Monday 28 September 2015

CINEMA TODAY: Sicario (2015)

CINEMA TODAY: Sicario (2015)
Directed by Denis Villeneuve
SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini ada menyentuh sedikit tentang struktur cerita. Walau bagaimanapun, spoiler ini tidak menjejaskan plot built up dan mood menonton.

Ada satu persamaan menarik dalam setiap filem yang dihasilkan oleh tuan Denis. Filemnya agak personal, membawa penonton tertanya2 apa yg sedang terjadi dengan mood intense yang dibina secara perlahan sampai ke penghujung cerita. Beliau sangat konsisten dalam menghasilkan karya bermutu dan setakat ini karyanya tidak pernah mengecewakan.

Plot - Sicario mengisahkan Kate Macer (Emily Blunt) seorang agent FBI yg berdedikasi telah menawarkan diri untuk menyertai satu pasukan gabungan khas yg terdiri dari beberapa agensi kerajaan dalam misi menjejaki ketua sindiket dadah Mexico yang misteri. Dalam misi ini beliau bersama seorang lagi rakan FBInya terpaksa bekerjasama dengan Matt Graver (Josh Brolin), seorang unit tindakan khas dan Alejandro Gillick (Benicio del Toro) penasihat operasi yg misteri. Berjayakah misi mereka dalam menjejaki ketua sindiket dadah misteri tersebut?

Storytelling - Filem ini yang bermula dengan skor muzik atmosferik yg samar2 sudah cukup untuk memberitahu hala tuju bagi mood filem yang ingin dibawa oleh tuan Denis. Filem ini kelam, disturbing dan intense. Mood kelamnya diolah dengan perlahan dan diselit dgn babak intense yg meyakinkan. Penonton akan dibawa ke dalam filem melalui watak Kate yg tertanya2 akan apa yg sedang berlaku disekelilingnya. Apa yang dirasai Kate akan dirasai oleh penonton. Di sini filem ini cuba menguji kesabaran penonton dgn naratif yg agak perlahan dan pelbagai persoalan akan timbul sewaktu menontonnya. Tiada yang istimewa tentang naratifnya kerana ia tidak memberi kesan penceritaan yg kuat kepada penonton. Walaupun begitu, apa yang membuatkan filem ini hebat ialah bagaimana naratif yg biasa ini diangkat tuan Denis dengan baik sekali. Beliau berjaya memberi mood kepada filem ini dgn baik melalui cinematografi yang cemerlang dan muziknya yang mencengkam.

Character development - Terdapat sedikit kejanggalan dalam perkembangan watak Kate. Kate digambarkan lemah dan seperti budak hingusan sebaik sahaja beliau menyertai pasukan gabungan khas sedangkan sebelum ini beliau merupakan kapten yg punya karisma dalam pasukan FBI. Watak lain seperti Matt dan Alejandro kelihatan agak misteri dimana hubungan dan motif mereka diungkapkan pada pengakhiran cerita. Apa yg menarik dalam filem ini, Kate sebagai watak utama protagonist yg menonjol pada mulanya, berakhir menjadi watak lemah dan mangsa keadaan akibat permainan watak2 sampingan di penghujung cerita. Dan watak sampingan pada mulanya tidak menonjol, berakhir menjadi watak penting dalam filem.
Kate Macer menyimpan dendam apabila rakan sepasukannya terkorban

Skrip dan lakonan - Skripnya kelihatan sedikit comot di beberapa tempat. Misi operasi pasukan gabungan khas mereka nampak kurang efisien. Sebagai contoh motif mereka masuk ke dalam terowong sempadan yg digunakan oleh sindiket Mexico untuk menyeludup manusia dan barang larangan ke Amerika boleh dipersoalkan. Ia agak kurang jelas dan kurang membantu penceritaan. Misi utama mereka sebenarnya ialah membunuh ketua sindiket dadah misteri, Fausto Alarcon. Mereka boleh menjayakan misi utama tanpa melibatkan misi terowong kerana jelas misi terowong itu sebenarnya boleh menjejaskan misi utama. Misi utama membunuh Fausto hanya boleh dilakukan dengan memintas dan menculik Rafael (yakni rakan kongsi Fausto) ketika beliau memandu kereta menghala ke rumah Fausto. Hanya melalui Rafael sahaja pasukan gabungan khas dapat menyelinap masuk ke rumah Fausto dengan senyap. Dalam misi memintas kereta Rafael, mereka terpaksa mencuri kereta polis yang terdapat di pintu keluar terowong. Dimana secara kebetulan kereta polis itu berada disitu. Jika dilihat kembali, misi memintas kereta Rafael mereka akan gagal jika tiada kenderaan di pintu keluar terowong tersebut. Perancangan operasi ini nampak lemah dan tidak fullproof. Ada banyak cara yang lebih efisien untuk mereka menyelesaikan misi utama tanpa melibatkan misi terowong. Misi utama membunuh Fausto yang bermula dengan misi memintas kereta Rafael di Mexico itu turut dibantu oleh kapal terbang drone. Persoalannya kenapa mereka tidak memintas sahaja kereta Rafael dengan kerjasama perisikan di bahagian Mexico. Merekakan CIA. Oh lupa nak bagitahu. Mereka sebenarnya CIA. Selain itu, filem ini kelihatan janggal apabila pasukan FBI kelihatan mudah dipermainkan oleh pasukan CIA. Pasukan FBI tidak diberikan gambaran jelas tentang misi dan motif operasi. CIA bertindak demikian bertujuan untuk mempergunakan FBI bagi memudahkan kelancaran operasi domestik dengan alasan bidang kuasa CIA boleh diguna pakai hanya di luar negara. Kate pula sebagai seorang yg berpangkat dlm FBI dilayan spt budak sekolah yg baru dapat kerja apabila menyertai pasukan gabungan khas. Bagi aspek lakonan pula, Emily Blunt membawa watak Kate dengan cemerlang sekali. Namun lakonan Benicio del Toro sebagai Alejandro sangat mencuri tumpuan. Lakonannya yang tenang dan misteri sangat meyakinkan.
Saat mencemaskan dalam terowong


Muzik dan lain-lain - Skor muzik oleh Johann Johannson sangat cemerlang. Muziknya intense dan distrubing. Temponya bermula dengan perlahan pada beberapa babak seolah-olah ingin memberitahu penonton akan ada bahaya di hadapan. Apabila ia sampai ke momen klimaks, skor disturbingnya sangat memukau. Secara keseluruhan skor muzik oleh tuan Johann bergerak harmoni pada setiap babak dan muziknya agak minimalist. Peranan cinematografi filem ini juga sangat berkesan dalam memberi mood filem. Terdapat ariel shot yg menawan. Scene malam bermula dengan shot silhouette yang cantik di waktu senja. Keadaan malam yang sangat gelap digambarkan agak misteri dan menakutkan seperti ada bahaya dihadapan. Apa yg menarik shot waktu malam itu diselangselikan dengan shot thermal vision dan night vision dari kaca mata watak2 yg terlibat. Ia seperti membawa penonton masuk sekali ke dalam terowong bersama mereka. Editing juga sangat membantu filem ini. Momen kegemaran saya ketika mereka masuk ke pekan mexico itu sangat mendebarkan. Penonton dapat merasai setiap inci perjalanan ketika mereka masuk ke pekan itu dengan banyak shot2 mendebarkan dari pelbagai angle. Padahal babaknya simple dari point A ke point B untuk mengambil banduan. Di sini mereka berjaya mencipta mood yg mencengkam walaupun tiada ancaman ketika itu. Anda dapat rasakan ancaman sedang menanti dihadapan.
Saat mendebarkan ketika masuk kampung orang

Kesimpulan - Walaupun plotnya kelihatan sedikit lemah dan naratifnya agak perlahan. Sicario secara keseluruhan merupakan filem yang berjaya dengan cemerlang. Mood yang kelam, intense, dan disturbing yang diangkat tuan Denis telah memberi roh yang kuat pada naskah ini. Kekuatan sesebuah filem itu bergantung pada naskahnya. Namun disini Sicario sebagai naskah biasa telah membuktikan kehebatan tuan Denis sebagai seorang pengarah. Tahniah kepada beliau dan semestinya saya sebagai peminat setia tidak sabar menunggu karya beliau yang seterusnya. Untuk pengetahuan, tayangan Sicario sangat terhad, jangan lepaskan peluang menontonnya. Bergegas ke pawagam dengan segera untuk merasai mood Sicario.

My personal evaluation: 8.0/10 bintang



Wednesday 23 September 2015

CINEMA TODAY: Jwanita (2015)

CINEMA TODAY: Jwanita (2015)
Directed by Osman Ali

SPOILER ALERT
Genre supernatural horror bukan genre kegemaran saya. Ini kerana genre sebegini kadangkala lebih mementingkan mood keseraman seperti jump scare melampau dan babak gore sehingga ia lupa untuk menekankan perkara penting yakni character development dan motivatasi watak. Perkara ini semestinya akan mengakibatkan watak menjadi mendatar dan unrelatable. Supernatural horror secara umumnya terbahagi kepada 2 cabang. Cabang pertama lebih kepada filem yg mementingkan babak gore yg melampau, taktik jump scare, dan hantu ganas yg membunuh orang seakan slasher movie diikuti dgn muzik seram yg over the top. Filem cabang pertama ini kebiasaannya dipopularkan oleh filem2 barat terutamanya Hollywood. Cabang kedua pula lebih kepada filem yg agak personal, bermotifkan dendam, amalan pemujaan setan dan sihir, skor muzik yg minimalist, keseraman yg bersifat semulajadi tanpa bantuan taktik jump scare. Filem cabang kedua ini pula kebiasaannya terdapat pd filem2 keluaran negara Asia. Antara kedua2 cabang ini saya memilih cabang kedua yakni filem supernatural keluaran Asia kerana ia lebih personal dan kebiasaannya ia lebih menekankan character development dan motivasi watak.

Jwanita merupakan karya terbaru tuan Osman. Filem ini pada sy lebih ke arah supernatural cabang pertama. Namun begitu elemen supernaturalnya agak tenggelam kerana secara keseluruhannya ia mahu menjadi psychological slasher thriller.

Plot - Mengisahkan Jwanita (Maya Karin)yg diculik pasangan ahli sihir ketika dlm perjalanan mencari adiknya Julaika (Christina Suzanne). Setelah dewasa, Jwanita yg dibela oleh pasangan itu akhirnya berjaya melarikan diri sejurus selepas membunuh kedua mereka. Jwanita kemudiannya telah ditempatkan di hospital akibat ganguan mental yg serius kesan dari pengalamannya yang sering didera oleh pasangan ahli sihir tersebut. Ditakdirkan beliau berjaya ditemukan kembali dgn adiknya Julaika yg terpisah sejak kecil yg secara kebetulan merupakan pasangan kekasih kepada Dr.Farhan (Bront Palare) yakni doktor yg merawatnya. Jwanita yg telah jatuh cinta pada Dr. Farhan tidak dapat menerima kenyataan apabila Julaika dan Dr.Farhan berkahwin. Dengan ilmu hitam yg diwarisi dari pasangan ahli sihir yg membesarkannya dahulu, Jwanita yang menyimpan dendam telah merancang untuk menhancurkan perhubungan antara adiknya dan Dr.Farhan.
Renungan Jwanita yang menakutkan  

Storytelling - Filem ini terasa sedikit disjointed pada sesetengah bahagian dan babak. Perubahan watak Jwanita dari kanak2 normal menjadi seorang wanita psikopath tidak dihalusi dengan baik. Babak beliau menghilangkan diri setelah mengamuk sehingga hampir membunuh Nona, si orang gaji menjadi janggal apabila kehadiran beliau dengan mudah diterima semula oleh keluarga Julaika setelah beberapa tahun Jwanita menghilangkan diri seolah2 tiada apa2 yg berlaku. Hala tuju mood filem juga tidak jelas dan berkecamuk. Ini boleh dilihat pada skor muziknya. Pada satu ketika mood filem ini mahu jadi filem seram namun tiba2 mood menjadi filem romantik, dan pada ketika yg lain ia mahu jadi filem slasher. Babak2 penting bg watak pula tidak diperhalusi dgn baik. Seperti perhubungan Jwanita dgn pasangan ahli sihir yg membesarkannya. Banyak persoalan penting tidak dijawab bagi meyakinkan Jwanita seorang psikopath. Kenapa dia membunuh orang yg membesarkannya sedangkan dia boleh lari bila2 masa? Bukankah pasangan itu telah mewariskan ilmu hitam padanya? Bermakna Jwanita adalah anak murid mereka. Kenapa Jwanita membunuh gurunya. Jika Jwanita tiada motif membunuh mereka kerana dia sudah gila, kenapa dia tidak lari sebelum dia jadi gila? Dan point penting bagaimana Jwanita jadi gila sehingga sanggup membunuh ramai org yg tidak berdosa tanpa sebarang motif? Perhubungan Jwanita dan Dr.Farhan juga tidak diperhalusi. Ia cuma didedahkan dgn satu flashback atas katil seakan memberitahu Jwanita pernah dipermainkan oleh Dr.Farhan. Sebaliknya hubungan Dr.Farhan dan Julaika pula diberi penekanan lebih dgn montaj yg diringi lagu ala2 ombak rindu. Pujian wajar diberikan pada babak seram dan gorenya. Ia sangat meyakinkan. Darah yg membuak dan terpancut itu menjadi selling point filem ini.
Aksi Jwanita mencuri mayat bagi upacara pemujaan 

Character development - Watak Jwanita tidak diperhalusi dan ia menyebakan wataknya agak mendatar walaupun terdapat elemen femme fatale yg cuba ditonjolkan. Bagi watak sampingan dalam filem ini, ia seolah2 tidak diambil peduli akan kepentingan mereka. Dengan lakonan yg lemah, karakter mereka juga nampak lemah. Memori Jwanita yang gila hampir membunuh orang seolah tidak ada apa2 bg mereka. Ada sesetangahnya wujud hanya untuk dibunuh oleh Jwanita dan akhirnya mayat mereka dijadikan makluk zombie belaan ala2 monster dari filem Frankenstein. (Pada mulanya sy anggap mayat ini dipergunakan untuk menjadi perantara oleh jin belaan Jwanita. Namun sangkaan saya meleset apabila mayat2 ni bergerak-gerak seperti zombie apabila tidur mereka diganggu oleh manusia pada babak akhir. Ia sgt melucukan). Yang paling kesian sekali ialah watak hantu dalam filem ini. Perkembangan watak supernatural entiti tidak diberi penekanan langsung dari segi motivasi dan hubungannya dengan Jwanita. Ia cuma wujud sekadar makhluk berlumpur satu badan yang menjadi watak touch and go sahaja. Agak sedikit kecewa apabila pasangan ahli sihir lakonan Umie Aida dan Radin Intan tidak dikembangkan dan mereka mempunyai screentime yg pendek.


Skrip dan lakonan - Dialog filem ini agak janggal. Watak Jwanita sebagai psikopath itu agak mendatar dengan dialog yg ala2 TV pendidikan. Perbezaaan ketara apabila Jwanita dan Julaika saling berbicara. Mereka seperti dari dua filem yg berbeza. Dimana dialog perbualan bg watak Julaika agak semulajadi. Lakonan Bront Palare dan Christina Suzanne agak menyerlah disini. Lakonan Maya Karin seperti tidak kena. Agak sedikit kayu. Namun bagus sedikit jika dibandingkan dengan lakonannya dlm filem terakhir beliau iaitu Nota. Disini mungkin disebabkan dialognya yang lemah dan wataknya yg mendatar. Secara jujur, lakonan Syamiem Elnisa sebagai Jwanita kecil lagi nampak meyakinkan dari Jwanita dewasa.
Dr.Farhan dan Julaika bersama anak mereka,

Muzik dan lain-lain - Skor muzik merupakan kelemahan ketara bagi filem ini. Tema muziknya agak berkecamuk. Susunan piano, atmospheric skor, yg bercampur muzik slasher ala2 filem giallo nampak agak seperti rojak dan mengganggu mood menonton. Dan sy terperanjat bila muzik ala2 skor dari filem Transfomer terbit ketika Jwanita cuba membuang kereta bersama mayat pasangan ahli sihir yg dibunuhnya ke dalam gaung. Saya tercengang ketika itu. Muzik dlm filem ini tidak kenal erti letih. Setiap babak akan ada muzik. Scene yg tidak perlukan muzik pon akan ada muzik. Padahal muzik itu tujuannya untuk memberikan mood filem bukan mengganggu mood menonton. Setelah masuk third act barulah nampak ada perubahan baik pada skor muzik. Contoh yg baik bg skor muzik filem tempatan boleh dilihat dlm skor filem Nota. Dalam Nota, skornya yg minimal serta ditemani oleh sound editing yg tajam dilihat berjaya memberi mood bg filem itu. Antara babak yang saya gemar dalam filem Jwanita ialah babak lipan keluar dari hidung Nona si pembantu rumah yg boleh tahan cantiknya lakonan Marsha Milan Landoh (jarang jumpa pembantu rumah yang cun dan suka melaram pakai skirt pendek dalam rumah) Disitu moodnya agak berjaya dengan skor muzik atmospheric yg minimal.
Babak cemas ketika Nona diganggu jin belaan Jwanita

Kesimpulannya, walaupun mood filem dan perkembangan watak kelihatan lemah, Jwanita masih lagi sebuah karya yang mempunyai nilai seramnya yang tersendiri. Ia merupakan cubaan baik dari tuan Osman. Pujian harus diberikan atas kesungguhan beliau bagi karya thriller sebegini. Bagi peminat filem psychological thriller/ horror jangan lepaskan peluang menyaksikan Jwanita mengamuk di pawagam berhampiran bermula 24 September ini.

My personal evaluation: 5.0/10 bintang

CINEMA TODAY: The Visit (2015)

CINEMA TODAY: The Visit (2015)
Directed by M. Night Syamalan.

Plot: Mengisahkan 2 beradik yg pertama kali menziarahi datuk dan nenek mereka di kampung. Mereka membawa harapan yg besar agar dapat menyambung semula hubungan kekeluargaan yg terputus antara ibu mereka dan pasangan tua itu yg berpisah sekian lama apabila ibu mereka lari dari rumah.

Ramai yg kata filem ini bagus dan ada plot twist yg menarik di penghujungnya. Comeback kepada karya hebat tuan Malan kata mereka. Pada saya filem ini sebenarnya sebuah filem tipikal thriller hollywood yg bertopengkan ciri2 sebuah filem hantu horror yg hadir tidak bukan hanyalah untuk menipu penonton. Agar penonton rasa ada twist dlm plotnya.

Percayalah. Filem ini tidak ada plot twist. Ia cuma plot build up yg mengajak penonton meneka apa yg terjadi. Mengecewakan sedikit pada akhirnya apabila apa yg ditunggu itu tidaklah menakutkan dan membahayakan sgt kerana dgn senang telah dibunuh oleh kanak2 berumur lingkungan 10 tahun seperti membunuh seekor kucing.

Bayangkan tajuk filem ni tidak ada bunyi hantu, tidak ada jumpscare, tidak ada mood creepy hantu, tidak ada scene nenek tu hilang tiba2 depan cucunya dek kerana kamera mereka jump cut.
Ia akan jadi filem tipikal thriller yg biasa kita jumpa. Namun filem ini masih menarik untuk ditonton. Babak seramnya yang tidak over the top itu agak menakutkan dan ianya disajikan bersama mood santai dan kelakar dari 2 beradik ini. Part yg yg best dlm filem ni ialah ketika budak lelaki dari 2 beradik tu buat lawak. Dia siap cipta bahasa mencarut yg baru. Bila nk mencarut je sebut nama artis-artis pop wanita. Ada scene waktu dia jatuh tersungkur tu kelakar habis. Dh jatuh sakit. Apa lagi, terus mencarut la. SARAH MCLAHCLAN BETUL. Satu panggung gelak kuat.
Pujian harus diberikan kepada tuan Malan atas kesungguhan berkarya dgn filem low budget sebegini.

Personal evaluation: 6.5/10 bintang