Thursday 14 April 2016

CINEMA TODAY: Redha (2016)

CINEMA TODAY: Redha (2016)
Directed by Tunku Mona Riza

Agar sukar bagi mengangkat sebuah filem bertemakan autism. Current Pictures telah mengambil langkah berani mengetengahkan tema ini dalam filem terbaru mereka berjudul Redha. Bagi pengarah Tunku Mona Riza, ia merupakan satu tanggungjawab moral dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang autism.

Plot - Berdasarkan inspirasi dari kisah sebenar, Redha memaparkan tentang pasangan hidup suami isteri, Alina (lakonan June Lojong) dan Razlan (lakonan Namron) menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untuk membesarkan seorang anak istimewa selepas mendapati bahawa anak mereka Danial (lakonan Harith Haziq) menghidap autism. Apa yang menarik tentang filem ini ialah konflik dalaman yg dialami oleh watak2 terlibat dalam menghadapi ujian yg melanda mereka.

Storytelling - Agak sukar untuk mengekalkan momentum penonton agar sentiasa tertarik menonton filem low key sebegini. Ia memerlukan pacing yg baik. Filem ini bergerak dgn natural. Ia menarik dan tidak membosankan. Konflik dan kesedihan yg dialami oleh pasangan Alina dan Razlan berjaya diseimbangkan dgn watak2 ceria dan optimis seperti adik Alina, Shasha (lakonan Nadiya Nisaa) dan kawan lama beliau, Katrina (lakonan Susan Lankaster). Editing filem ini sgt menarik terutamanya dlm 1st act dan 2nd act. Ia menceritakan dari babak ke babak dgn pendek tapi berkesan. Certain babak yg dipaparkan nampak tidak siknifikan tp sgt membantu dlm membentuk feel cerita dan keadaan yg dialami watak.

Character development - Watak Razlan yg dilakonkan Namron agak kompleks. Razlan digambarkan seorang yg ada konflik dlm diri untuk menerima keadaan anaknya. Bermula dgn fasa tidak dpt menerima keadaan anaknya, bergelut untuk menerima dan akhirnya menerima. Watak Razlan juga terpaksa membawa slang kedah, terengganu dan biasa dalam perbualannya. Namron menghidupkan watak Razlan dgn baik. Bagi watak Danial sebagai kanak2 autism mungkin boleh diperbaiki jika wataknya diberikan konflik atau tabiat buruk yg tersendiri yg mungkin akan menyebabkan penonton bertambah ambil berat dan sayang pada watak Danial walaupun sesudah berlaku perubahan pelakon. Ya. Perubahan pelakon bg watak Danial agak kurang lancar disebabkan perbezaan lakonan antara Harith Haziq (Danial kecil) dan Izzy Reef (Danial remaja).
Azim (lakonan Remy Ishak) cuba menenangkan Razlan

Dialog dan lakonan - Terdapat 2 org pelakon yang menarik perhatian saya. June Lojong yg membawa watak Alina dan Harith Haziq sebagai Danial. Mereka membawa watak masing2 dgn cemerlang sekali. June Lojong seolah2 tidak memerlukan dialog dlm menceritakan keperitan yg dialami watak Alina. Scene yg paling menyentuh ialah sewaktu watak Alina mengingatkan suaminya, Razlan tentang saat ketika Razlan pernah menyayangi anak mereka sewaktu Danial masih kecil dan meminta Razlan mengenangkan kembali memori tersebut agar Razlan dpt menerima keadaan Danial sekarang. Lakonan cemerlang June Lojong menyebabkan sy sgt terkesan dgn babak ini. Begitu juga lakonan bintang baru Harith Haziq. Pelakon kanak2 yg membawa watak Danial. Tidak keterlaluan jika sy katakan watak kanak2 autism yg dilakonkan Harith adalah setaraf dgn method actor Daniel Day Lewis mahupun Dustin Hoffman.
Ujian yang dilalui oleh seorang ayah

Muzik dan lain-lain - Skor muzik minimalist tapi berkesan dari Monoloque harus diberi pujian. Ia sgt membantu mood filem. Lagu ciptaannya berjudul Abah sgt terkesan dan kena pada jiwa seorang anak yg dahagakan kasih seorang ayah. Cinematografinya juga berjaya memberi mood yg baik untuk filem ini dgn angle dan shot yg menarik. Ia juga berjaya menggunakan kelebihan lokasi pulau yg cantik. 


Kesimpulan - Redha telah mencipta tanda aras baru untuk cinema tempatan dlm menghasilkan karya seni yg punya nilai komersial yg seimbang. Filem ini harus ditonton oleh segenap lapisan masyarakat bukan hanya atas tanggungjawab moral yg ingin disampaikan tetapi kerana ianya sebuah filem yg dihasilkan dgn baik oleh jiwa2 yg ikhlas. Penonton dpt mengaitkan filem ini dgn kelemahan dan kekurangan dlm diri masing2 dan berusaha untuk menerima dengan redha sebagai lumrah kehidupan dunia yg sementara ini.

My personal evaluation: 7.5/10bintang

Saksikan dipawagam berhampiran bermula HARI INI - 14 Apr 2016.
Nota: Setiap RM1 dari pembelian tiket anda akan disumbangkan kepada NASOM-National Austism Society of Malaysia
Sekitar Pra Tonton filem Redha pada 2 April 2016