Tuesday 6 October 2015

The making of Mars in Ridley Scott's The Martian.

Principal photography on THE MARTIAN began November 8, 2014 in Budapest. The gorgeous Central European capital has become known for hosting a litany of big budget Hollywood movies because of its beautiful locales and experienced local crews. But what particularly drew filmmakers to the city for this project are the soundstages at nearby Korda Studios.

Korda’s Stage 6, said to be the largest in the world, was ideal for constructing a Martian landscape that would include the Hab and the launch pad for the MAV. The set was used primarily for dialogue scenes, Hab interiors, and the giant sandstorm sequence. Matching wide-scope vistas were later filmed in Jordan.

Says producer Mark Huffam: “We had scouted the Australian Outback as a possible landscape for the Martian surface. That didn’t work out, and we decided to shoot most of the Martian sequences as interiors, giving us greater control of the environment, and then matching those with exteriors at Wadi Rum in Jordan.”

During production, Korda was a bustling hub of activity, as all six soundstages were being utilized for constructing and revamping a dozen major sets, including the spacecraft Hermes and the astronauts’ Hab on Mars. The art department was constantly racing to stay a step in front of Scott, who works quickly and has been known to get ahead of schedule.

In addition to Korda Studios, Budapest delivered another bonus in the form of a dazzling building known as The Whale (due to its profile and its proximity along the Danube River). The Whale played host to the sequences involving NASA personnel, including the offices of Teddy Sanders and Annie Montrose, as well as conference rooms, a break area and coffee shop, a main entrance, and a flight control room. Production designer Arthur Max describes the building as “sophisticated, cutting-edge architecture on a world-class level. It’s a geodesic structure with enormous scale, loads of glass and concrete, and wonderful louvered blinds that open and close with motors. We can fully control the light levels. This building was a godsend. It would cost a fortune to construct a composite of sets like these on a soundstage.”

Photos credit: MPC, Moving Picture Company.







Sunday 4 October 2015

CINEMA TODAY: The Martian (2015)

CINEMA TODAY: The Martian (2015)
Directed by Ridley Scott
SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini ada menyentuh sedikit tentang struktur cerita. Walau bagaimanapun, spoiler ini tidak menjejaskan plot built up dan mood menonton.

Filem angkasawan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Antara yang popular seperti 2001: Space Odyssey, Apollo 13, Sunshine, Moon, Gravity dan yang paling mutakhir ialah Interstellar. Kali ini, tuan Ridley Scott selaku pengarah, memikul tanggungjawab membawa filem angkasawan terbaru yang diambil dari novel karya Andy Weir yang popular sekitar 2011. Walaupun tuan Ridley pernah mengecewakan (bukan sekali dua) dengan hasil karya yang lemah seperti Exodus: Gods and Kings, namun saya sebagai peminatnya masih lagi optimis dan meletakkan pengharapan yang cukup tinggi untuk filem The Martian ini.

Plot - Filem ini mengisahkan misi ARES III (yakni sekumpulan yg terdiri daripada 6 org angkasawan dalam misi ke marikh) yang mengalami kesulitan ketika berada di marikh. Mereka terpaksa meninggalkan marikh dengan terburu2 apabila ribut yang kuat melanda markas (dikenali sebagai Hab) mereka. Watney (Matt Damon) salah seorang dari mereka terpaksa ditinggalkan apabila mereka mensyaki beliau terbunuh ketika dalam keributan menuju ke kapal angkasa. Watney yang cedera akibat terkena serpihan pencawang besi diperutnya terpaksa berusaha untuk hidup sendirian di marikh. Di sini bermula episod mencabar bagi Watney. Dengan bekalan makanan,air dan oksigen yang terhad,beliau terpaksa berusaha untuk hidup dengan harapan pihak NASA akan datang semula menyelematkannya. Sendirian di marikh, dengan kepakaran Watney sebagai botanist, beliau berjaya menjana makanan dengan menanam ubi kentang di dalam Habnya. Beliau tidak putus asa mencari jalan untuk terus hidup dan akhirnya berjaya menemui satu alat bernama Pathfinder yang lama terdampar di marikh semenjak tahun 1997. Dengan bantuan alat tersebut akhirnya beliau berjaya berhubung dengan pihak NASA di bumi. Apakah kesudahan hidup Watney? Adakah beliau berjaya pulang ke bumi?
Pemandangan memukau di marikh
Shot menarik ketika ribut melanda marikh
Petani pertama di marikh

Storytelling - Permulaan filem ini agak menarik. Landskap semulajadi marikh digambar dgn penuh misteri dan cantik. Cinematografinya persis dari filem Prometheus dengan wide shot gunung-ganang marikh yang luas. Saat ketika Watney cuba merawat luka akibat tusukan besi di perutnya digambarkan agak mencemaskan. Penonton dapat merasakan keadaan sulit yg dialami beliau. Ini termasuklah gelagatnya yg cuba mengharungi cabaran di marikh dengan optimis dan ceria. Tema filem ini ialah 'survival' manusia. Dimana feelnya harus lebih ke arah 'isolation'. Namun pacing filem ini agak terganggu bermula dengan babak NASA berusaha merancang menyelamatkan Watney. Di sini fokus pada Watney dan marikh agak sedikit teralih apabila babak usaha NASA sering diselang selikan dengan babak Watney di marikh. Fokus pada babak usaha NASA menjadi dominan sebaik sahaja filem masuk ke fasa ke-3. Ketika ini penonton akan dibawa ke dalam politik dalaman NASA. Terlalu banyak watak yang ingin diceritakan dalam usaha NASA menyelamatkan Watney. Terdapat juga geo politik yang cuba diselitkan dalam filem ini, yakni antara NASA dengan China National Space Agency,CNSA. Di sini misi menyelematkan Watney sudah menjadi satu fenomena viral dan global. Namun bagi saya, situasi CNSA yang secara sukarela ingin membantu NASA dlm menyelamatkan Watney agak tidak masuk akal secara realitinya. Disini CNSA yang digambarkan mempunyai teknologi sulit, terpaksa mendedahkan teknologi mereka dan sanggup berhabis duit dalam membantu NASA menyelamatkan satu nyawa. Tindakan mulia mereka diputuskan sebaik sahaja pengarah CNSA itu menonton berita dikaca TV tentang Watney. Fenomena global Watney pula itu digambarkan seolah2 dunia ini tidak ada masalah lain selain masalah Watney. Masyarakat dunia dari Moscow, Beijing, New York, Melbourne dan merata tempat kelihatan sanggup berhimpun beramai2 dalam memberi solidariti untuk Watney. Saya difahamkan, filem ini berlaku pada 15 tahun di masa hadapan. Di waktu ini saya bayangkan tidak ada lagi isu global seperti perang di Ukraine, Syria, Iraq, Yaman, Palestin, Rohingya yang meragut ribuan nyawa memenuhi ruang kaca TV sebagai berita utama berkait dengan bencana dan kemanusiaan. Yang ada cuma berita mengenai nyawa Watney dalam bahaya nun jauh di Marikh.
Kakitangan NASA berhempas pulas menyelamatkan Watney
Tanaman kentangnya musnah
Watney hampir berputus asa

Character development - Watak utama dalam filem ini semestinya Watney. Beliau digambarkan seorang yang optimis, cerdik dan ceria. Kebiasaannya, mangsa dalam filem survival akan bersifat tertekan dan berputus asa dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk meneruskan hidup. Berbeza dengan watak Watney, beliau sentiasa ceria dalam menghadapi kesukaran kritikal. Seolah2 beliau sudah dilatih sebegitu untuk menghadapi saat2 genting di angkasa lepas. Watak sebegini merupakan sesuatu yg baru bg filem survival. Penulis Andy Weir memang sengaja memilih watak sedemikian untuk Watney dan tuan Ridley mengekalkan watak tersebut seperti dalam karya asal.
The Rover, teman rapat Watney di marikh

Skrip dan lakonan - Plot filem ini agak mudah difahami. Namun terdapat banyak terma saintifik dan matematik yang perlu dihadam oleh penonton. Sebagai contoh, perkataan 'sol' kerap digunakan. Agak lama untuk saya cuba memahami apa itu 'sol'. Untuk pengetahuan anda sol bermaksud durasi 1 hari di permukaan marikh. 1 sol bersamaan dengan 24jam dan 40minit. Terdapat banyak point penting yang anda harus tangkap tentang perkara yang berkaitan sol ini. Ini termasuklah tempoh bekalan makanan untuk Watney hidup, tempoh Watney terperangkap di Marikh, tempoh kapal induk ARES III iaitu Hermes untuk berpatah balik dan sampai ke Marikh. Dari aspek lakonan, Matt Damon berjaya membawa watak Watney dengan cemerlang. Lakonan Jessica Chastain sebagai Commander Lewis dan Chiwetel Ejiofor sebagai Vincent Kapoor juga harus diberi pujian.
Kapal induk Hermes

Muzik dan lain-lain - Skor muzik filem ini digubah dengan cemerlang sekali oleh Harry Gregson-Williams. Skornya seakan2 ada 'homage' kepada filem Alien(1979) karya tuan Ridley. Ia kedengaran sayup2 dan misteri. Sesuai dengan 'feel' yang terasing di planet marikh. Cinematografi filem ini sangat cantik. Ia seolah2 memanggil anda untuk tinggal di marikh. Walau bagaimanapun, editing filem ini agak menggangu mood menonton. Magis sesebuah filem survival sebegini terletak pada feel isolation yang dihadapi watak yg terlibat. Namun magis itu seakan2 hilang dalam filem ini apabila 'pacing' filem ini lebih tertumpu kepada konflik dibumi bukan konflik di marikh.
Keadaan malam marikh digambarkan seperti dalam filem Alien.
Cinematografi yang memukau

Kesimpulan - Walaupun tema survival filem ini agak kurang dirasai, tuan Ridley masih memberikan yang terbaik berdasarkan naskah asal Andy Weir. Anda masih dapat merasakan pengalaman ditinggalkan keseorangan di planet marikh. Jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam. Ayuh, bergegas ke marikh.

My personal evaluation: 7.0/10 bintang


Official 20th Century Fox Site: 

Monday 28 September 2015

CINEMA TODAY: Sicario (2015)

CINEMA TODAY: Sicario (2015)
Directed by Denis Villeneuve
SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini ada menyentuh sedikit tentang struktur cerita. Walau bagaimanapun, spoiler ini tidak menjejaskan plot built up dan mood menonton.

Ada satu persamaan menarik dalam setiap filem yang dihasilkan oleh tuan Denis. Filemnya agak personal, membawa penonton tertanya2 apa yg sedang terjadi dengan mood intense yang dibina secara perlahan sampai ke penghujung cerita. Beliau sangat konsisten dalam menghasilkan karya bermutu dan setakat ini karyanya tidak pernah mengecewakan.

Plot - Sicario mengisahkan Kate Macer (Emily Blunt) seorang agent FBI yg berdedikasi telah menawarkan diri untuk menyertai satu pasukan gabungan khas yg terdiri dari beberapa agensi kerajaan dalam misi menjejaki ketua sindiket dadah Mexico yang misteri. Dalam misi ini beliau bersama seorang lagi rakan FBInya terpaksa bekerjasama dengan Matt Graver (Josh Brolin), seorang unit tindakan khas dan Alejandro Gillick (Benicio del Toro) penasihat operasi yg misteri. Berjayakah misi mereka dalam menjejaki ketua sindiket dadah misteri tersebut?

Storytelling - Filem ini yang bermula dengan skor muzik atmosferik yg samar2 sudah cukup untuk memberitahu hala tuju bagi mood filem yang ingin dibawa oleh tuan Denis. Filem ini kelam, disturbing dan intense. Mood kelamnya diolah dengan perlahan dan diselit dgn babak intense yg meyakinkan. Penonton akan dibawa ke dalam filem melalui watak Kate yg tertanya2 akan apa yg sedang berlaku disekelilingnya. Apa yang dirasai Kate akan dirasai oleh penonton. Di sini filem ini cuba menguji kesabaran penonton dgn naratif yg agak perlahan dan pelbagai persoalan akan timbul sewaktu menontonnya. Tiada yang istimewa tentang naratifnya kerana ia tidak memberi kesan penceritaan yg kuat kepada penonton. Walaupun begitu, apa yang membuatkan filem ini hebat ialah bagaimana naratif yg biasa ini diangkat tuan Denis dengan baik sekali. Beliau berjaya memberi mood kepada filem ini dgn baik melalui cinematografi yang cemerlang dan muziknya yang mencengkam.

Character development - Terdapat sedikit kejanggalan dalam perkembangan watak Kate. Kate digambarkan lemah dan seperti budak hingusan sebaik sahaja beliau menyertai pasukan gabungan khas sedangkan sebelum ini beliau merupakan kapten yg punya karisma dalam pasukan FBI. Watak lain seperti Matt dan Alejandro kelihatan agak misteri dimana hubungan dan motif mereka diungkapkan pada pengakhiran cerita. Apa yg menarik dalam filem ini, Kate sebagai watak utama protagonist yg menonjol pada mulanya, berakhir menjadi watak lemah dan mangsa keadaan akibat permainan watak2 sampingan di penghujung cerita. Dan watak sampingan pada mulanya tidak menonjol, berakhir menjadi watak penting dalam filem.
Kate Macer menyimpan dendam apabila rakan sepasukannya terkorban

Skrip dan lakonan - Skripnya kelihatan sedikit comot di beberapa tempat. Misi operasi pasukan gabungan khas mereka nampak kurang efisien. Sebagai contoh motif mereka masuk ke dalam terowong sempadan yg digunakan oleh sindiket Mexico untuk menyeludup manusia dan barang larangan ke Amerika boleh dipersoalkan. Ia agak kurang jelas dan kurang membantu penceritaan. Misi utama mereka sebenarnya ialah membunuh ketua sindiket dadah misteri, Fausto Alarcon. Mereka boleh menjayakan misi utama tanpa melibatkan misi terowong kerana jelas misi terowong itu sebenarnya boleh menjejaskan misi utama. Misi utama membunuh Fausto hanya boleh dilakukan dengan memintas dan menculik Rafael (yakni rakan kongsi Fausto) ketika beliau memandu kereta menghala ke rumah Fausto. Hanya melalui Rafael sahaja pasukan gabungan khas dapat menyelinap masuk ke rumah Fausto dengan senyap. Dalam misi memintas kereta Rafael, mereka terpaksa mencuri kereta polis yang terdapat di pintu keluar terowong. Dimana secara kebetulan kereta polis itu berada disitu. Jika dilihat kembali, misi memintas kereta Rafael mereka akan gagal jika tiada kenderaan di pintu keluar terowong tersebut. Perancangan operasi ini nampak lemah dan tidak fullproof. Ada banyak cara yang lebih efisien untuk mereka menyelesaikan misi utama tanpa melibatkan misi terowong. Misi utama membunuh Fausto yang bermula dengan misi memintas kereta Rafael di Mexico itu turut dibantu oleh kapal terbang drone. Persoalannya kenapa mereka tidak memintas sahaja kereta Rafael dengan kerjasama perisikan di bahagian Mexico. Merekakan CIA. Oh lupa nak bagitahu. Mereka sebenarnya CIA. Selain itu, filem ini kelihatan janggal apabila pasukan FBI kelihatan mudah dipermainkan oleh pasukan CIA. Pasukan FBI tidak diberikan gambaran jelas tentang misi dan motif operasi. CIA bertindak demikian bertujuan untuk mempergunakan FBI bagi memudahkan kelancaran operasi domestik dengan alasan bidang kuasa CIA boleh diguna pakai hanya di luar negara. Kate pula sebagai seorang yg berpangkat dlm FBI dilayan spt budak sekolah yg baru dapat kerja apabila menyertai pasukan gabungan khas. Bagi aspek lakonan pula, Emily Blunt membawa watak Kate dengan cemerlang sekali. Namun lakonan Benicio del Toro sebagai Alejandro sangat mencuri tumpuan. Lakonannya yang tenang dan misteri sangat meyakinkan.
Saat mencemaskan dalam terowong


Muzik dan lain-lain - Skor muzik oleh Johann Johannson sangat cemerlang. Muziknya intense dan distrubing. Temponya bermula dengan perlahan pada beberapa babak seolah-olah ingin memberitahu penonton akan ada bahaya di hadapan. Apabila ia sampai ke momen klimaks, skor disturbingnya sangat memukau. Secara keseluruhan skor muzik oleh tuan Johann bergerak harmoni pada setiap babak dan muziknya agak minimalist. Peranan cinematografi filem ini juga sangat berkesan dalam memberi mood filem. Terdapat ariel shot yg menawan. Scene malam bermula dengan shot silhouette yang cantik di waktu senja. Keadaan malam yang sangat gelap digambarkan agak misteri dan menakutkan seperti ada bahaya dihadapan. Apa yg menarik shot waktu malam itu diselangselikan dengan shot thermal vision dan night vision dari kaca mata watak2 yg terlibat. Ia seperti membawa penonton masuk sekali ke dalam terowong bersama mereka. Editing juga sangat membantu filem ini. Momen kegemaran saya ketika mereka masuk ke pekan mexico itu sangat mendebarkan. Penonton dapat merasai setiap inci perjalanan ketika mereka masuk ke pekan itu dengan banyak shot2 mendebarkan dari pelbagai angle. Padahal babaknya simple dari point A ke point B untuk mengambil banduan. Di sini mereka berjaya mencipta mood yg mencengkam walaupun tiada ancaman ketika itu. Anda dapat rasakan ancaman sedang menanti dihadapan.
Saat mendebarkan ketika masuk kampung orang

Kesimpulan - Walaupun plotnya kelihatan sedikit lemah dan naratifnya agak perlahan. Sicario secara keseluruhan merupakan filem yang berjaya dengan cemerlang. Mood yang kelam, intense, dan disturbing yang diangkat tuan Denis telah memberi roh yang kuat pada naskah ini. Kekuatan sesebuah filem itu bergantung pada naskahnya. Namun disini Sicario sebagai naskah biasa telah membuktikan kehebatan tuan Denis sebagai seorang pengarah. Tahniah kepada beliau dan semestinya saya sebagai peminat setia tidak sabar menunggu karya beliau yang seterusnya. Untuk pengetahuan, tayangan Sicario sangat terhad, jangan lepaskan peluang menontonnya. Bergegas ke pawagam dengan segera untuk merasai mood Sicario.

My personal evaluation: 8.0/10 bintang



Wednesday 23 September 2015

CINEMA TODAY: Jwanita (2015)

CINEMA TODAY: Jwanita (2015)
Directed by Osman Ali

SPOILER ALERT
Genre supernatural horror bukan genre kegemaran saya. Ini kerana genre sebegini kadangkala lebih mementingkan mood keseraman seperti jump scare melampau dan babak gore sehingga ia lupa untuk menekankan perkara penting yakni character development dan motivatasi watak. Perkara ini semestinya akan mengakibatkan watak menjadi mendatar dan unrelatable. Supernatural horror secara umumnya terbahagi kepada 2 cabang. Cabang pertama lebih kepada filem yg mementingkan babak gore yg melampau, taktik jump scare, dan hantu ganas yg membunuh orang seakan slasher movie diikuti dgn muzik seram yg over the top. Filem cabang pertama ini kebiasaannya dipopularkan oleh filem2 barat terutamanya Hollywood. Cabang kedua pula lebih kepada filem yg agak personal, bermotifkan dendam, amalan pemujaan setan dan sihir, skor muzik yg minimalist, keseraman yg bersifat semulajadi tanpa bantuan taktik jump scare. Filem cabang kedua ini pula kebiasaannya terdapat pd filem2 keluaran negara Asia. Antara kedua2 cabang ini saya memilih cabang kedua yakni filem supernatural keluaran Asia kerana ia lebih personal dan kebiasaannya ia lebih menekankan character development dan motivasi watak.

Jwanita merupakan karya terbaru tuan Osman. Filem ini pada sy lebih ke arah supernatural cabang pertama. Namun begitu elemen supernaturalnya agak tenggelam kerana secara keseluruhannya ia mahu menjadi psychological slasher thriller.

Plot - Mengisahkan Jwanita (Maya Karin)yg diculik pasangan ahli sihir ketika dlm perjalanan mencari adiknya Julaika (Christina Suzanne). Setelah dewasa, Jwanita yg dibela oleh pasangan itu akhirnya berjaya melarikan diri sejurus selepas membunuh kedua mereka. Jwanita kemudiannya telah ditempatkan di hospital akibat ganguan mental yg serius kesan dari pengalamannya yang sering didera oleh pasangan ahli sihir tersebut. Ditakdirkan beliau berjaya ditemukan kembali dgn adiknya Julaika yg terpisah sejak kecil yg secara kebetulan merupakan pasangan kekasih kepada Dr.Farhan (Bront Palare) yakni doktor yg merawatnya. Jwanita yg telah jatuh cinta pada Dr. Farhan tidak dapat menerima kenyataan apabila Julaika dan Dr.Farhan berkahwin. Dengan ilmu hitam yg diwarisi dari pasangan ahli sihir yg membesarkannya dahulu, Jwanita yang menyimpan dendam telah merancang untuk menhancurkan perhubungan antara adiknya dan Dr.Farhan.
Renungan Jwanita yang menakutkan  

Storytelling - Filem ini terasa sedikit disjointed pada sesetengah bahagian dan babak. Perubahan watak Jwanita dari kanak2 normal menjadi seorang wanita psikopath tidak dihalusi dengan baik. Babak beliau menghilangkan diri setelah mengamuk sehingga hampir membunuh Nona, si orang gaji menjadi janggal apabila kehadiran beliau dengan mudah diterima semula oleh keluarga Julaika setelah beberapa tahun Jwanita menghilangkan diri seolah2 tiada apa2 yg berlaku. Hala tuju mood filem juga tidak jelas dan berkecamuk. Ini boleh dilihat pada skor muziknya. Pada satu ketika mood filem ini mahu jadi filem seram namun tiba2 mood menjadi filem romantik, dan pada ketika yg lain ia mahu jadi filem slasher. Babak2 penting bg watak pula tidak diperhalusi dgn baik. Seperti perhubungan Jwanita dgn pasangan ahli sihir yg membesarkannya. Banyak persoalan penting tidak dijawab bagi meyakinkan Jwanita seorang psikopath. Kenapa dia membunuh orang yg membesarkannya sedangkan dia boleh lari bila2 masa? Bukankah pasangan itu telah mewariskan ilmu hitam padanya? Bermakna Jwanita adalah anak murid mereka. Kenapa Jwanita membunuh gurunya. Jika Jwanita tiada motif membunuh mereka kerana dia sudah gila, kenapa dia tidak lari sebelum dia jadi gila? Dan point penting bagaimana Jwanita jadi gila sehingga sanggup membunuh ramai org yg tidak berdosa tanpa sebarang motif? Perhubungan Jwanita dan Dr.Farhan juga tidak diperhalusi. Ia cuma didedahkan dgn satu flashback atas katil seakan memberitahu Jwanita pernah dipermainkan oleh Dr.Farhan. Sebaliknya hubungan Dr.Farhan dan Julaika pula diberi penekanan lebih dgn montaj yg diringi lagu ala2 ombak rindu. Pujian wajar diberikan pada babak seram dan gorenya. Ia sangat meyakinkan. Darah yg membuak dan terpancut itu menjadi selling point filem ini.
Aksi Jwanita mencuri mayat bagi upacara pemujaan 

Character development - Watak Jwanita tidak diperhalusi dan ia menyebakan wataknya agak mendatar walaupun terdapat elemen femme fatale yg cuba ditonjolkan. Bagi watak sampingan dalam filem ini, ia seolah2 tidak diambil peduli akan kepentingan mereka. Dengan lakonan yg lemah, karakter mereka juga nampak lemah. Memori Jwanita yang gila hampir membunuh orang seolah tidak ada apa2 bg mereka. Ada sesetangahnya wujud hanya untuk dibunuh oleh Jwanita dan akhirnya mayat mereka dijadikan makluk zombie belaan ala2 monster dari filem Frankenstein. (Pada mulanya sy anggap mayat ini dipergunakan untuk menjadi perantara oleh jin belaan Jwanita. Namun sangkaan saya meleset apabila mayat2 ni bergerak-gerak seperti zombie apabila tidur mereka diganggu oleh manusia pada babak akhir. Ia sgt melucukan). Yang paling kesian sekali ialah watak hantu dalam filem ini. Perkembangan watak supernatural entiti tidak diberi penekanan langsung dari segi motivasi dan hubungannya dengan Jwanita. Ia cuma wujud sekadar makhluk berlumpur satu badan yang menjadi watak touch and go sahaja. Agak sedikit kecewa apabila pasangan ahli sihir lakonan Umie Aida dan Radin Intan tidak dikembangkan dan mereka mempunyai screentime yg pendek.


Skrip dan lakonan - Dialog filem ini agak janggal. Watak Jwanita sebagai psikopath itu agak mendatar dengan dialog yg ala2 TV pendidikan. Perbezaaan ketara apabila Jwanita dan Julaika saling berbicara. Mereka seperti dari dua filem yg berbeza. Dimana dialog perbualan bg watak Julaika agak semulajadi. Lakonan Bront Palare dan Christina Suzanne agak menyerlah disini. Lakonan Maya Karin seperti tidak kena. Agak sedikit kayu. Namun bagus sedikit jika dibandingkan dengan lakonannya dlm filem terakhir beliau iaitu Nota. Disini mungkin disebabkan dialognya yang lemah dan wataknya yg mendatar. Secara jujur, lakonan Syamiem Elnisa sebagai Jwanita kecil lagi nampak meyakinkan dari Jwanita dewasa.
Dr.Farhan dan Julaika bersama anak mereka,

Muzik dan lain-lain - Skor muzik merupakan kelemahan ketara bagi filem ini. Tema muziknya agak berkecamuk. Susunan piano, atmospheric skor, yg bercampur muzik slasher ala2 filem giallo nampak agak seperti rojak dan mengganggu mood menonton. Dan sy terperanjat bila muzik ala2 skor dari filem Transfomer terbit ketika Jwanita cuba membuang kereta bersama mayat pasangan ahli sihir yg dibunuhnya ke dalam gaung. Saya tercengang ketika itu. Muzik dlm filem ini tidak kenal erti letih. Setiap babak akan ada muzik. Scene yg tidak perlukan muzik pon akan ada muzik. Padahal muzik itu tujuannya untuk memberikan mood filem bukan mengganggu mood menonton. Setelah masuk third act barulah nampak ada perubahan baik pada skor muzik. Contoh yg baik bg skor muzik filem tempatan boleh dilihat dlm skor filem Nota. Dalam Nota, skornya yg minimal serta ditemani oleh sound editing yg tajam dilihat berjaya memberi mood bg filem itu. Antara babak yang saya gemar dalam filem Jwanita ialah babak lipan keluar dari hidung Nona si pembantu rumah yg boleh tahan cantiknya lakonan Marsha Milan Landoh (jarang jumpa pembantu rumah yang cun dan suka melaram pakai skirt pendek dalam rumah) Disitu moodnya agak berjaya dengan skor muzik atmospheric yg minimal.
Babak cemas ketika Nona diganggu jin belaan Jwanita

Kesimpulannya, walaupun mood filem dan perkembangan watak kelihatan lemah, Jwanita masih lagi sebuah karya yang mempunyai nilai seramnya yang tersendiri. Ia merupakan cubaan baik dari tuan Osman. Pujian harus diberikan atas kesungguhan beliau bagi karya thriller sebegini. Bagi peminat filem psychological thriller/ horror jangan lepaskan peluang menyaksikan Jwanita mengamuk di pawagam berhampiran bermula 24 September ini.

My personal evaluation: 5.0/10 bintang

CINEMA TODAY: The Visit (2015)

CINEMA TODAY: The Visit (2015)
Directed by M. Night Syamalan.

Plot: Mengisahkan 2 beradik yg pertama kali menziarahi datuk dan nenek mereka di kampung. Mereka membawa harapan yg besar agar dapat menyambung semula hubungan kekeluargaan yg terputus antara ibu mereka dan pasangan tua itu yg berpisah sekian lama apabila ibu mereka lari dari rumah.

Ramai yg kata filem ini bagus dan ada plot twist yg menarik di penghujungnya. Comeback kepada karya hebat tuan Malan kata mereka. Pada saya filem ini sebenarnya sebuah filem tipikal thriller hollywood yg bertopengkan ciri2 sebuah filem hantu horror yg hadir tidak bukan hanyalah untuk menipu penonton. Agar penonton rasa ada twist dlm plotnya.

Percayalah. Filem ini tidak ada plot twist. Ia cuma plot build up yg mengajak penonton meneka apa yg terjadi. Mengecewakan sedikit pada akhirnya apabila apa yg ditunggu itu tidaklah menakutkan dan membahayakan sgt kerana dgn senang telah dibunuh oleh kanak2 berumur lingkungan 10 tahun seperti membunuh seekor kucing.

Bayangkan tajuk filem ni tidak ada bunyi hantu, tidak ada jumpscare, tidak ada mood creepy hantu, tidak ada scene nenek tu hilang tiba2 depan cucunya dek kerana kamera mereka jump cut.
Ia akan jadi filem tipikal thriller yg biasa kita jumpa. Namun filem ini masih menarik untuk ditonton. Babak seramnya yang tidak over the top itu agak menakutkan dan ianya disajikan bersama mood santai dan kelakar dari 2 beradik ini. Part yg yg best dlm filem ni ialah ketika budak lelaki dari 2 beradik tu buat lawak. Dia siap cipta bahasa mencarut yg baru. Bila nk mencarut je sebut nama artis-artis pop wanita. Ada scene waktu dia jatuh tersungkur tu kelakar habis. Dh jatuh sakit. Apa lagi, terus mencarut la. SARAH MCLAHCLAN BETUL. Satu panggung gelak kuat.
Pujian harus diberikan kepada tuan Malan atas kesungguhan berkarya dgn filem low budget sebegini.

Personal evaluation: 6.5/10 bintang

Monday 31 August 2015

MOVIE REVIEWS: Cinderella (2015)


MOVIE REVIEWS: Cinderella (2015)
Directed by Sir Kenneth Branagh

Terus terang, pada mulanya sy tkde nafsu nak tonton filem ini. Kenapa. Pasal Cinderella. Sebuah watak yg terlalu cliche dan common di kalangan peminat fairy tales terutamanya remaja belasan tahun. Ya. Saya tahu pengarahnya tuan Branagh. Seorang pengarah hebat yg tidak boleh dinafikan kehebatannya. Namun keinginan menonton masih juga rendah.

Setelah menggagahkan diri, akhirnya baru tadi sy berjaya menonton filem ini. Saya sgt tidak sangka kerana filem ini diluar jangkaan sy. Cinderella is a beautiful, delightful, charming kind of a movie. Sy melekat ketika menontonnya. Jika anda tidak ada mood menonton, nak menonton filem sambil santai tanpa berfikir dan mahu mood yg ceria dan relax. Sy syorkan anda menontonnya.

Filem ini masih mengekalkan plot asal karya Cinderella. Apa yang membuatkan ia istimewa ialah bagaimana tuan Branagh menceritakannya. Ia simple tapi penuh magikal. Skor muzik filem ini juga harus diberi pujian tinggi. Ia sangat membantu dalam menceritakan feel magikal filem ini dan tahu peranannya pada setiap babak. Tidak keterlaluan dikatakan alunan piano dan violinnya seakan mirip skor muzik tuan Ennio Morricone.

Kesimpulannya, filem Cinderella ini berjaya membuktikan kehebatan tuan Branagh sebagai master storyteller. Bukan mudah seorang pengarah dapat membuatkan saya tersenyum sepanjang menonton filem lebih2 lagi dengan sebuah karya yg common dan plot yg cliche. Di sini jelaslah bahawa yg magikal itu bukan Cinderella tetapi tuan Branagh itu sendiri.

Personal evaluation: 8.0/10 bintang.

Thursday 20 August 2015

CINEMA TODAY: Nota (2015)

Nor Azam Seman's photo.
CINEMA TODAY: Nota (2015)
Directed by Yosu Tanaka
Jarang bagi sebuah filem melayu bermain dengan tema psikologikal drama. Lebih2 lagi jika filem melayu itu adalah hasil tangan pengkarya berbangsa jepun. Pujian harus diberikan kepada Yosu Tanaka atas usaha yg bersungguh ini. Walaupun industri filem bergerak lemah perlahan, masih terdapat beberapa karya yang ikhlas memberikan yg terbaik buat industri.

Plot - Filem Nota ini mengisahkan sepasang suami isteri (lakonan Hans Isaac dan Maya Karin) yg dilanda ujian rumahtangga sehingga mengakibatkan hubungan mereka semakin suram. Keadaannya disini agak kritikal apabila mereka tidak lagi bertegur sapa walaupun tinggal serumah. Walaupun demikian, mereka telah mengambil keputusan untuk bersama2 meraikan ulangtahun perkahwinan ke-10 mereka di tempat asal percutian bulanmadu mereka suatu ketika dahulu. Masing2 beranggapan dgn pergi ke sana mungkin dapat membaiki hubungan mereka kembali mesra seperti dahulu. Berbekalkan hubungan yg suram, perjalanan mereka ke sana ditemani dgn sifat prasangka yg bercampur harapan dan pengakhiran. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila si isteri telah terbaca sebuah buku nota milik suaminya pada awal perjalanan di mana terdapat tanda2 bahawa si suami mempunyai skandal dan ingin mengakhiri hubungan mereka. Apakah yang akan terjadi pada hubungan mereka? Adakah masih ada sinar harapan apabila mereka sampai ke destinasi percutian mereka?

Storytelling - Mood penceritaan filem ini boleh dikatakan sangat cemerlang. Bahasa filem yg cantik bersama editing yg mantap, sound editing yg tajam dan skor muzik yg menusuk tapi minimal telah berjaya memberi 'psychological tension' pada watak2 yg terlibat. Penonton akan dibawa masuk ke dlm perjalanan mereka ke destinasi yg dituju dan timbul perasaan ingin tahu tentang kesudahan hubungan mereka.

Character development - Perkembangan watak si suami dan si isteri agak sederhana dan tidak diperhalusi dgn baik. Paparan hubungan mereka yang suram itu mmg boleh dipercayai secara realitinya. Namun 'cause and effect' yg tidak diperhalusi dgn baik agak menjadi tanda tanya tentang kewajaran apa yg sedang berlaku. Sebagai contoh kewajaran bagi tindakan yg dilakukan oleh si isteri. Tindakan yg agak drastik yg dilakukan seseorang berdasarkan persepsi kebiasaannya hanya berlaku pada mereka yg mempunyai tekanan mental. Namun watak yg yg dilakonkan Maya Karin tidak nampak akan ciri2 itu. Walau bagaimanapun, kekurangan dari segi perkembangan watak ini, tidaklah sampai menjejaskan keseluruhan mood menonton.

Skrip dan Lakonan - Skripnya agak baik. Cuma terdapat beberapa scene yg agak janggal perbualannya. Sbg contoh watak suami yg dlm keadaan terhimpit meminta pertolongan pemandu bot (lakonan mantap Ramli Hassan) yg baru sahaja bersuai kenal, tiba2 mengherdik si pemandu bot dan memaksa beliau menghantarnya ke Kuching dgn segera. Pada saya situasi itu agak janggal, melainkan si suami itu mmg semulajadi kurang ajar perwatakannya. Lakonan Hans Isaac sebagai si suami agak baik dan meyakinkan. Namun lakonan Maya Karin agak sedikit kaku pada beberapa scene terutamanya pada permulaan cerita. Watak si isteri yg menyimpan perasaan yg membuak2 di dada seolah tidak dizahirkan oleh Maya. Pujian harus diberikan kepada Ramli Hassan atas lakonan 5 bintang yg beliau berikan. Watak beliau sebagai catalyst dalam hubungan suami isteri itu mmg sgt meyakinkan.
Renungan tajam Jemat,si pemandu bot lakonan Ramli Hassan 

Kesimpulannya - Secara keseluruhan, Nota merupakan sebuah cubaan yang berjaya dalam memaparkan aspek psikologi dalam sisi gelap perhubungan suami isteri. Tahniah kepada pengkarya Yosu Tanaka dan Bae Tanaka atas usaha gigih mereka dalam menghasilkan karya sebegini. Saya agak terlambat untuk menontonnya di pawagam. Apa yang menyedihkan, cuma sy seorang sahaja menonton dalam pawagam semalam (iaitu hari ke-7 tayangan). Jika ini berterusan, mungkin pihak pawagam akan menamatkan tayangan dlm masa terdekat ini. Bagi mereka yg belum menonton, saya syorkan anda bergegas ke pawagam agar tempoh tayangan dapat dipanjangkan sedikit oleh pihak pawagam. Karya sebegini harus disokong agar pengkarya tidak putus asa dalam menghasilkan karya bermutu di masa akan datang. Siapa lagi yg harus menyokong filem tempatan bermutu kalau bukan kita, penonton di luar sana.

Personal evaluation: 7.0/10 bintang.

Tuesday 26 May 2015

EVENT: JB FILM FESTIVAL 2015, 11 Jun 2015 ~ 13 Jun 2015

Meraikan cinema bersama pengkarya.
10buah filem bertaraf antarabangsa (terutamanya dari asian region) yg dipilih khas bagi meraikan cinema dan budaya.
1) CUAK - Malaysia
2) LABOUR OF LOVE - India
3) PEE MAK - Thailand
4) SOEKARNO - Indonesia
5) SAYANG DI SAYANG - Singapore
6) TELEVISION - Bangladesh
7) HALAW - Philipines
8) CAMBODIAN SAN - Cambodia
9) KOMANEKO - Japan
10) MY MOTHER IS IN AMERICA & SHE MET BUFFALO BILL - France

Apa yg menariknya dalam acara film fest ini, penonton dapat berinteraksi dgn setiap pengkarya bagi filem yg ditayangkan dalam acara Q&A. (Kecuali pengkarya filem Pee Mak yg tidak dapat hadir atas urusan kerja).
Beberapa workshop dan forum akan diadakan bertujuan memberi sudut ilmiah pada film fest ini.
1) Workshop1 - Telling Stories From The Filmmaker's Culture oleh Lawrence Johnson
2) Workshop2- Story & Visual Development Workshop oleh Sheron Dayoc (pengarah Halaw)
3) Forum - New Directions in Storytelling, Production & Funding oleh beberapa pengarah, penerbit filem jemputan

Terdapat 5 buah short film tempatan juga akan ditayangkan iaitu
1) TERBANG
2) DOORS OF HORRORS
3) RAGUT
4) DOGHOLE
5) SILHOUETTE

Acara 3 hari ni akan bermula pada:
-11June2015 (Khamis) bertempat di Medini Nusajaya
-12June2015 (Jumaat) bertempat di Multimedia Universiti Nusajaya Campus
-13June2015 (Sabtu) bertempat di Multimedia Universiti Nusajaya Campus
Masa tayangan bg setiap akan diumumkan nanti. Tunggu.

Dari kiri: Pak Hassan Mutalib (Kurator JB Film Festival), Datuk Fauzi @ Pauzi Ayob (Pengarah Pemasaran FINAS), Puan Suzie Yap (Pengarah JB Arts Festival) dan Tuan Yap Siong Cheng (pengasas Johor Society For The Performing Arts) 







Sila LIKE fanpage JB Arts Festival bagi mengikuti perkembagan lanjut.www.facebook.com/jbartsfestival
Hubungi talian 0197139900 untuk maklumat lanjut.





































Monday 18 May 2015

CINEMA TODAY: Mad Max - Fury Road (2015)

Mad Max - Fury Road (2015)
Directed by George Miller

Sebuah road movie jika dibuang dramanya serta diadunkan bersama aksi adrenalin dasyat tanpa henti akan menghasilkan filem ini. Filem karya terkini George Miller, warga tua berusia 70 tahun (sebaya pak Hassan Muthalib) yg bertanggungjawab memperkenalkan dunia post apokalips bersifat gila2 dan ganas dalam trilogy filem Mad Max terdahulu.
George Miller with his miniature set (Photo: Tim Bauer)


Plot - Filem ini mengisahkan Max (Tom Hardy) seorang protagonist yg terjerumus dalam dunia gila sebuah puak yg dipimpin oleh Immortan Joe (watak jahat yg didirikan seperti Dajjal akhir zaman). Max dalam keadaan tersepit terpaksa bekerjasama dgn Furiosa (Charlize Theron) dalam misi melarikan diri bersama beberapa org wanita lain dari Immortan Joe. Keadaan bertambah sengit apabila mereka dikejar rapat oleh Immortan Joe bersama 2 puak sakai yg lain. Berjayakah mereka lari dari cengkaman Immortan Joe dan puak2 sakainya? Itu harus anda tonton sendiri. 
  Immortan Joe, antagonist utama mirip dajjal akhir zaman.
Storytelling - Plot filem ini agak straight to point sebenarnya. Tiada drama. Tiada penjelasan dan latarbelakang watak. Penonton terus dibawa ke dunia hodoh post apokalips yg gila dan huru-hara dgn sajian aksi adrenalin tanpa henti disulam baik dgn kamera work yg power dan cinematografi yg lazat.
Photo: Jasin Boland/Warner Bros. Entertainment
Karektor development - filem ini tidak perlukan penjelasan panjang pada watak. Motivasi protagonist sgt simple. Untuk terus hidup.

Skrip dan Lakonan - Charlize Theron sgt menyerlah dlm filem. Beliau nampak liar tapi seksi (dalam erti kata wataknya bukan fizikalnya). Tom Hardy tidak kurang hebatnya cuma lakonannya lebih tertumpu pada aksi dgn skrip yg kurang.

Muzik dan lain2 - Dgn ditemani muzik tribal ala2 drum perang zaman feudal jepun, penonton dapat merasakan babak aksi yg mendebarkan dgn feel yg satu macam gila. Muziknya mmg powerful. Kuat dan ganas tapi tidak over do seperti kebiasaan muzik filem Hollywood yg lain (muzik Danny Elfman sbg contoh). Dalam dunia post apokalips yg serba hodoh ini, terdapat kecantikan yg disulam rapi bagi memberi satu imbangan kpd visual penonton. Wide shot yg cantik menjadi penyeri hampir setiap ketika dgn sajian alam dunia Mad Max. Apa yg menariknya, setiap frame itu dirakam dgn cantik seolah2 penonton hanya perlu menekan button pause pada mana2 ketika dan tinggal print untuk bikin poster.
Antara ratusan shot yang menarik dari filem ini.
Kesimpulannya - Lambakan filem hollywood masakini kelihatan agak meloyakan dgn aksi gila babi over the top yg tiada feel bahaya kepada watak filem. Apa yg membuatkan Mad Max terbaru ini agak unik, ia memberi nafas segar kepada peminat filem aksi dgn mengembalikan resepi filem aksi 80an dimana protagonist mmg betul2 dlm keadaan terancam dan penonton tidak boleh mengagak ancaman yg datang selepas itu. Ceritanya simple tapi aksinya kompleks. Dunianya hodoh dan gila tapi ada kecantikan disebaliknya. Itulah dia Mad Max: Fury Road. Jangan lepaskan peluang menonton di pawagam berhampiran. Ya. Filem ini selayaknya untuk tontonan cinema bg merasakan bunyi ambient yg misteri serta babak aksi huru hara yg mendebarkan
.
Personal evaluation: 8.0/10 bintang.

Saturday 28 February 2015

MOVIE REVIEWS : Waltz with Bashir (2008)

MOVIE REVIEWS : Waltz with Bashir (2008)
Directed by Ari Folman

Waltz with Bashir merupakan sebuah karya animasi keluaran Israel yang berkisar tentang perang Israel-Lubnan pada tahun 1982. Filem yang berbentuk dokumentari ini mengisahkan peristiwa yang dialami Ari Folman sendiri yang terlibat secara langsung dalam perang tersebut ketika beliau berkhidmat seba
gai tentera Israel. Ari yang kini sudah berusia cuba menjejaki memori silamnya apabila menyedari beliau tidak dapat mengingati pengalaman ketika terlibat dalam perang tersebut. Atas nasihat kawannya, Ari membuat keputusan untuk mencari semula rakan-rakan tentera yang pernah bersama dengannya dalam perang itu. Bermula dari sini, satu demi satu peristiwa perang diceritakan semula oleh rakan-rakan Ari. Dari saat mereka memasuki Beirut sehingga berakhir dengan peristiwa berdarah di kem pelarian Sabra dan Shatila.

Jika dilihat dari konteks sejarah, peristiwa berdarah Sabra dan Shatila merupakan pembunuhan beramai-ramai penduduk kem pelarian tersebut oleh tentera kristian Phalangist yang dibantu oleh tentera Israel. Perang Israel-Lubnan berjaya ditamatkan melalui perjanjian damai antara tentera Palestin PLO di bawah Yasser Arafat dengan tentera Israel. Di dalam perjanjian yang dibantu oleh Amerika Syarikat, tentera PLO harus
berundur dari Beirut bagi menamatkan perang. Presiden Lubnan yang baru dilantik, Bashir Gemayel telah dibunuh sejurus selepas pengunduran tentera PLO berlaku. Tentera Israel mendakwa masih terdapat ribuan 'pengganas' Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila. Mereka bertindak mengepung kem tersebut dan memberi laluan kepada tentera kristian Phalangist untuk membunuh seberapa ramai penduduk yang berada di kem itu atas alasan sebagai tindakan balas tentera Phalangist atas kematian Bashir yang merupakan ketua mereka.

Apa yang menarik perhatian saya dalam filem ini, peristiwa berdarah Sabra dan Shatila cuba disampaikan untuk memberitahu dunia bahawa tentera Israel tidak terlibat secara langsung dengan kejadian itu. Menurut mereka, tentera Phalangist yang membalas dendam atas kematian Bashir Gemayel harus bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan itu. Paparan tentera Israel dalam filem ini kelihatan humanis, simpati kepada mangsa pembunuhan, tidak gemar dengan keganasan dan kadangkala naif atas perlakuan kejam yang terjadi. Walaubagaimana pun, mereka tidak dapat menipu sejarah dan realiti. Hakikatnya, tentera kristian Phalangist hanya bertindak atas arahan Israel. Tentera Israel yang dikepalai oleh Ariel Sharon adalah dalang utama atas segala pembunuhan yang berlaku.

Terdapat beberapa aspek dalam filem animasi ini harus diberi pujian. Animasinya nampak seakan gaya rotoskoping sangat membantu mood filem ini. Momen-momen surreal yang ditemani dengan muzik yang dramatik telah berjaya mengangkat realisma filem ini. Dan seperti biasa bakat semulajadi pengkarya yahudi dalam meraih simpati penonton pada watak hero yang mereka paparkan harus diberi pujian.

My personal evaluation: 7.0/10 bintang