MOVIE REVIEWS : Waltz with Bashir (2008)
Directed by Ari Folman
Waltz with Bashir merupakan sebuah karya animasi keluaran Israel yang berkisar tentang perang Israel-Lubnan pada tahun 1982. Filem yang berbentuk dokumentari ini mengisahkan peristiwa yang dialami Ari Folman sendiri yang terlibat secara langsung dalam perang tersebut ketika beliau berkhidmat seba
gai tentera Israel. Ari yang kini sudah berusia cuba menjejaki memori silamnya apabila menyedari beliau tidak dapat mengingati pengalaman ketika terlibat dalam perang tersebut. Atas nasihat kawannya, Ari membuat keputusan untuk mencari semula rakan-rakan tentera yang pernah bersama dengannya dalam perang itu. Bermula dari sini, satu demi satu peristiwa perang diceritakan semula oleh rakan-rakan Ari. Dari saat mereka memasuki Beirut sehingga berakhir dengan peristiwa berdarah di kem pelarian Sabra dan Shatila.
Jika dilihat dari konteks sejarah, peristiwa berdarah Sabra dan Shatila merupakan pembunuhan beramai-ramai penduduk kem pelarian tersebut oleh tentera kristian Phalangist yang dibantu oleh tentera Israel. Perang Israel-Lubnan berjaya ditamatkan melalui perjanjian damai antara tentera Palestin PLO di bawah Yasser Arafat dengan tentera Israel. Di dalam perjanjian yang dibantu oleh Amerika Syarikat, tentera PLO harus
berundur dari Beirut bagi menamatkan perang. Presiden Lubnan yang baru dilantik, Bashir Gemayel telah dibunuh sejurus selepas pengunduran tentera PLO berlaku. Tentera Israel mendakwa masih terdapat ribuan 'pengganas' Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila. Mereka bertindak mengepung kem tersebut dan memberi laluan kepada tentera kristian Phalangist untuk membunuh seberapa ramai penduduk yang berada di kem itu atas alasan sebagai tindakan balas tentera Phalangist atas kematian Bashir yang merupakan ketua mereka.
Apa yang menarik perhatian saya dalam filem ini, peristiwa berdarah Sabra dan Shatila cuba disampaikan untuk memberitahu dunia bahawa tentera Israel tidak terlibat secara langsung dengan kejadian itu. Menurut mereka, tentera Phalangist yang membalas dendam atas kematian Bashir Gemayel harus bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan itu. Paparan tentera Israel dalam filem ini kelihatan humanis, simpati kepada mangsa pembunuhan, tidak gemar dengan keganasan dan kadangkala naif atas perlakuan kejam yang terjadi. Walaubagaimana pun, mereka tidak dapat menipu sejarah dan realiti. Hakikatnya, tentera kristian Phalangist hanya bertindak atas arahan Israel. Tentera Israel yang dikepalai oleh Ariel Sharon adalah dalang utama atas segala pembunuhan yang berlaku.
Terdapat beberapa aspek dalam filem animasi ini harus diberi pujian. Animasinya nampak seakan gaya rotoskoping sangat membantu mood filem ini. Momen-momen surreal yang ditemani dengan muzik yang dramatik telah berjaya mengangkat realisma filem ini. Dan seperti biasa bakat semulajadi pengkarya yahudi dalam meraih simpati penonton pada watak hero yang mereka paparkan harus diberi pujian.
My personal evaluation: 7.0/10 bintang
No comments :
Post a Comment