarlett Johansson juga tidak kurang hebatnya. Lenggok suaranya dan perwatakan yang dibawa oleh suaranya sangat real dan boleh mencairkan perasaan mana-mana lelaki.

Character development - Watak Theodore memang dikembang dengan baik. Penonton seperti dapat merasai perasaannya dan apa yang terbuku dalam hatinya. Kesedihan dan kemurungan, emosi dalam menjalinkan hubungan, obsesi yang menakutkan sehingga jiwa, raganya seperti diserahkan bulat-bulat kepada program Samantha.

Muzik dan lain-lain - Seperti filem Spike Jonze yg lain, muziknya memang bersesuaian dengan filem dan disusuli dengan lagu-lagu yg menarik.
Cinematografi juga menarik. Saya juga gemarkan konsep masa hadapan yang dicipta. Tidak jauh beza dengan zaman sekarang cuma teknologi interaktifnya sangat maju ke hadapan dan tidak lupa costum yang colorful dan ranggi. Sentuhan artistik dalam beberapa scene juga sangat menarik dan membuatkan filem ini lebih terasa dari segi emosinya.

Kesimpulannya. Filem Her merupakan sebuah filem hebat yang cuba menyentuh tentang sejauh mana cinta dan kehendak seseorang dapat mengeratkan sesebuah hubungan. Watak Theodore yang inginkan hubungan cinta dengan pasangan yang boleh memahami setiap inci perasaannya akhirnya terperangkap dengan obsesi yang menakutkan sehingga sanggup bercinta dengan sebuah suara.

Nota: Filem ini hanya untuk orang dewasa. Sila tinggalkan anak anda dirumah.

Personal Evaluation saya : 8.5/10 bintang

Tuesday 14 January 2014

MOVIE REVIEWS: Prisoners (2013)

MOVIE REVIEWS: Prisoners (2013)
Directed by Denis Villeneuve

Kali terakhir saya menonton filem yang engaging dan mendebarkan seperti terasa jasad berada dalam filem tersebut ialah sewaktu menonton filem No Country For Old Men arahan Coen Brothers.

Ketika menonton filem Prisoners, tiba-tiba perasan yang sama datang kembali.
Kusyuk, fokus, penuh debar untuk menghayati jalan cerita dan liku-liku yang dialami oleh watak-watak yang terlibat. Filem ini telah berjaya memukau saya. Satu karya yang menarik dan antara yang terbaik.

Plot - Simple tetapi menarik kerana ada cerita disebalik cerita yang terjadi.

Storytelling - Fantastic. Disinilah kehebatan filem ini. Mood yang ditonjolkan, psikologi setiap watak, pace filem yang kemas dan tidak kalut.

Skrip dan lakonan - Sangat bersahaja dan mantap. Lakonan Hugh Jackman sangat terkesan..Apa yang terbuku didalam hatinya dapat ditunjukkan dengan tenungan mata dengan berkesan. Tetapi saya secara peribadi lebih tertarik dengan lakonan Jake Gyllenhaal kerana watak detective Loki (bercincin freemason) sangat bersahaja, unik dan tidak cliche. Trademark matanya yg akan berkelip-kelip membuatkan saya terbayang watak joker lakonan Heath Ledger dalam filem The Dark Knight yang suka mengeluarkan lidahnya ketika bercakap. Tidak saya sangka, pelakon yang saya gelar sissy boy atau budak mentah yang pernah memegang watak seorang gay, prince of persia, just another jewish actor kini dapat menonjolkan kekuatannya sebagai method actor yang mempamerkan lakonan yang sangat bersahaja dan mantap.

Muzik dan lain-lain - Muzik yang minimal kini menjadi trademark kepada filem berkualiti dari hollywood. Era music Danny Elfman yang sangat hollywood semakin kurang menjadi trend bagi filem-filem terkini hollywood (kecuali cerita George Lucas. Maaf). Ambient music ini yang dimainkan mengingatkan saya pada filem arahan Client Eastwood seperti mystic river.
Satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah style kamera work yang gemar mengambil shot dari halangan cermin atau kaca. Terasa seperti ada sesuatu yang memerhati objek di sebalik kaca itu (mungkin perasaan saya sahaja)

Kesimpulannya Prisoners adalah satu psikologikal drama yang mantap kerana setiap watak dalam filem ini mempunyai dilema masing-masing. Penonton seperti dapat merasakan dilema yang terjadi pada setiap watak.
Si ayah dalam dilema untuk menyiksa penculik.
Si penculik dalam dilema untuk menyatakan perkara sebenar setelah teruk diseksa.
Si detektif dalam dilema untuk menyelesaikan kes mengikut aturan kerja yg betul 'by the book' akibat tekanan dari pelbagai sudut.
Kawan kepada si ayah pula dalam dilema untuk turut terlibat dalam menyiksa penculik yang telah menculik anaknya.
Semua dilema ini dapat dirasakan oleh penonton.

Personal Evaluation saya : 9/10 bintang

MOVIE REVIEWS: Malcolm X (1992)

MOVIE REVIEWS: Malcolm X (1992)
Directed by Spike Lee.

Filem berkisarkan perjuangan seorang negro yang mengalami pelbagai transformasi dalam hidupnya di dalam sebuah komuniti yang penuh dgn sentimen perkauman.

Plot - Filem arahan spike lee yang digarap dengan penuh kesungguhan berdasarkan autobiografi malcolm X sendiri.

Storytelling - Walaupun durasi agak panjang (3jam lebih) tapi penonton tidak merasa bosan kerana setiap minit merupakan detik penting transformasi malcolm dari seorang samseng jalanan kepada pejuang kulit hitam dan seterusnya menjadi seorang pejuang islam.

Lakonan dan skrip - Tiada siapa yang boleh menggantikan Denzel Washington untuk watak Malcolm X ini. Hampir semua watak berjaya menghidupkan drama ini dengan baik sekali.

Muzik dan lain-lain - Muzik yang sederhana dan editing yang menarik. Filem ini pada saya berjaya menonjolkan Malcolm X sebagai muslim yang bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran dan memperjuangkan keadilan.
Babak-babak akhir pembunuhan Malcolm X diikuti oleh footage-footage asal Malcolm x sangat terkesan.

Pesanan dari guru saya,
"Dalam kita berkenderaan, cari selamatnya.
Dalam kita menjalankan urusan dunia, cari menangnya.
Dalam kita menjalankan urusan akhirat, cari benarnya."
Dalam konteks Malcolm X, beliau memang bersungguh mencari menangnya dunia dan benarnya agama. Tetapi sayangnya, selamatnya tidak ada kerana akhirnya beliau telah dibunuh oleh musuh-musuh yg tidak senang dengan tindakannya. Kepada mereka yang menonton, harap filem ini dapat dijadikan tauladan.

My personal evaluation : 7/10 bintang.

Friday 10 January 2014

1/6 WORLD:Tony Stark Mandarin Mansion Assault

1/6 WORLD:Tony Stark Mandarin Mansion Assault 
Movie: Iron Man 3
Product by Hot Toys

Head Scupt:  8/10
-Fantastic. The best Tony Stark head sculpt.

Paint Apps: 9/10 
-Skin color and texture application are very fine dan the details are very life like. 

Costume: 8/10
-A good choice of material selections.

Accessories: 9/10 
-Tons of tools and gadgets.

Pose-ability: 8/10

Accuracy to the movie: 9/10

Life like: 8/10

Overall:8/10

A must have for iron man fans. But for movie buff who are not focusing on iron man line only. You can skip this.








Thursday 9 January 2014

CINEMA TODAY: Lone Survivor (2014)

CINEMA TODAY: Lone Survivor (2014)
Directed by Peter Berg.

Kali terakhir saya menonton filem oleh Peter Berg ialah Battleship (2012). Sebuah filem yang membosankan dan sangat boleh dijangka atau boleh dipanggil sebagai "a pop corn no brainer hollywood" movie. Siapa sangka sindrom Bayism (dari Michael Bay) boleh berjangkit pada pengarah lain.

Bagi filem terbaru Peter Berg ini, saya memang sudah bersedia menerima sesuatu film seperti Battleship. Tapi sangkaan saya silap. Berbeza pula dgn Lone Survivor, hasil kerja Peter Berg nampak lebih matang dan cuba lari dari sindrom Bayism. Menarik untuk ditonton.

Plot: Mengisahkan sekumpulan askar US navy SEAL yang ditugaskan untuk memburu ketua taliban bernama Ahmad Shah di Afganistan. Misi mereka tidak berjaya dan sebaliknya mereka pula yang diburu.

Storytelling - Secara amnya Peter Berg berjaya membuatkan anda melekat di bangku cinema, hasil dari penceritaan yang kemas, mendebarkan dan realistik dalam menunjukkan keganasan perang. Tetapi secara peribadinya, saya tidak berapa gemar menonton filem ini kerana elemen propoganda Amerika yang sangat terang cuba ditonjolkan. Seperti biasa dalam kebanyakan filem propaganda Amerika, kita akan disajikan dengan watak hero yang baik terdiri dari orang Amerika sahaja dan orang lain yang bukan orang Amerika ialah orang jahat, kejam, tidak bertamadun, bodoh, lembik dan sehingga kadang-kadang tidak layak diberi nama watak dalam filem.
Ya. Filem ini begitu. Permulaan ceritanya sahaja sudah ditunjukkan propaganda tersebut. Iaitu ketika taklimat sebelum misi mereka bermula, mereka menunjukkan video clip tentang kekejaman taliban memancung kepala orang dengan parang tumpul sehingga mangsa pancung terpaksa dilibas beberapa kali bagi menonjolkan lagi kekejaman scene itu. Kenapa dengan parang tumpul. Kenapa.

Skrip dan lakonan - Skripnya ok dan normal. Orang afganistan masih lagi cakap bahasa ibunda mereka. Itu normal. Bukan seperti filem 47 ronin baru-baru ini. Lakonan pula baik. Lakonan Mark Walberg, dan lain-lain watak navy SEAL berjaya sehingga membuatkan anda dapat merasakan kesakitan yang dialami mereka.

Character development - Bagi filem perang, seperti biasa hollywood akan menonjolkan propanda Amerika mereka sehingga perkembangan watak menjadi tidak seimbang. Watak orang amerika iaitu hero akan dikembangkan dengan baik. Tetapi malang watak orang jahat memang dilayan dengan teruk sehingga kita tidak tahu nama watak-watak lain kecuali nama Ahmad Shah ketua taliban yang langsung tidak ada sepatah skrip untuknya. Bayangkan watak askar afganistan digarap dengan teruk sekali.
-Askar Afgan tidak tahu menembak. Bayangkan sekumpulan askar afgan yang ramai melawan 4 orang sahaja askar US. Bila mereka tembak askar US memang susah nak kena. Scene yang kelakar bila mereka menembak beberapa kali menggunakan RPG tetapi masih juga tidak kena askar US. Oh sangat kartun.
-Askar Afgan mudah dikalahkan. Bayangkan kelengkapan senjata mereka yang cukup, berbekalkan pengalaman menentang penjajah Russia ketika perang dingin, tahu selok belok kawasan hutan mereka. Tetapi bila berdepan dengan 4 org askar US. Bilangan kematian askar Afgan 40 orang (lebih kurang) dan askar US sebanyak 3 orang. Saya memang mencarut ketika itu.
-Orang Afgan bodoh dan berpecah belah. Terdapat sekumpulan orang afgan yang cuba membantu seorang askar US (mark walberg) yg cedera parah sehingga sanggup berperang dengan askar taliban sehingga sanggup kampung mereka diserang.
Hey.Orang tengah berperang, janganlah campur tangan.
Kenapa pandai sangat.

Muzik dan lain-lain - Muzik bagi filem ini memang terbaik dan sesuai dengan mood filem. Hasil garapan Explosion in the Sky dan Steve Jablonsky ini memang cuba lari dari stereotaip muzik filem perang. Minimal dan appropriate dengan scene. Tiada kedengaran muzik boombastik ketika scene perang bermula seperti filem perang hollywood yang biasa kita tonton. Cuma akan kedengaran bunyi tembakan, batu pecah,tulang patah, orang menjerit kesakitan. Hebat.
Cuma beberapa scene sahaja yang saya rasa out of place dalam filem ini. Ketika saat kematian seorang askar US secara tiba-tba filem menjadi slow motion ala-ala tranformers michael bay yang konon-konon dramatik la sangat.

Kesimpulannya.Lone Survivor adalah filem yang menarik dari Peter Berg. Cuma propoganda amerika yang berlebihan itu menyebabkan saya menonton dgn perasaan love hate yang bercampur baur. Pada saya filem ini berkisarkan 4 orang penjahat dari US yang menceroboh negara Afganistan dengan misi membunuh orang tidak pernah menjejakkan kakinya ke US. Nasib seorang penjahat US itu sangat bertuah apabila beberapa orang tali barut afgan menyelamatkannya. Tali barut yg sangat bebal pada saya sehingga menyebabkan ramai penduduk kampung mereka mati terbunuh hanya kerana seorang jejaka tampan Amerika yang tiada kena mengena dengan hidup mereka. Jika anda inginkan sebuah filem aksi yang mendebarkan,filem ini sangat berbaloi ditonton. Dengan harapan anda tidak muntah didalam panggung akibat propaganda yang diselitkan.

Personal Evaluation saya : 7/10 bintang