Thursday 20 November 2014

PRA TONTON: Penguins of Madagascar (2014)

PRA TONTON: Penguins of Madagascar (2014)

Mengisahkan pengembaraan 4 ekor penguins yang menentang sotong jahat bernama Dave. Animasi yang penuh dengan lawak tipikal kartun dreamworks. Cuma kali ini lawaknya lebih kartun dan wacky. Jalan ceritanya ringan dan sangat sesuai untuk santapan kanak2. Tontonan IMAX 3d seperti tidak perlu apabila sy merasakan seperti menonton TV cerita kartun tipikal untuk kanak2 di pagi sabtu.
Saksikan di pawagam berdekatan akan datang 27 November 2014.

My personal evaluation: 6/10
Review penuh akan menyusul.

Penghargaan buat 20th Century Fox
Official FB Page: www.facebook.com/foxmovies.my

Saturday 15 November 2014

CINEMA TODAY: Interstellar (2014)


CINEMA TODAY: Interstellar (2014)
Directed by Christopher Nolan

SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini agak sedikit istimewa kerana lebih tertumpu pada perbincangan tentang struktur cerita, maka dengan itu spoiler filem adalah tidak dapat dielakkan.Sila berhenti membaca setakat ini dan tonton filemnya dahulu sebelum anda pergi lebih jauh.

Christoper Nolan bukan lagi nama baru dari sudut komersial Hollywood. Seorang pengarah yang sinonim dengan karya-karya yang merangsang minda penonton dengan menyediakan tema yang kompleks dalam masa yang sama masih terhibur. Bermula dengan filem debut bertajuk The Following (1999), pengarah indie kelahiran UK ini, mula mengukir nama di persada blockbuster dengan filem box office seperti Dark Knight trilogy dan Inception. Apa yang menariknya, walaupun telah mencapai taraf pengarah blockbuster tetapi beliau masih dapat mengekalkan susur galur acuan artistiknya atas kepercayaan penuh yang diberikan oleh studio besar Hollywood. Beliau boleh dikategori sebagai auteur director bagi filem blockbuster dimana beliau berkuasa penuh atas proses kreatif dalam penghasilan karya tanpa campur tangan pihak luar. Secara jujurnya saya merupakan peminat setia kesemua filem beliau. Setiap karya yang dihasilkan beliau akan melekat lama dalam minda penonton dan kebiasaan menjadi bahan untuk dibincangkan selepas menonton.

Interstellar merupakan buah tangan terbaru dari Christoper Nolan. Filem hasil tulisan beliau bersama adiknya Jonathan Nolan menceritakan tentang survival makhluk, kekuatan cinta, pengorbanan, pencarian jawapan dalam kehidupan dari konteks alam semesta yang berkait dengan ruang dimensi dan waktu, Secara dasarnya, filem ini berjaya dalam menyampaikan idea dan temanya. Penonton akan terkesan emosinya dengan pengalaman yang dilalui si protagonist dalam filem. Namun atas beberapa perkara yang tidak ditekankan dengan baik dalam struktur ceritanya serta perjalanan yang agak meleret sebelum sampai ke third act menyebabkan filem yang hebat ini kelihatan agak sukar dihadam dengan mudah.


Plot - Kebiasaannya, saya akan menceritakan plot sesebuah filem secara ringkas. Namun, disebabkan terdapat ramai penonton yang keliru dan tidak faham tentang plot filem ini setelah menontonnya, saya memilih untuk membuat review yang terperinci tentang plot filem ini sambil menunjukkan pada pembaca setakat mana yang saya faham plotnya  dan point-point yang ingin tekankan tentang masalah penceritaannya. Plot filem ini mengisahkan zaman dimana sumber makanan menjadi terhad dan semakin berkurangan menyebabkan penduduk bumi berada di ambang kepupusan. Akibat dari itu, manusia terpaksa melupakan banyak perkara dalam aspek kehidupan untuk menumpukan tugas mereka sebagai petani dalam meneruskan survival. Cooper seorang bekas juruterbang NASA telah menemui satu pangkalan rahsia NASA setelah berjaya menyelesaikan satu isyarat kod morse dari bilik anak perempuannya Murph yang disyaki berhantu pada mulanya. Profesor Brand yang mengetuai pengkalan rahsia NASA itu telah berjaya meyakinkan Cooper untuk menjadi juruterbang dan ketua dalam misi bernama Endurance dimana objektifnya ialah mengesahkan planet yang boleh diduduki manusia atas beberapa calon planet yang telah dikenalpasti dalam misi 10 tahun sebelumnya dipanggil misi Lazarus. Planet-planet yang berada jauh di solar sistem bumi ini telah berjaya diterokai hasil dari penemuan sebuah Wormhole berdekatan planet Zuhal, 50 tahun lepas. Mengikut kajian NASA, mereka percaya Wormhole itu diletakkan disitu oleh sebuah entiti makhluk misteri.
         Cooper yang ditemani Amelia (anak perempuan Prof Brand), Romilly, Doyle, dan 2 buah robot pintar bernama TARS dan CASE berlepas meninggalkan bumi untuk memulakan misi eksplorasi angkasa mereka berasa sedih dan serba salah akibat terpaksa meninggalkan anaknya Murph dan Tom. Ini kerana Murph berkeras tidak mahu ayahnya pergi ke angkasa setelah mendapat alamat dari hantu dalam biliknya supaya jangan berganjak.Misi Endurance telah berjaya menjejaki 3 buah calon planet yang mereka cari setelah melalui Wormhole di planet Zuhal itu. Misi mereka bermula dengan planet yang didiami oleh angkasawan Miller, kemudian ke planet angkasawan dr,Mann dan berakhir di Blackhole bernama Gargantua yang berdekatan dengan planet angkasawan Edmund. Akibat dari situasi yang memaksa, Cooper dan TARS telah membuat keputusan masuk ke dalam Blackhole tersebut untuk mengumpul data.
         Sejurus masuk ke dalam Blackhole tadi, Cooper telah terperangkap didalam ruang dimensi berpanggil 'tesseract' dimana didalamnya terdapat portal yang menyerupai bilik Murph. Apa yang memeranjatkan Cooper ialah hantu yang diceritakan oleh Murph sebenarnya ialah dirinya sendiri yang terperangkap didalam dimensi yang lain. Cooper yang tidak berputus asa cuba berkomunikasi dengan anaknya dan akhirnya berjaya menghantar formula bagi menyelesaikan masalah mengatasi gravity bumi untuk ke angkasa lepas (dipanggil Plan A oleh Profesor Brand) melalui kod morse pada jam tangan Murph atas bantuan entiti makhluk misteri yang bertanggungjawab pada mulanya meletakkan Wormhole berdekatan planet Zuhal. Setelah kesemua formula berjaya dipindahkan pada Murph, entiti makhluk misteri itu telah menutup dimensi tessaract itu dan mengeluarkan Cooper dari Blackhole dan Wormhole dan akhirnya berjaya diselamatkan oleh Murph yang sudah tua berdekatan dengan planet Zuhal. Atas segala kejadian yang berlaku seperti dirancang ini, Cooper telah mendapat ilham bahawa entiti makhluk misteri ini sebenarnya ialah manusia masa hadapan yang berupaya mengubah ruang dimensi dan merentas masa dimana motif mereka sebenarnya adalah untuk membantu manusia zaman sekarang daripada pupus disebabkan tinggal dibumi yang ketandusan makanan untuk hidup.


Storytelling - Nolan semestinya mempunyai kelebihan dalam menyampaikan karyanya. Filem ini berjaya memberi penonton suatu pengembaraan penuh emosi, visual yang hebat, serta bermain dengan ruang angkasa penuh misteri. Ia majestic dan epik. Sedikit sebanyak ia memberi penghormatan kepada filem Stanley Kubrick iaitu 2001: A Space Odyssey. Namun terdapat beberapa aspek penceritaan yang boleh dipertikaikan atas sebab kelemahan stuktur cerita itu sendiri, YA. Terlebih dahulu ingin saya tekankan disini, saya memang memberi keutamaan dalam penilaian sudut penceritaan filem ini. Kerana disini Nolan tidak membuat filem art house. Dimana jarang bagi saya meletakkan keutamaan kepada sudut penceritaan bagi filem art house. Interstellar merupakan filem yang penuh dengan idea, plot, dan penceritaan. Dan bagi saya penceritaannya seharusnya dinilai dengan wajar.
1) Situasi dimana memerlukan penjelasan, situasi dimana tidak memerlukan penjelasan.
- Keadaan bumi yang ketandusan makanan tidak ditekankan cause dan effectnya secara jelas dan terinci dimana situasinya nampak seperti tidak kritikal sebenarnya untuk Cooper berkorban nyawa pada situasi yang beliau sendiri tidak pasti. (masyarakat hidup aman damai boleh bersosial dan main besbol tanpa ada rusuhan, sosio ekonomi yg nampak normal, tiada huru-hara dan tiada jenayah melunar atas kenaikan kehendak pada bekalan makanan yang berkurangan)
- Situasi dimana Romilly menerangkan pada Cooper (seorang bekas angkasawan NASA) tentang apa itu Wormhole dalam bahasa budak sekolah. Dimana penjelasan itu tidak perlu sebenarnya kepada watak Cooper. Nolan kebiasaan lebih pandai menyusun skripnya pada tempat yang sesuai dalam menerangkan sesuatu kepada penonton.
-Profesor Brand sebenarnya menipu keberhasilan plan A (tentang penyelesaian tarikan graviti bumi) kerana hendak memastikan semua manusia bekejasama menjayakan projek itu. Bagaimana projek ini diluluskan kerajaan. Dan bagaimana profesor Brand boleh menipu ribuan pekerja NASA dengan jayanya. Bukankah setiap perkara saintifik itu perlu dibuktikan baru sesuatu projek bernilai berbillion US dolar dapat diluluskan.
2) Nolan gemar menerangkan situasi yg berlaku dengan banyak jalan pintas dan sebab yang agak malas sehingga boleh dipersoal penonton,
- Usaha Profesor Brand jika dinilai semula adalah usaha yang sia-sia kerana segala usahanya dalam operasi NASA itu tidak dapat menyelematkan nyawa cuma boleh  menghantar manusia baru dalam bentuk benih ke angkasa lepas (Plan B) . Disini Nolan menjelaskan ia adalah usaha murni kerana menyelamatkan manusia yg belum hidup adalah lebih mulia dari menyelamatkan manusia yg sedang berjuang untuk hidup.
- Kenapa Cooper dipilih oleh Profesor Brand untuk mengetuai misi angkasa lepas sedangkan Cooper baru sahaja menjumpai pengkalan NASA itu. Apa istimewanya Cooper. Adakah tidak ada calon lain ketika itu selain Cooper. Jika tiada calon lain kenapa projek Endurance sudah bermula tanpa wujudnya Cooper sebagai calon sesuai. Disini Nolan menjelaskan Cooper adalah orang istimewa yang diangkat untuk misi ini.  "you are the chosen one"
- Dengan teknologi robot pintar yang ada seperti TARS dan CASE, Kenapa mereka harus menghantar manusia. Kenapa mereka sanggup memperjudikan nyawa manusia pada sesuatu yang tidak pasti. Disini Nolan menjelaskan robot tidak ada naluri untuk hidup 'survival instinct' seperti yang ada pada manusia.
3) Plot issue
- Di dalam dimensi tessaract, Cooper cuba memberitahu 'Cooper masa silam' supaya duduk, jangan pergi ke mana-mana. Tapi kenapa Cooper memberikan coordinate NASA kepada 'Cooper masa silam'. Adakah itu satu tindakan yang kontradik.
- 'Manusia masa hadapan' telah membantu 'manusia masa silam' untuk menjadi 'manusia masa hadapan' itu sendiri. Jika tidak bantu manusia akan pupus di masa hadapan. Persoalannya bagaimana 'manusia masa hadapan' boleh wujud dalam membantu 'manusia masa silam' dari pupus sedangkan di masa hadapan itu manusia sudah pun pupus.
- Plan A merupakan 'bootstrap paradox' dalam filem ini. Dimana maklumat yang dihantar dari masa hadapan ke masa silam akan terbit semula di masa hadapan untuk dihantar balik ke masa silam. Disini persoalannya siapa yang mencipta Plan A menjadi tanda tanya samada 'manusia masa hadapan' yang menghantar ke masa silam atau 'manusia masa silam' yang mewariskan ilmunya sampai ke generasi 'masa hadapan'. Teringat kata-kata Cooper pada saat akhir di tessaract "they didn't bring us here to change the past".
5) Love is one thing that trancends time and space
- Kenapa Amelia ikut naluri cintanya untuk pergi ke planet Edmund si buah hatinya sehingga mengabaikan segala ilmu dan kajiannya tentang angkasa lepas. Ohhh Nolan nak bagitahu bahawa 'loves trancends anything'.
- Kenapa Cooper dipertemukan dengan anak perempuannya di Blackhole oleh 'manusia masa hadapan' tapi bukan anak lelakinya. Sebab kasih cooper pada anak perempuannya sangat mendalam. Adakah 'manusia masa hadapan' itu adalah Cooper yang sudah menjadi 5 dimensional being di masa hadapan.
-Hakikatnya cintalah yang menyebabkan segala kejadian astro fizik dan time travel ini berlaku hasil dari cinta manusia masa hadapan untuk menyelamatkan manusia masa silam.
6) Nolan bagitahu bahawa cinta mengatasi segalanya tetapi dalam masa yang sama perkara yang sebaliknya berlaku.
- Profesor brand sengaja memilih  angkasawan yang tiada naluri dan pertalian cinta keluarga sebagai calon dalam misi Lazarus 10 tahun lepas agar mereka ini fokus pada misi satu hala yang mengundang kematian tanpa rasa apa-apa kehilangan, tetapi tindakan profesor Brand menghantar anaknya Amelia yang dia cintai dan punya pertalian rapat untuk menyertai misi Endurance ini seperti bercanggah dengan tindakannya. Oh niat sebenarnya untuk selamatkan Amelia daripada mati di bumi kerana bumi tiada harapan lagi. Jadi kenapa bapanya tidak ikut sekali untuk selamatkan dirinya.
- CINTA Cooper pada anaknya Murph yang menjadi pendorong si bapa untuk mencari jalan menyelamatkan bumi. Cinta Amelia pada kekasihnya Edmund yg menjadi pendorong si kekasih berusaha meneroka angkasa. TETAPI KENAPA pada pengakhiran cerita perkara ini tidak dizahirkan dimana cinta bapa kepada anak  antara Cooper dan Murph yang lama terpisah seperti tidak dirasai apabila babak akhir dimana Murph menyuruh bapanya pergi dan si bapa akur lalu pergi sambil sempat mencuri spaceship.
- Apakah rasionalnya tindakan Cooper mencuri sebuah spaceship untuk menyelamatkan Amelia di planet Edmund. Pelik benda ini berlaku sedangkan Cooper Station telah berada di planet zuhal dan sudah menghamipiri worm hole untuk ke plant Edmund. Kenapa si Cooper tidak sabar dan gelojoh sehingga sanggup bertindak sendirian tanpa bantuan sesiapa. Apa yg ingin beliau buktikan. Kerana CINTA? oh tidakkkkk.
7) Plan A yang bersifat saintifik itu seakan-akan black magic.
- Plan A ialah penyelesaian mengubah gravity dibumi. Dimana profesor Brand sudah membuktikan bahawa formula itu mustahil dan dia memberitahu kepada Murph bahawa plan A itu satu penipuan.
Tetapi entah bagaimana, mengikut ilham yang terbit dari minda Murph, dia mengandaikan bahawa formula gravity oleh Prof Brand hanya separuh dari penyelesaian graviti dan separuh lagi ada di Blackhole. WOW. Macamane boleh terbit ilham sebegini. (dia tiba-tiba menjelaskan perkara ini pada teman lelakinya di dalam kereta). Dan untuk mendapatkan separuh lagi formula penyelesaian yang terdapat di Blackhole, nalurinya mengatakan dia harus pergi ke bilik tidurnya dan tunggu satu keajaiban berlaku. Lagi sekali WOW.
- Secara kebetualan, apa yang diperlukan oleh Murph seperti dapat dibaca oleh Cooper tanpa diminta lalu Cooper telah menghantarkan formula kurniaan manusia masa hadapan melalui perantara TARS si robot yang disalurkan secara kod morse menerusi jam tangan Murph. Lagi sekali WOW.
Jason Bourne cameo dalam Interstellar.


Character Development - Watak Cooper dikembangkan dengan baik. Emosi dan konflik yang bersangkut paut dengan kasih sayangnya pada Murph digarap dengan baik. Watak-watak lain boleh dikatakan sederhana cuma watak Tom anak Cooper seperti tidak dikembangkan kerana wataknya seperti terasing.

Skrip dan lakonan - Nolan seperti filemnya sebelum ini gemar menjual idea baru kepada penonton. Idea ini kebiasaannya akan diterangkan secara terperinci cuma kali ini skrip bagi interstellar nampak terlalu banyak penjelasan sehingga pada satu ketika ia seperti tidak perlu. Cooper lakonan Matthew McConaughey merupakan permata dalam filem ini. Emosi yang disampaikan mudah diserap penonton. Amelia lakonan Anne Hathaway pula kelihatan tidak menyerlah sebagai angkasawan.


Muzik dan lain-lain - Hans Zimmer sebagai komposer memberikan yang terbaik dalam filem ini. Emosi yang disampaikan sangat bersesuaian dengan elemen misteri angkasa lepas, kasih sayang, kesunyian, dan masa. Muziknya yang berhantu dengan pengaruh gothic J.S Bach pada elemen utama organ pipenya seperti memberi penghormatan kepada 2001: A Space Odyssey. Visual efek bagi filem ini nampak sedikit unik. Ia nampak dipengaruhi oleh visual filem Stanley Kubrik dimana ia lebih menggunakan praktikal efek. Cinematogafinya sangat cantik dengan angkasa lepas sebagai ruang yang misteri dizahirkan dengan berkesan.


Kesimpulan - Akibat terlalu banyak penjelasan dalam semua idea saintifik akhirnya menjerat filem ini dan ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan cerita. Walaupun penceritaannya tidak berapa utuh, Interstellar merupakan sebuah filem hebat dari Nolan. Apa yang hebat tentang filem ini, ia akan mengajak penonton berbincang tentang idea yang cuba disampaikan dan semestinya penonton diajak menonton lebih dari sekali untuk menghadamnya. Filem ini akan menjadi 'instant classic' sekiranya Nolan dapat mengurangkan banyak penjelasan, membiarkan persoalan dan misteri bermain difikiran penonton. Dan membiarkan penonton memberi pemahaman mengikut persepektif mereka sendiri. Bagi penggemar filem, jangan lepaskan peluang anda menonton filem ini. Sebuah filem yang harus dijamu dipawagam dengan santapan skrin IMAX. Bergegas ke cinema berhampiran sekarang.

My personal evaluation: 7.5/10 bintang

Official Site:
Warner Bros. Pictures Official FB Page: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia

Thursday 13 November 2014

PRA TONTON: Interstellar (2014)

PRA TONTON: Interstellar (2014)
Directed by Christopher Nolan.

Menceritakan kasih sayang itu akhirnya dapat mengatasi masa dan ruang dimensi.
Filem yang kelihatan bercita-cita besar ini kelihatan baik dari segi dasarnya. Namun atas beberapa perkara yang tidak ditekankan dengan baik dalam struktur ceritanya serta perjalanan yang agak meleret sebelum sampai ke third act menyebabkan filem yang hebat ini kelihatan agak sukar dihadam dengan mudah.

Harus ditonton buat kali kedua.
Personal evaluation: 7.5/10 bintang
Review penuh akan menyusul.

Penghargaan kepada Warner Bros Malaysia.
Tarikh Pra Tonton: 4 November 2014
Official Site:
Warner Bros Malaysia FB Page: https://www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia

PRA TONTON: Nightcrawler (2014)

PRA TONTON: Nightcrawler (2014)
Directed by Dan Gilroy.

Sebuah character driven filem yg dark and gritty tentang kepayahan manusia dalam mengharungi hidup dlm kota metropolitan yg serba mendesak yg akhirnya nilai kemanusiaan terhakis dalam dirinya akibat sifat tamak, rakus dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar impian.

Apa yg menariknya. Ia bukan filem komedi tapi akan membuatkan anda sentiasa ketawa kecil dengan gelagat protagonist yg sedikit pelik.
Bukan black comedy. Tp ia sebuah filem yg darkly funny.

Personal evaluation: 8.5/10 bintang
Review penuh akan menyusul.
(Filem harus tonton. Serius tk tipu)


Penghargaan kepada GSC Movies.
Pra tonton: 30 Oktober 2014
Official Site:    
             GSC Movies FB Page: https://www.facebook.com/gscmovies

EVENT: EUFF 2014, 15th Annual European Union Film Festival.

Berikut adalah senarai 21 karya eropah untuk jamuan anda.
Saksikannya di cinema berhampiran dari 30 Oktober sehingga 17 Disember 2014

- GSC mid valley, 1utama, pavillion
(30 oct - 9 nov)
- GSC gurney plaza penang
(13 nov - 19 nov)
- GSC cityONE kuching
(27 nov - 7 Dec)
- GSC suria sabah KK
(11 dec - 17 dec)

Kerana filem antarabangsa itu bukan sekadar Hollywood sahaja.






Jadual tayangan EUFF 2014 seperti berikut:
Lembah kelang 30 Oct - 9 Nov
Penang 13 Nov - 19 Nov



PRA TONTON: Best Offer (2013)

PRA TONTON: Best Offer (2013)
Directed by Giuseppe Tornatore
Bersempena dengan 15th annual European Union Film Festival, EUFF.

The Best Offer karya pengarah hebat Guiseppe Tarnatore. Menceritakan tentang kesepian, pencarian cinta dan tipu daya. Ia berjaya mengadun 2 genre dengan baik sekali iaitu genre noir ala-ala Hitchcock dan crime drama sebagai plot twist. Dengan gandingan muzik alunan komposer kegemaran saya iaitu Ennio Marricone, filem ini sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan peminat terhadap nostalgia Cinema Paradiso walaupun genrenya tidak sama.

Sangat berpuashati dgn hasil karya terbaru tuan Tarnatore ini.
Personal evaluation: 8.0/10bintang
Nota: filem yg dikeluarkan sekitar Jan 2013 (tahun lepas) ini mendapat mixed reviews dari pengkritik (average rating oleh pengkritik RT = 5.9/10)



Penghargaan kepada GSC Movies.
Pra tonton: 20 Oktober 2014
Official Site:  
             GSC Movies FB Page: https://www.facebook.com/gscmovies

PRA TONTON: Annabelle (2014)

PRA TONTON: Annabelle (2014)
Directed by John R. Leonetti

Annabelle is a hybrid between Rosemary's Baby and Child Play that comes with poor story development and motive.

Personal evaluation: 5/10 bintang.
Full reviews coming soon.

Penghargaan kepada Warner Bros Malaysia.
Tarikh Pra Tonton: 2 Oktober 2014
Official Site:
Warner Bros Malaysia FB Page: https://www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia

Wednesday 17 September 2014

CINEMA TODAY: The Maze Runner (2014)

CINEMA TODAY:  The Maze Runner (2014)
Directed by Wes Ball

Sejak kebelekangan ini, filem remaja atau dikenali sebagai filem Young Adult,YA menjadi genre kegilaan Hollywood untuk meraih pulangan. Genre yang kebiasaannya diadaptasi dari novel bersiri ini mula mekar dengan francais Harry Porter, diikuti dengan Chronicles of Narnia sehingga lahir filem-filem baru seperti Hunger Games, Divergent, The Giver. Tidak dinafikan filem sebegini diambil dari karya novel remaja yang bermutu. Namun demikian akibat dari kekerapan filem ini cuba disogok oleh Hollywood, ia telah menyebabkan penonton seperti sudah boleh membaca resepi asas filem sebegini. Kebiasaannya filem ini akan bercerita tentang dunia asing, remaja terpilih yang akan menyelamatkan keadaan dan disusuli pengembaraan yang menarik ditemani dengan beberapa halangan sebelum mencapai misi terakhir dalam ceritanya.

The Maze Runner iaitu filem terbaru genre ini merupakan hasil karya dari pengarah baru Wes Ball. Diambil dari novel bersiri popular Amerika, filem ini masih lagi mengekalkan resepi tipikal filem remaja cuma temanya diberi sedikit kelainan dengan mengadunkan tema filem Lord of the Flies, Hunger Games, dan sedikit tema filem horror The Cube.

Plot - Mengisahkan Thomas yang mendapati dirinya terperangkap dalam sebuah lingkaran Maze yang besar bersama sekumpulan komuniti remaja lain. Beliau yang kehilangan memori seperti remaja yang lain, cuba mencari jalan keluar dari penjara maze tersebut disamping berusaha untuk menyesuaikan diri hidup bersama dalam komuniti itu. Berbekalkan mimpi yang menjadi pembayang kepada permasalahan yang dihadapinya, Thomas dan rakan-rakan remaja yang lain berusaha mencari jawapan dan jalan keluar dari penjara Maze tersebut.

Storytelling - Secara peribadinya, saya melangkah masuk ke pawagam tanpa memberi harapan yang tinggi cuma jauh disudut hati mengharapkan resepi filem sebegini dapat memberi kelainan. Pada permulaan cerita, filem ini berjalan dengan baik. Penonton dapat merasakan mood misteri filem ini dengan banyak persoalan yang timbul untuk diselesaikan protagonist. Sesuai dengan tajuk filem, rupabentuk Maze yang ditonjolkan sangat menakutkan dan misteri. Walau bagaimanpun, Maze sebagai subjek dalam penceritaan tidak dikembangkan dengan baik. Ia wujud sekadar pelengkap cerita. Siapa yang membinanya. Apa tujuannya. Atau bagaimana hubungan maze dengan watak seperti tidak ditekankan dengan baik.  Jika kita ambil filem seperti The Ruins dan The Cube, subjek utama sangat ditekankan dalam penceritaan. Walaupun tujuan dan asal kejadian dijadikan misteri, namun hubungan subjek dengan watak sangat ditekankan. Filem ini hanya gemar memberi penekanan pada MAZE RUNNER bukan Maze itu sendiri. Dengan itu, elemen misteri pada subjek kelihatan tidak kuat. Semakin hampir ke penghujung cerita, filem ini menjadi semakin hambar. Akibat dari penekanan pada watak dan bukan elemen misteri, filem ini cuba memberi fokus pada konflik antara protagonist dan antagonist yang pada saya sangat membosankan. Konflik yang wujud nampak tidak semulajadi dan sangat tipikal. Seperti kebiasaan filem remaja Hollywood, watak Thomas yang boleh dikatakan 'The Chosen One' secara kebetulan telah menjadi orang pertama yang berjaya mengatasi penjara Maze ini setelah bertahun-tahun dicuba oleh remaja yang lain. Setelah melepasi lingkaran Maze itu, jawapan kepada segala persoalan yang dihadapi Thomas dan rakan-rakan akhirnya terjawab. Namun, sebagai penonton, jawapan itu pada saya sangatlah hambar. Tujuan Maze itu wujud adalah tidak logik dan kelakar. Bagi melawan satu penyakit misteri yg menyerang otak manusia ketika itu, Maze itu dicipta bertujuan untuk mengasah minda manusia agar dapat mengatasi penyakit itu. Hmmmm. Begitulah ceritanya. Ibaratnya untuk mengatasi masalah penyakit AIDS, seseorang harus dihumban ke dalam loji kumbahan selama beberapa tahun dengan harapan dapat meningkatkan daya tahan bagi melawan virus HIV. Bunyi macam tidak munasabah dan kelakar bukan. Tidak cukup dengan itu, filem ini diakhiri dengan babak tipikal oleh seorang wanita teknokrat yang memberi arahan "bersedia untuk pusingan ke-2". Kononnya hendak memberitahu penonton akan ada filem sequel untuk mengembangkan lagi franchais filem ini. Saya tergelak kecil di dalam panggung ketika itu seolah-olah sedang menonton filem sequel Resident Evil.

Character development - Watak Thomas sebagai protagonist dikembangkan agak baik tetapi ia nampak sedikit tipikal dengan gaya ala-ala 'the chosen one' yang beriya-iya mahu menjadi hero dalam keadaan tempat yang asing baginya tanpa menyiasat terlebih dahulu sebelum bertindak.  Watak antagonist, Gally pula agak sedikit hambar dimana wataknya wujud adalah untuk menghalang segala tindak tanduk Thomas tanpa motivasi yang kuat. Konflik antara mereka nampak tidak semulajadi apabila Gally membenci Thomas dalam segala segi tanpa penilaian yang kukuh sehinggakan ia diluahkan oleh Thomas dalam filem "kenapa engkau benci sangat pada aku". Watak-watak lain seperti Alby dan Minho dikembangkan sebagai pembantu kepada Thomas mencapai misinya.
Jahatnya watak si Gally boleh dilihat pada keningnya yang jahat 

Skrip dan lakonan - Skrip bagi filem ini agak biasa. Ia sesuai untuk tontonan remaja. Lakonan bagi watak utama juga agak biasa cuma lakonan bg watak Newt yang bersifat seperti org dewasa seperti tidak kena. Watak antagonist, si Gally juga seperti tidak kena dan agak sedikit kaku. Apa yang ketara, lakonan watak-watak tambahan dalam filem ini nampak seperti pak pacak yang dibayar untuk menjadi kayu. Mungkin pengarahnya sibuk memberi tumpuan kepada pelakon utama sehingga terlupa untuk memberi tumpuan kepada watak-watak tambahan.

Muzik dan lain-lain - Muziknya adalah tipikal filem hollywood. Filem misteri sebegini yang sepatutnya diadun dengan muzik minimal seperti biasa ditemani dengan muzik epik hollywood di setiap babak. Babak aksinya agak baik walaupun kelihatan banyak efek kamera bergoncang. Cinematografinya juga agak baik.

Kesimpulannya, The Maze Runner cuba menjanjikan sesuatu yang baru kepada filem bersiri remaja. Namun ia masih lagi tidak dapat lari dari tipikal filem remaja. Walaupun pengakhiran ceritanya agak sedikit hambar, namun agak awal bagi menilai filem ini sehingga sekuelnya keluar. Itupun bergantung kepada kutipan positif filem ini. Jika kutipannya teruk,jangan diharap sekuel kedua akan menyusul. Bagi mereka yang inginkan filem seperti The Hunger Games, filem ini sesuai untuk anda. Jika anda mahu merasakan pengalaman seperti terperangkap dalam lingkaran Maze, jangan tunggu lagi. Bergegas ke pawagam berhampiran dengan segera.

My personal evaluation: 4/10 bintang

Official Site:
          20th Century Fox Official FB Page: www.facebook.com/foxmovies.my

Wednesday 13 August 2014

CINEMA TODAY: Into The Storm (2014)


CINEMA TODAY:  Into The Storm (2014)
Directed by Steven Quale

Disaster Movie merupakan satu genre movie yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sebut sahaja genre ini, filem seperti Twister, Armageddon, 2012, Deep Impact dan sebagainya akan bermain di fikiran. Genre Disaster Movie ini kebiasaannya lebih memfokuskan pada skala kebinasaan alam yang berlaku dan kadang kala penceritaan dan perkembangan watak menjadi fokus nombor 2 dalam filem. Akibat dari resepi yang tipikal ini, kelompok peminat filem sebegini menjadi berkurangan. Walaupun demikian. hollywood tidak pernah berputus asa dalam menyajikan genre filem ini kepada penonton kerana mereka percaya ia masih lagi memberi pulangan.

Filem Into The Storm merupakan hasil terbaru genre ini. Karya arahan Steven Quale (Final Destination 5) ini cuba memberi kelainan untuk genre Disaster Movie dengan mengadunkan genre Found Footage ke dalam filem bersama dengan CGI terkini bagi menhasilkan skala kebinasaan yang lebih hebat.

Plot - Mengisahkan kejadian bencana puting beliung yang maha dasyat menimpa penduduk bandar Silverton. Sekumpulan pemburu puting beliung, sebuah keluarga, dan beberapa penduduk yang mengalami saat-saat kejadian sempat merakamkan momen tersebut di mana akhirnya mereka bertemu dan sama-sama mengharungi saat genting menghadapi puting beliung rasaksa hingga ke penghujung cerita.

Storytelling - Dengan mengadunkan gaya Found Footage, pengarah Steven Quale cuba memberikan satu kelainan kepada filem bertemakan puting beliung ini. Dengan itu, gaya kerja kamera filem ini lebih ditumpukan pada First Person View iaitu dari kacamata lensa kamera yang dirakam oleh watak-watak dalam filem.Permulaan ceritanya agak sedikit perlahan. Penonton dikenalkan dengan sekumpulan pemburu puting beliung yang diketuai oleh Pete. Pencarian mereka dibantu oleh Allison, seorang wanita yang pakar dalam pencarian puting beliung dan tidak lupa kenderaan canggih mereka yakni sebuah kereta kebal yang mampu menghadapi puting beliung dalam memudahkan tugas mengambil gambar di dalam mata pusat puting beliung. Kemudian penonton dikenalkan pula dengan sebuah keluarga, Gary dan 2 orang anak lelakinya di mana ketika itu mereka sedang sibuk dalam merakamkan ucapan untuk time capsule 25 tahun akan datang. Filem bertukar rancak pada 2nd Act filem, apabila puting beliung mula menampakkan bentuknya. Dan ketika ini, penonton seperti dibawa masuk ke dalam filem dengan keadaan puting beliung yang nampak seperti benar-benar wujud dan mendebarkan. Terdapat juga aksi lucu dalam filem ini hasil dari garapan dua sahabat hillbilly yang gemar merakamkan aksi bahaya untuk tatapan video youtube mereka. Kedua orang badut ini sangat menggelikan hati kerana mereka seperti memberikan kritikan sosial kepada penonton yang suka melakukan kerja bodoh dan merbahaya semata-mata untuk mengejar populariti.

Character development - Maaf, filem ini mempunyai sedikit perkembangan watak. Kelihatan watak Pete sebagai pemburu puting beliung yang fanatik dan watak Allison yang rindukan anaknya yang dikembangkan tapi masih dalam paras minimum.
  
Skrip dan lakonan - Lakonan dan skrip agak sederhana dan kadang-kadang terasa seperti menonton siri tv yang buruk.

Muzik dan lain-lain - Apa yang membuatkan filem ini agak meyakinkan dan memberi rasa agak mendebarkan ialah penggunaan skor muzik yang sangat-sangat minimal dimana setiap perbualan dan aksi tidak ditemani dengan muzik sesuai dengan genre Found Footage.
Walaubagaimanapun, penggunaan kamera sebagai medium Found Footage seperti tidak digunakan dengan serius dan ini sangat mengganggu mood menonton. Sebagai contoh, terdapat gaya kerja kamera yang mewakili Third Person View yang bercampur dengan mode First Person View bagi Found Footage dimana scene watak yang memegang kamera wujud padahal tidak ada orang dalam filem yang merakamkan wataknya ketika itu dan banyak lagi contoh-contoh yang lain. Kamera-kamera yang wujud dalam filem juga seperti tidak konsisten dalam membezakan dari segi jenis kamera yang digunakan kerana filem ini nampak seperti mempunyai tone cinematografi yang sama dan bukan tone found footage yang dirakamkan oleh beberapa jenis kamera dalam beberapa keadaan. Sebagai contoh, scene di dalam sekolah dirakamkan oleh kamera litar sekolah dimana visualnya dibezakan dengan kualiti visual kamera litar tetapi kesemua scene dalam filem tidak dibezakan dari segi penggunaan kamera yang digunakan watak-watak seperti kamera Go Pro, kamera telefon, dan kamera Betacam. Masalah ini boleh dilupakan sekiranya visual kamera litar di sekolah itu menggunakan tone yang sama dengan tone cinematografi filem. Tetapi gaya kerja kamera Third Person View dan First Person View yang bercampur aduk itu dilihat sangat buruk dan tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Untuk menutup kelemahan-kelemahan yang timbul, pengarah cuba memomokkan penonton dengan hasil kerja CGI yang menyakinkan. Bencana puting beliung dihasilkan dengan skala yang maha dasyat dan mendebarkan. Percayalah, CGI ini lah yang mampu mengawal mood menonton agar penonton terhibur. Dan saya sangat terhibur dengan scene puting beliung itu.



Kesimpulannya, pengalaman menonton Into The Storm dirasakan seperti menaiki roller coaster. Sangat mendebarkan dan sangat menghiburkan. Itu sahaja. Penceritaan, perkembangan watak, lakonan, skrip, gaya kerja kamera seperti tidak ditekankan oleh pengarah. Hanya efek CGI sahaja yang mampu menyelamatkan filem ini. Tanpa hasil kerja efek CGI yang disajikan, filem ini hanya mampu saya beri sebanyak 4/10 bintang dan nasibnya agak baik. Jika anda ingin merasakan pengalaman puting beliung maha dasyat dan menghiburkan, jangan lepaskan peluang menonton filem ini. Bergegas ke panggung wayang berdekatan anda sekarang.

My personal evaluation: 6.5/10 bintang


Official Site: 
          Warner Bros. Pictures Official FB Page: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia

Wednesday 9 July 2014

CINEMA TODAY: Dawn of the Planet of the Apes (2014)


CINEMA TODAY:  Dawn of the Planet of the Apes (2014)
Directed by Matt Reeves

Planet of the Apes, POTA merupakan franchais filem yang agak berumur. Franchais yang bermula dari tahun 1968 ini berkembang seperti kebanyakan franchais filem hollywood yang lain yakni menjadi sakit dan uzur selepas beberapa filem terhasil. Seperti biasa, hollywood yang kekurangan idea berkarya sangat suka memberi nafas baru (reboot) kepada filem lama dengan harapan filem reboot ini akan menjadi magnet duit. Hanya segelintir sahaja filem reboot yang berjaya menjuarai filem asalnya. Rise of the Planet of the Apes merupakan antara contoh filem reboot tersebut. Ia memberi nafas baru kepada POTA serta menjadi filem prekuel dimana ia bercerita tentang asal-usul kejadian beruk pintar yang disulam dengan penceritaan yang menarik dan realistik serta tema yang lebih berat.

Selepas penonton disajikan dengan kelazatan RISE, kini muncul pula Dawn of the Planet of the Apes, yang merupakan filem sekuel terbaru arahan Matt Reeves. Satu tanggungjawab yang berat bagi Matt Reeves untuk memastikan filem sekuel ini dapat menyamai kehebatan karya RISE arahan Rupert Wyatt. Berbekalkan portfolio yang baik dengan filem seperti Let Me In dan Cloverfield, Matt Reeves merupakan calon yang sesuai bagi filem sekuel ini dan semestinya harapan penonton adalah sangat tinggi.

Plot - DAWN mengisahkan komuniti beruk pintar yang diketuai oleh Ceasar (lakonan Andy Serkis) mula diancam bahaya apabila kehidupan aman mereka di dalam hutan pinggir bandar San Fransisco bertembung dengan komuniti manusia. Kisah berlaku 10 tahun selepas RISE, di mana manusia merupakan spesis yang hampir pupus akibat penyakit maut Simian Flu. Saki baki manusia yang tidak terjejas dengan penyakit ini meneruskan kehidupan sukar apabila bekalan sumber asas dan tenaga semakin berkurangan. Dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik, komuniti yang diketuai oleh Dreyfus (lakonan Gary Oldman) telah mengarahkan Malcolm (lakonan Jason Clarke) untuk membaiki stesen hydroelektrik yang terletak di dalam hutan yang dikuasai oleh komuniti beruk.Di sinilah konflik antara 2 komuniti ini bertembung. Kedua-dua komuniti ini merasa terancam apabila dunia mereka bertembung. Keadaan yang penuh dengan prasangka buruk antara satu sama lain, diburukkan lagi dengan golongan-golongan jahat yang cuba mencabar keamanan yang wujud menyebabkan perang tercetus di antara mereka.

Storytelling - Filem bermula dengan babak yang mengkagumkan di mana Ceasar mengetuai komuniti beruknya memburu segerombolan rusa.Babak yang dirakam dengan cantik ini hanya ditemani dengan muzik ambient yang menyeramkan yang diambil sebagai penghormatan dari skor muzik filem 2001: A Space Odyssey. Dengan permulaan yang baik, filem ini berjaya mengekalkan momentumnya sehingga ke akhir. Ia sebuah filem yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Matt Reeves dengan penceritaan yang bagus,kemas berserta dengan tema yang berat. Sebuah filem yang 'dark' dan penuh emosi, penonton dapat menghubungkan filem ini dengan apa yang terjadi pada realiti dunia sekarang. Sejujurnya saya memang tersentuh menonton filem ini apabila mereka yang naif dan jahil telah terkorban akibat perang. Terdapat beberapa metafora kepada realiti dunia sekarang yang cuba disampaikan.Antara subtextnya:
1) Apabila manusia lemah yang ditindas (penduduk asia barat,dunia ketiga, blok timur) itu diberi peluang sama taraf keupayaan dengan golongan yang kuat (new world order dan blok barat) tetapi mereka yg lemah ini masih juga tidak menggunakan peluang yang ada untuk menjadi bertambah maju. Yang terjadi ialah sebaliknya - iaitu kerosakan yang sama yang menjurus kepada sebab kenapa mereka yang lemah ini menjadi lemah pada mulanya.
2) Sejarah telah banyak mengajar kita bagaimana sesebuah kerajaan itu dijatuhkan dari dalam, di mana terdapat dalang yang akan membelot dan mengambil kuasa lantas perubahan rejim berlaku seperti menukar baju. Apa yang menarik, pembelot ini tanpa kita sedari ialah orang kanan seperti jeneral tentera yang sepatutnya menjadi benteng depan sesebuah negara. Lihat sahaja sejarah kerajaan Turki Uthman, 1965 Indonesia, Mesir, Libya, dan beberapa lagi negara dunia ketiga di mana perubahan rejim berlaku disebabkan pembelot-pembelot ini. Kesemuanya memiliki pattern yang sama.
3) Melihat pergerakan beruk ini dalam mengurus komuniti mereka dengan motto 'apes together, strong', ia nampak seperti sesuatu yang mudah. Tetapi realiti dunia sekarang perkara itu sangat sukar untuk dicapai. Manusia itu masih lagi leka bercakaran dan membiarkan diri dijajah oleh golongan yang kuat dengan aplikasi "devide and conquer" mereka.Mesej disini memberitahu kekuatan itu bermula dari penyatuan. Nabi Muhammad SAW pernah menekan perkara ini di mana bahayanya sesebuah kerajaan mempunyai lebih dari 1 pemimpin kerana ia akan mengundang perpecahan dan permusuhan dan ketaatan kepada pemimpin yg baik sangat dituntut bagi memastikan kerajaan itu hidup aman dan makmur.
Saya cuba juga mencari kelemahan filem ini, tetapi tidak berjaya. Terdapat banyak babak-babak menarik dalam filem ini. Antaranya babak seekor beruk yang berpura-pura menjadi beruk bodoh di hadapan manusia lalu membunuh manusia itu setelah berjaya merampas senjata mereka. Ia jelas menunjukkan, walaupun manusia itu sudah mengenali siapa musuh mereka namun seringkali manusia masih lagi leka dan mudah ditipu.
Ada byk lg yg harus diceritakan, namun saya tidak mahu menceritakan kesemuanya kerana tidak mahu memberikan spoiler filem ini.
(Nota: Hanya filem yang bagus sahaja yang layak untuk dirahsiakan spoilernya.Ingat tu)


Character development - Perkembangan watak ceasar diolah dengan sangat baik. Dilema yang dialaminya sebagai pemimpin komunitinya, hubungan yang suram dengan anaknya,  konflik yang wujud antara beliau dengan musuhnya, ketegasan dan kelembutan dalam dirinya merupakan aspek-aspek yang menjadikan watak Ceasar menjuarai kesemua watak manusia dalam filem ini. Selain itu, watak beruk-beruk seperti Koba, River dan yang lain juga dikembangkan dengan baik sekali. Saya sangat tertarik dengan ketelitian perilaku beruk dalam filem ini. Perilaku mereka bermula dengan bahasa isyarat, tetapi apabila keadaan menjadi tegang, mereka boleh melontarkan suara, perubahan dibuat sangat halus dan tidak mendadak. Perkembangan watak manusia agak kurang sedikit berbanding beruk. Malcolm merupakan watak utama manusia digambarkan seorang yang cintakan keamanan dan sanggup melakukan apa sahaja mengekalkan keamanan itu. Yang mendukacitakan ialah watak Dreyfus lakonan Gary Oldman yang tidak dikembangkan. Ia seperti satu pembaziran apabila pelakon hebat seperti beliau hanya mempunyai durasi yang pendek dalam filem ini. Namun masih terdapat momen yg menyentuh perasaan bagi watak Dreyfus ini.
  

Skrip dan lakonan - Skrip filem ini sangat baik. Hasil tulisan Rick Jaffa, Amanda Silver, Mark Bomback. Penulis seperti mereka sangat diperlukan hollywood sekarang. Lakonan Andy Serkis sebagai Ceasar layak mendapat anugerah Oscar pada pendapat saya. Ini kerana lakonannya bukan sekadar seorang pelakon motion capture. Andy menjiwai watak ceasar dari dalam. Boleh dilihat dalam beberapa scene yang tidak memerlukan Ceasar bergerak, tetapi emosi, karisma, kerektor ceasor itu sangat signifikan dilakonkan oleh Andy. Lakonan Toby Kebbell sebagai Koba juga sangat baik,diikuti Jack Russell sebagai Malcolm dan Gary Oldman sebagai Dreyfus. Walaupun watak Dreyfus sangat sedikit,Gary Oldman sempat lagi meyakinkan penonton dengan momen sedih Dreyfus mengimbas memori silam.

Muzik dan lain-lain - Alunan piano yang ringkas serta bercampur dengan muzik ambient pada saat emosi dan tribal percussion pada babak aksi hasil garapan Michael Giacchino memberikan mood yang bersesuaian dengan filem ini. Syukur tiada muzik boombastik dari hollywood yang kedengaran. Giacchino juga sempat mengadunkan muzik dari filem asal POTA dan filem 2001 sebagai tanda penghormatan. Bagi efek CGI, tahniah diucapkan kepada pasukan Weta Digital yang telah berjaya menghasilkan efek visual/motion capture yang paling realistik setakat ini. Ia membuatkan makhluk asing dari filem Avatar nampak seperti watak kartun. Percayalah, anda tidak akan nampak hasilnya seperti beruk jadian atau beruk alien, ia nampak seperti beruk betul yang dilatih bercakap. Hasil kerja kamera juga dilihat sangat mantap, terasa seperti menonton filem Sergio Leone apabila wujud banyak babak close up bagi melontarkan emosi watak. Shot pada babak aksinya juga sangat cemerlang. Kamera shot ketika kereta kebal yang dinaiki seekor beruk merempuh pintu utama bandar manusia masih segar dalam ingatan saya.

Kesimpulannya, DAWN bukan sahaja hasil Hollywood blockbuster yang hebat malah ia juga punya jiwa. Ia antara filem sekuel yang berjaya mengatasi kehebatan filem terdahulu iaitu RISE. This is the power of cinema - bila mana isu keganasan, pertukaran regim, dominasi, counter balance cuba diadunkan dalam sebuah filem blockbuster. Filem harus tonton 2014. Saksikannya di pawagam berhampiran anda sekarang.

My personal evaluation: 9/10 bintang


Official Site: 
20th Century Fox Official FB Page: www.facebook.com/foxmovies.my
Fox Malaysia’s YouTube Channel: https://www.youtube.com/user/FoxMalaysia


Sunday 6 July 2014

CINEMA TODAY: Deliver Us From Evil (2014)




CINEMA TODAY:  Deliver Us From Evil  (2014)
Directed by Scott Derrickson

Filem horror hollywood memang sukar untuk lari dari resepi sama yang diulang-ulang. Terutamanya filem horror yang melibatkan rasukan syaitan dan upacara pembersihan hantu (exorcism). Pendapat saya, untuk lari dari klise filem horror ini, filem sebegini harus menekankan pada jalan cerita. Jalan ceritanya perlu ada tujuan, cause and effect, dan tanda tanya. Dimana tanda tanya itu harus dijadikan misteri yang harus diungkaikan agar ia menjadi relevan pada penceritaan. Filem seperti Conjuring telah membuktikannya. Malah filem karya Scott Derrickson sebelum ini iaitu Sinister juga boleh dikatakan berjaya dari segi penceritaannya.

Filem terbaru Deliver Us From Evil kali ini Scott Derrickson cuba melakukan sesuatu yang segar bagi filem horror dengan menggabungkan genre horror bersama genre crime thriller. Karya yang diambil dari novel kisah benar pengalaman detektif Ralph Sarchie ini semestinya memberi harapan yang tinggi kepada peminat filem horror.

Plot - Mengisahkan detektif polis Ralph Sarchie lakonan Eric Bana berdepan dengan peristiwa-peristiwa pelik ketika menyiasat satu kes yang melibatkan beberapa bekas askar marin US yang telah dirasuk makhluk halus ketika dalam operasi perang di Iraq. Bersama rakan polisnya bernama Butler, Ralph akhirnya terpaksa bergabung tenaga bersama seorang paderi apabila peristiwa ganjil ini berada di luar kawalan.

Storytelling - Permulaan ceritanya nampak seperti ada harapan. Dengan cinematografi dan suasana hujan dalam beberapa scene, moodnya terasa seperti menonton filem Seven karya David Fincher. Penyiasatan detektif Sarchie bermula apabila seorang wanita bernama Jane cuba membunuh anaknya di sebuah zoo. Di sini lah segala tanda tanya bermula bagi mengungkai misteri dari kejadian pelik ini. Satu demi satu kejadian pelik timbul selepas itu. Yang menjadi masalah bagi penceritaan filem ini ialah perkembangan ceritanya. Kebiasaannya sesebuah filem misteri atau noir, perkembangan cerita akan semakin berkembang semasa protagonis cuba menyelesaikan misteri. Tetapi filem ini menjadi sebaliknya. Penceritaannya agak lemah, tidak fokus dan kadang kala seperti out of place. Terdapat  beberapa scene yang kelihatan tidak membantu dan mengganggu penceritaan. Antaranya:
1) Scene waktu Christina, anak si Sarchie diganggu di kamar tidurnya dgn bunyi cakaran makhluk halus dan patung bergerak sendiri. Apa kesudahannya kejadian itu. Siapa yang mengganggu Christina. Adakah rumahnya berhantu. Atau angkara watak utama antagonist, Santino. Apakah relevan scene itu pada penceritaan jika tidak dikembangkan.
2) Terdapat beberapa 'jump scare' berbentuk gambaran lembaga yang sering mengganggu Sarchie. Gambaran lembaga itu datang dari kisah silam Sarchie. Adakah gangguan ini angkara hantu Santino. Apakah hubungkait gambaran lembaga itu dengan hantu Santino.
3) Gambaran lembaga itu sebenarnya gangguan emosi Sarchie apabila penonton dibawa ke kisah silam Sarchie dimana lembaga itu sebenarnya ialah penjenayah yang dibunuh Sarchie. Lagi sekali, apa hubungkaitnya kisah ini dengan plot utama cerita.
4) Apakah motif mural purba yang menjadi punca bermula rasukan makhluk halus itu ditutupi dengan cat. Siapakah yang melukis mural purba itu. Apakah  tujuannya mural purba itu dilukis pada awalnya lalu ditutup dengan cat pada akhirnya.
5) Apakah tujuan keluarga Sarchie diculik oleh Santino. Kenapa Santino tidak membunuh sahaja isteri dan anak Sarchie.  Adakah untuk dijadikan tebusan. Adakah Santino perlukan duit.
6) Mural purba  itu sepatutnya akan merasuk orang yang melihatnya, tapi kenapa Sarchie tidak dirasuk selepas melihatnya cuma mengalami gangguan beberapa 'jump scare' dari kisah silamnya.
7) Mural purba itu dijelaskan seperti pintu ke dimensi lain tapi apakah hubungkaitnya lagu dari kumpulan The Door diputarkan beberapa kali. Adakah makhluk halus itu minat lagu  The Door. Atau sekadar ingin mengambil lagu The Door sebagai tema kepada mural purba yang merupakan pintu ke dimensi lain.
Segala point-point kelemahan cerita ini diakhiri dengan scene upacara pembersihan hantu di balai polis yang tidak menjawab langsung segala soalan-soalan yang ditimbulkan sebelum ini.
Detektif Ralph Sarchie menemui mural purba di rumah rakan Santino.

Character development - Perkembangan watak Ralph Sarchie  sangat mengelirukan. Ada kalanya watak beliau digambarkan seperti mengalami tekanan kerja. Tetapi kadang kala nampak seperti diganggu makhluk halus. Dan akhirnya wataknya digambarkan mengalami tekanan emosi yang lama terpendam akibat kisah silam yang tragis. Bagi watak antagonist utama, perkembangan watak Santino kelihatan lemah. Objektif wataknya kelihatan samar-samar.Apakah motif Santino membunuh Jane. Kenapa Jane tidak dibunuh di zoo ketika permulaan cerita tetapi dibunuh pada babak akhir. Apa yang Santino mahukan sebenarnya. Apa yang dia mahukan dari Sarchie. Adakah dia mahu membunuh Sarchie atau memindahkan hantunya pada Sarchie. Persoalan yang timbul ini sangat mengganggu penceritaan.Bagi watak-watak lain pula, ia hanyalah sebagai pelengkap cerita kepada cerita yang tidak lengkap.

Skrip dan lakonan - Lakonan Eric Bana kelihatan baik. Bagi pelakon lain pula, lakonan mereka seperti kurang menyerlah akibat dari watak-watak lemah yang mereka lakonkan. Skripnya pula kelihatan sederhana.

Muzik dan lain-lain - Score muzik filem ini boleh dikatakan baik dan bersesuaian dengan mood dan suspens filem ini. Cuma beberapa lagu dari kumpulan The Door pada saya tidak bersesuaian dengan filem ini. Saya sebagai penggemar lagu The Doors pada mulanya menyukai lagu ini ketika pertama kali diselitkan dalam salah satu scene. Tetapi apabila beberapa lagu The Door ini diselitkan pada babak lain ia menjadi tidak sesuai dan akhirnya mengganggu mood seram yang cuba disampaikan.Praktikal effek dalam filem ini agak baik cuma terdapat effect lampu berkelip-kelip pada beberapa babak aksi yang agak mengganggu penglihatan penonton.

Kesimpulannya, apa yang diharapkan dari sesuatu yang segar dari gabungan genre horror dan crime thriller menjadi tidak kesampaian apabila Deliver Us From Evil menjadi mangsa terbaru filem horror akibat penceritaan yang lemah dan tidak kukuh. Walau bagaimanapun, ia masih lagi boleh ditonton kerana ia bukanlah filem yang buruk. Saksikan Deliver Us From Evil di pawagam berhampiran sekarang dan bersedia untuk ditakutkan.

My personal evaluation: 5/10 bintang

Official Site:
Sony Pictures Malaysia Official FB Page: https://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia


Wednesday 28 May 2014

CINEMA TODAY: Edge of Tomorrow (2014)


CINEMA TODAY:   Edge of Tomorrow (2014)
Directed by Doug Liman

Doug Liman memang sinonim dengan genre filem aksi. Filem Bourne Identity merupakan satu-satunya  filem hasil karya beliau yang cukup saya gemari. Ia sebuah filem permulaan bagi trilogy Bourne iaitu filem aksi espionage yang realistik dan mendebarkan. Edge of Tomorrow merupakan sajian terbaru dari Doug Liman. Masih kekal dengan genre filem aksi, filem terbaru beliau ini lebih bertemakan sci-fi dan time loop di mana watak akan kembali pada titik masa yang sama berulang-ulang untuk mencapai sesuatu objektif. Ia diadaptasi dari novel sci fi jepun bertajuk All You Need Is Kill karya Hiroshi Sakurazaka.

Plot - Mengisahkan Major William Cage seorang askar yang tiada pengalaman berperang telah dihumban ke dalam satu misi bunuh diri menghapuskan koloni makhluk asing yang menjadi ancaman hebat kepada penduduk bumi ketika itu. Beliau yang mati dibunuh oleh makhluk asing di tempat kejadian telah mendapati dirinya kembali ke masa lampau dan terperangkap dalam time loop dimana akan kembali ke masa yang sama berulang-ulang jika mati. Kejadian time loop ini terjadi apabila darah seekor makhluk asing induk yang digelar Alpha telah terkena jasadnya ketika makhluk asing itu membunuhnya. Dengan kelebihan time loop tersebut, Cage berusaha mencari jawapan kepada peristiwa yang terjadi dan pada masa yang sama mencari jalan untuk mengalahkan koloni makhluk asing itu.

Storytelling - Menonton filem ini seperti menonton gabungan beberapa filem aksi hollywood yang pernah ditayangkan sebelum ini. Aksi perangnya seperti menonton filem Starship Troopers, rekabentuk makhluk asingnya seperti rekabentuk sentinels dalam filem Matrix trilogy, rekabentuk exo suitnya mirip kepada exo suit dari filem Elysium, scene perangnya di persisir pantai Perancis mengingatkan kita pada scene perang di pantai Normandy dalam filem Saving Private Ryan, dan tema time loop yang disampaikan mengingatkan saya pada filem hebat Source Code. Walaupun terdapat persamaan sebegini, saya cuba untuk melupakan 'been there, done that' situation agar tidak mengganggu mood menonton saya. Ok, berbalik pada penceritaan, pada saya filem ini boleh dikatakan baik. Penonton akan menyaksikan naratif yang sama berulang-ulang dihadapi oleh Cage disebabkan time loop yang terjadi pada dirinya.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tidak dikembangkan dengan baik menyebabkan filem ini cuma ingin menjadi filem sci-fi yang hanya tertumpu pada aksi semata. Pendapat saya, filem ini akan jadi lebih baik sekiranya, karektor dan sifat makhluk asing itu dikembangkan lagi. Selain itu motif makhluk asing itu menyerang bumi, kelemahannya makhluk asing itu, dan kajian yang dilakukan oleh saintis diceritakan hanya sebagai pelengkap cerita. Ia wajar dikembangkan sedikit lagi berbentuk background story agar cerita tidak nampak terlalu straighforward.

Character development - Bermula dari seorang yang menggelabah dan penakut, Cage berubah menjadi seorang yang berani dan mahir berperang pada penghujung cerita hasil dari latihan dan usaha gigih beliau mengulangi perkara yang sama akibat time loop yang terjadi padanya. Hubungan Cage dan askar wanita Rita Vrataski juga dikembangkan dengan baik. Cuma kelemahan ketara disini ialah watak antagonist dalam filem ini seperti tidak mendapat layanan yang sewajarnya dan tidak dikembangkan dengan jelas.

Skrip dan lakonan - Lakonan Tom Cruise sebagai Major Cage dan Emily Blunt sebagai Rita adalah sederhana. Skripnya juga sederhana pada pendapat saya. Pujian harus diberikan pada aksi Tom Cruise yang tampak seperti orang muda walaupun sudah menjangkau umur 50an.

Muzik dan lain-lain - Muziknya sederhana dan membantu penceritaan. Yang banyak membantu filem ini pada saya ialah aksinya. Dengan dibantu dengan visual efek yang baik, filem ini semestinya menjadi santapan lazat penggemar filem aksi.

Kesimpulannya, walaupun penceritaannya bukanlah sesuatu yang baru dari Hollywood, Edge of Tomorrow masih lagi menghiburkan dan harus ditonton oleh penggemar filem aksi sci-fi.

My personal evaluation: 6.5/10 bintang

Official Site:
          Warner Bros. Pictures Official FB Page: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia




Thursday 22 May 2014

CINEMA TODAY: X-Men: Days of Future Past (2014)


CINEMA TODAY:   X-Men: Days of Future Past (2014)
Directed by Bryan Singer

X-Men merupakan franchise superhero pertama yang telah berjaya membawa genre filem superhero selangkah ke hadapan dengan memberikan penceritaan yang realistik dengan perkembangan watak yang mantap bagi sebuah filem fantasi. Elemen sebegini tidak wujud pada filem superhero sebelumnya. Ia bermula pada tahun 2000 hasil garapan mantap oleh pengarah yang terkenal dengan filem hebat Usual Suspects iaitu Bryan Singer. Kehebatan filem X-Men pertama ini diteruskan pula dengan sekuelnya bertajuk X2 yang merupakan filem terkuat franchise ini. Tetapi malangnya apabila X-Men: Last Stand yang merupakan penutup bagi trilogy X-Men telah merosakkan franchise ini. X-Men: Last Stand arahan Brett Ratner tidak mendapat sambutan malah ia ditolak oleh peminat X-Men mahupun penonton kasual kerana plot yang kelam kabut, penceritaannya yang tidak kemas dan perkembangan watak yang agak kartun. Selepas trilogy X-Men berakhir dengan Last Stand, franchise X-Men cuba dihidupkan semula dengan X-Men: First Class oleh pengarah hebat Matthew Vaughn. Sambutan penonton pada mulanya hambar ketika trailer X-Men: First Class mula ditayangkan. Harapan penonton adalah sangat rendah ketika itu dengan memori buruk X-Men: Last Stand masih segar dalam ingatan. Jangkaan penonton tiba-tiba berubah apabila X-Men: First Class terbukti berjaya mengembalikan resepi kehebatan X2 dan mendapat sambutan yang positif dari penonton.

Gandingan mantap Matthew Vaughn dan Bryan Singer dalam X-Men: First Class diteruskan pula dengan filem terbaru franchise iaitu X-men: Days of Future Past. Walaupun saya seorang peminat komik X-Men ketika di sekolah dahulu atau boleh digelar fanboy, saya sama sekali akan menilai filem terbaru X-Men ini dari kacamata seorang penonton filem tanpa prejudis. Semestinya saya meletakkan harapan yang tinggi pada filem ini ketika melangkahkan kaki masuk ke panggung. Dengan dibarisi pelakon kelas A Holllywood yang agak ramai, track record pengarah Bryan Singer dan penglibatan Matthew Vaughn dalam bidang penulisan, filem ini seperti tiada alasan untuk menjadi buruk.

Plot - X-Men: Days of Future Past mengisahkan kehidupan manusia pada masa hadapan di tahun 2023 yang dilanda kemusnahan teruk akibat dari ancaman sekumpulan robot Sentinels yang membunuh manusia yang mempunyai DNA tidak normal atau DNA mutant. Tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kehebatan robot-robot ini. Mereka telah berjaya membunuh kesemua mutant-mutant hebat termasuk ahli X-Men yang terakhir iaitu Kitty Pryde dan Bishop.Walau bagaimanapun, sebelum dibunuh, Kitty Pryde masih sempat membawa minda Bishop ke jasad Bishop pada waktu lampau. Disini bermula cerita apabila Bishop berkumpul bersama-sama dengan ahli X-Men yang lain untuk membincangkan tindakan susulan. Setelah berbincang sesama mereka, Wolverine telah ditugaskan untuk menyelamatkan masa hadapan dengan cara membawa mindanya ke jasad Wolverine pada tahun 1973, bagi menghalang program sentinel dilancarkan sejurus selepas Mystique membunuh Boliver Trask dan  dalam masa yang sama dia juga harus menyelamatkan Mystique dari ditangkap untuk dijadikan bahan ujikaji untuk mewujudkan robot Sentinels terhebat mark X.

Storytelling - Kebiasaannya penceritaan filem superhero akan diambil mudah oleh Hollywood atas alasan ianya filem fantasi dan filem sebegini pasti akan membawa pulangan besar ke dalam kantung mereka. Pada saya, walaupun ia filem fantasi sekalipun, ia mesti berpegang pada realiti dunia fantasi itu sendiri bagi menghasilkan konflik yang munasabah, motif yang kuat, dan penceritaan yg kemas. Bagi filem ini, sepanjang sy menonton, ia berpegang pada realitnya dengan kemas dan sukar bagi saya mencari situasi yang 'not making sense' atau jalan pintas yang direka penulis. Apa yang saya perhatikan, penulis dan pengarah  membuat penyelidikan terperinci bagi memastikan cacat cela penceritaan dapat dikurangkan seminimal yang mungkin. Bayangkan sebaik sahaja filem bermula, penonton terus dibawa kepada aksi pergaduhan mutant dan robot sentinels. Dengan keadaan yang teruk di masa hadapan, filem ini sebenarnya bermain dengan tema harapan dalam usaha protagonist cuba untuk membaiki keadaan di masa lampau. Tahniah pada Bryan Singer kerana filem ini memang berjaya mengembalikan kehebatan filem X2. Dengan penceritaan dan editing yang kemas, filem ini dapat dihadam dgn mudah walaupun bermain dengan plot kembali ke masa silam yang rumit. Tidak keterlaluan jika saya katakan, filem ini adalah lebih baik dari filem superhero Avengers kerana tema harapan yang dihidangkan dan motif watak sangat kuat bagi menguatkan plot. Kali terakhir saya menonton filem di panggung dgn penuh kusyuk dan 'engaging' ialah filem Prisoners. Perasaan yg sama dapat sy rasakan ketika scene crosscutting antara masa lampau dan masa hadapan. Hati sy berdebar sekejap dan sedikit sebak apabila kesemua watak di masa hadapan tidak dapat melakukan apa-apa untuk melawan kekuatan robot sentinels lalu mati dibunuh. Walaupun begitu, filem ini juga tidak lupa dalam menyelitkan aksi humornya. Aksi humor dari watak Quicksilver tampak semulajadi dan tidak dibuat-buat pada saya merupakan bonus tambahan pada filem. Walaupun tidak banyak tapi ia sangat efektif.

Character development - Perkembangan watak dlm filem ini diolah dengan sangat baik. Watak Wolverine digarap dengan baik walaupun 'urgency' watak yang mengalami mala petaka masa hadapan yang kritikal seperti tidak kelihatan.Tapi ia masih boleh dimaafkan. Motivasi kuat Prof X untuk membantu Wolverine juga dikembangkan dengan baik apabila Prof X sendiri telah berjumpa dengan dirinya di masa hadapan melalui minda Wolverine. Konflik antara Prof X dan Magneto juga di hidangkan dgn kemas. Pendapat mereka berdua sentiasa berbeza sehingga Magneto mengambil tindakan sendiri dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Tetapi terdapat juga persoalan yg timbul dimana watak Kitty Pryde seperti tidak dikembangkan apabila superpowernya yang dapat membawa minda ke masa lampau seperti tidak diperincikan. Kenapa dia tidak bertindak lebih awal utk membawa Wolverine. Adakah ketika dia menghantar Bishop itu merupakan kali pertama dia melakukan pemindahan minda? Motif Mystique untuk membunuh Trask tidak ditekankan sangat. Kenapa dia sorang sahaja mutant yang beriya-iya sangat nak bunuh Trask sehinggakan kawan-kawan mutantnya nasihat pun tidak diendahkan. Seperti ada dendam kesumat yang berbentuk peribadi. Bagaimana Prof X masih hidup di masa hadapan sedangkan beliau sudah mati dalam X-Men: Last Stand. Oh ya. Penulis ambil jalan pintas dengan memberitahu penonton ketika di end credits X-Men: Last Stand dan Wolverine tanpa penjelasan yang kukuh. Walau bagaimanapun persoalan itu seperti dapat dilupakan kerana ia terlalu kecil dan tidak mengganggu plot dan penceritaan.

Skrip dan lakonan -  Penulis skrip Simon Kinberg ternyata memberikan yang terbaik bagi filem ini bagi menebus kesalahan beliau ketika menulis X-Men: Last Stand bersama Zak Penn dahulu. Walau bagaimanapun, peranan Matthew Vaughn sebagai penulis juga memberi pengaruh besar atas kejayaan filem ini. Pujian juga harus diberikan pada lakonan hebat James McAvoy, Micheal Fassbender, Hugh Jackman dan tidak lupa Peter Dinklage yg mememang watak Bolivar Trask seorang ahli sains dan kapitalist bertubuh kerdil tetapi tidak nampak kerdil dalam filem ini.

Muzik dan lain-lain - Pembukaan filem ini, anda akan disajikan dengan skor muzik asal filem X2 hasil karya John Ottman. Muzik ini seperti handak memberitahu kepada penonton agar jangan khuatir bahwasanya filem yang setaraf dengan X2 di depan mata anda. John Ottman juga merangkap sebagai editor bagi filem ini. Anda akan bersetuju dengan saya jika saya katakan beliau telah menjalankan 2 tugas serentak dengan cemerlang. Beliau bijak dalam menentukan scene manakah yang perlukan skor muzik dan scene mana yang tidak perlu. Pemilihan lagu juga sangat menarik dan cukup membantu pada beberapa scene. Seperti dalam scene slow motion di mana Quicksilver bertindak pantas cuba menyelamatkan keadaaan. Ketika itu masa seolah-olah terhenti, cuma beliau sahaja yang dapat bergerak kerana terlalu laju. Aksi yang hebat sambil diiringi oleh lagu Time In A Bottle nyanyian Jim Croce. Sejujurnya, saya sangat kagum. Scene lain yang menarik ialah ketika di lapangan terbang di mana Mystique berbicara dengan Prof X melalui beberapa mulut orang awam disitu. Dan scene yang menyedihkan bila kesemua watak X-Men masa hadapan dibunuh oleh robot Sentinels. Seperti dapat dirasakan bebanan yang mereka pikul hingga titisan darah terakhir dengan harapan yang tidak kesampaian.

Kesimpulannya, X-Men: Days of Future Past terbukti satu sajian lazat Bryan Singer dalam memberitahu kepada dunia cinema beliau sudah kembali pulih dari hasil filem hambar seperti Jack the Giant Slayer dan Superman Returns.Filem terbaru X-men ini juga merupakan ubat yang berkesan dalam merawat kecacatan trilogy X-Men terdahulu dengan menafikan kewujudan plot X-Men: Last Stand. Ia telah digantikan dengan timeline yang baru selepas sejarah berubah di mana watak Jean Grey, Cyclops dikembalikan semula setelah mati di dalam filem X-Men: Last Stand. Ternyata filem terbaru X-Men: Days of Future Past ini dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan filem superhero hebat yang lain seperti Dark Knight, Avengers, dan X2. Ia juga harus dijadikan rujukan kepada semua pengkarya filem superhero terutamanya pengarah filem The Amazing Spiderman 2 iaitu Marc Webb yang memberikan memori yang buruk kepada peminat dewasa dengan penceritaan kanak-kanaknya.

My personal evaluation: 9/10 bintang

Official Site: 
20th Century Fox Official FB Page: www.facebook.com/foxmovies.my
Fox Malaysia’s YouTube Channel: https://www.youtube.com/user/FoxMalaysia
Trailer (YouTube): http://youtu.be/Gh-p-J8iVB4



Sunday 11 May 2014

1/6 WORLD: Jango Fett

1/6 WORLD: Jango Fett custom

Movie: Star Wars Episode 2
Product: This is a custom Jango Fett that consist of parts from various companies such as Medicom and Hot Toys.

Head Sculpt:  5/10 
-a doll like paint apps by Medicom 

Paint Apps: 6/10 
-poor paint apps for skin tone, but acceptable at the armors and helmet area.

Costume: 6/10 
-jump suit is too small and the neck collar is too short

Accessories: 5/10 
-small amount of extras for this jango. Only have a pair of guns.

Pose-ability: 8/10

Accuracy to the movie: 6/10
-although the body proportion is good. but the costume is too small if compared to Jango Fett from the movie stills.

Life like: 7/10
-using Hot Toys body, it does look like a real person with his helmet on.

Overall:6.5/10

Compare this custom Jango to the original Jango from Medicom, I think i already gave a proper justice to this character. There are no accurate represantation of 1/6 scale Jango Fett in the market. So far this custom Jango Fett is the most accurate one. We have to wait for Sideshow Collectibles upcoming release of Jango Fett next year to see whether it can represent a much better Jango.

Original condtion from Medicom

Jango Fett as potrayed by Temuera Morrison