Sunday, 11 September 2016

CINEMA TODAY: Pekak (2016)

CINEMA TODAY: Pekak (2016)
Directed by Khairul Azri Md Noor

Filem berkisarkan penyalahgunaan dadah dan impaknya bukanlah sejenis filem yg asing di persada dunia cinema. Ia sebuah topik berat dan jika kena dgn penceritaannya, ia boleh menjadi sebuah filem yang menarik. Antaranya ialah filem Trainspotting karya Danny Boyle yg menyentuh topik penyalahgunaan dadah di kalangan anak muda dgn rasa yang kelakar dan menghiburkan. Requiem for a Dream karya Darren Aronofsky pula menceritakan penyalahgunaan dadah dan impaknya dalam sisi yg gelap dan menakutkan. Amat jarang sekali sebuah filem melayu cuba membedah permasalahan dadah yang melibatkan remaja. Ya. Filem melayu jarang menceritakan realiti hidup. Ia lebih gemar berpusing dalam alam escapism gangster, hantu, dan lawak bodohnya. Alasan pembikin filem ini mudah. Tak mahu ambil risiko rugi kerana penonton filem tempatan amat suka dengan tema sebegini. Namun begitu sejak akhir2 ini, ada sedikit kematangan dpt dilihat daripada penonton tempatan. Mereka tidak lagi sanggup mengeluarkan duit menonton wayang seperti membayar tiket ke funfair segera. Mereka inginkan cinema bermutu. Terdapat beberapa pembikin filem yg menyahut cabaran ini. Mereka juga ingin lari dari tipikal filem melayu dan cuba menghasilkan cinema berkualiti. Salah seorang dari mereka ialah Khairul Azri Md Noor. Beliau yang sebelum ini terkenal dalam membikin klip video muzik bg artis ternama kini mencuba nasib dalam dunia cinema yg penuh cabaran untung rugi. Filem arahan sulung tuan Khairul Azri Md Noor ini mengisahkan seorang OKU bernama Uda bertemu cintanya Dara di tengah-tengah gejala sosial yg melibatkan remaja dan najis dadah.

Plot - Filem ini mengisahkan tentang seorang pengedar dadah bernama Uda (Zahiril Adzim) yang cacat pendengaran. Uda menggapai cita-cita untuk kembali mendengar, dimana dia akhirnya terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya. Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Hubungan yang luar biasa ini mula menerbitkan bibit-bibit cinta di antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks, dan dadah. Apakah yang bakal terjadi dgn mereka? Adakah mereka akan bersama mengharungi cinta dalam kehidupan yang merosakkan ini?

Storytelling - Permulaan filem ini cukup indah. Ia memaparkan Uda yang berdiri berlatarkan dinding konkrit sedang menunggu sesuatu. Ketika ini audio filem ini tiada. Keadaan senyap sunyi dikeliling Uda ditemani dgn cahaya lampu neon yang menyinari wajahnya. Tiba2 muncul keretapi melalui sisi Uda dengan laju sambil Uda tersenyum riang menikmati bunyi keretapi dan angin yang terhasil darinya. Ketika babak ini sy dapat rasakan ada sesuatu yang menarik dalam feel penceritaan filem ini. Tanpa lengah penonton dibawa mengenali watak Uda dengan melihat secara dekat kehidupan sehari beliau. Ketika ini editingnya pantas, menarik, dan kelakar. Bermula dengan Uda menjual dadah sehingga dia pulang ke rumah saat lewat malam. Selepas pada itu penonton dikenalkan dengan watak-watak lain antaranya watak Dara dan Melur (Sharifah Sakina), Azman Picasso (Amerul Affendi) dan Kamil (Iedil Putra). Dengan plot yang ringkas, tuan Khairol Azri boleh dikatakan berjaya membawa filem ini dengan pacing yang agak menarik dan tidak membosankan hingga ke akhir. Saya suka dengan feel filem ini. Ia kelihatan sedikit dark dan kasar. Namun begitu, feelnya sedikit lari pada penghujung filem terutamanya pada babak di hospital yang kelihatan seperti drama swasta tv3 pukul 7 malam. Tema filem ini yang menceritakan masalah sosial remaja dipaparkan dengan visual yang agak berani. Ia menceritakan secara jujur realiti masalah sosial remaja yang melanda orang melayu terutamanya mereka dari golongan miskin bandar. Penonton dapat memahami realiti sosioekonomi masyarakat miskin bandar ini dan kaitannya dengan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja. Dan semestinya filem ini bukan untuk tontonan kanak-kanak. Tema sosioekonomi masyarakat ini disajikan dengan baik tapi sayang ianya tidak diperhalusi lagi dari segi konflik dalaman, cabaran dan impaknya. Apa yang dipaparkan ialah si miskin akhirnya ditumpaskan oleh si kaya. Tahniah diucapkan kepada Azril Hamzah, Mohd Khairul Azri dan Alfie Palermo sebagai penulis filem ini kerana beraya membawa realiti kehidupan yang pahit ini ke dalam naskah filem. Ya. Penulis filem ini ada 3 orang. Diharapkan mereka bertiga dapat bekerjasama lagi di masa akan datang dengan karya-karya mantap lagi segar.

Character development - Watak Uda seorang pekak dibangunkan dengan baik. Walaupun pekak, namun ada warna pada wataknya. Di sebalik kelemahan dirinya dia ada kemahuan, minat, tujuan yang jelas. Agak kelakar juga bila melihat gelagat Uda yg gemar mendengar lagu berjudul Rintihan Hati nyanyian Othman Hamzah setiap malam sebelum tidur. Tak lupa dengan gaya pakaiannya yg sering mengenakan baju band seperti kumpulan Joy Division dan The Strokes. Boleh tahan juga taste muzik engkau ya Uda. Samaada pendengaran Uda tidak pekak sepenuhnya atau perincian watak ini disengajakan oleh tuan Khairul untuk memberi warna pada Uda. Azman Picasso sebagai watak antagonist juga agak menarik. Wataknya seorang penagih dadah yang kelakar, bersahaja, pentingkan diri sangat dominan kehadirannya dengan lakonan mantap dari Amerul Affendi. Watak Dara sebagai cinta hati Uda tidak kurang hebatnya. Begitu juga Melur sebagai watak katalis yang liar. Cuma watak Kamil sahaja yang kelihatan seperti one dimensional. Perilaku, sifat dan motifnya sebagai anak muda kaya kelihatan tidak diperhalusi dengan baik seperti watak-watak yang lain.

Dialog dan lakonan - Pujian harus diberikan pada penulis filem ini kerana berjaya menghasilkan dialog yg realistik dan bersahaja. Lontaran dialognya juga ada kalanya sangat lucu dan mudah diingati seperti yang sering dilontarkan watak Azman Picasso "Kejap, biar gua cekidout dulu", "Man, man sedara" dan banyak lagi. Dari segi lakonan pula, Zahiril Adzim boleh dikatakan berjaya membawa watak seorang pekak yang punya cita-cita besar. Lakonannya sangat meyakinkan. Seperti biasa Amerul Affendi berjaya mencuri tumpuan penonton dengan lakonan "method acting"nya yang cemerlang. Begitu juga lakonan cemerlang Sharifah Amani sebagai Dara yang naif dan Sharifah Shakinah yg sangat menyakinkan sebagai budak sekolah yang liar. Joe Flizzow sebagai seorang pusher yang happy go lucky juga mencuri perhatian. Walaupun watak Joe agak kecil tetapi beliau memberikan yang terbaik bagi kemunculan pertamanya dalam naskah filem.

Muzik dan lain-lain - Skor muzik filem ini merupakan salah satu penyumbang utama dalam memberi rasa bagi filem ini. Tabik spring diberikan pada tuan Monoloque kerana berjaya menyusun skor dengan cemerlang bersesuaian dengan setiap babak yang terlibat. Tidak lupa lagu ciptaan beliau berjudul Uda Dan Dara yang sangat "dream pop" dan indah diikuti lagu-lagu seperti Rintihan Hati (Othman Hamzah), Sepanjang Riwayatku (They Will Kill Us All) dan Baek (Joe Flizzow) yang berjaya memberi impak pada watak-watak yang terlibat. Cinematografi filem ini juga digarap dengan baik sekali. Camera work yang menarik, lighting yang memukau telah berjaya memberikan kelainan pada filem ini sebagai sebuah filem melayu. Ia bersesuaian dengan mood filem yang agak dark, kasar, dan trippy. Sound mixing filem ini ada sedikit masalah bagi saya. Diagetic dan ambient soundnya agak kurang menyerlah pada beberapa babak. Vocal soundnya pula seperti tidak matching bersama ambient sound dengan baik. Namun begitu ia tidaklah mengganggu mood menonton.
Ooohhh oohh
Dunia yang gila penuh dengan konspirasi
Kota yang gila penuh dengan hipokrasi
Ku ingin gila bersamamu sampai mati

Aaaaa aaa
Masyarakat yang gila penuh sensasi
Otakku gila penuh dengan komplikasi
Ku ingin gila bersamamu sampai mati
Ku ingin gila bersamamu sampai mati

Kesimpulan - Pekak merupakan filem yang berani menyentuh secara jujur tentang masalah sosial dan dadah yang melibatkan remaja yang digarap bersama plot yang ringkas tetapi menarik. Ia lucu, tragis, sedikit realist dan menghiburkan. Ya. Visual filem ini agak mengganggu pada sesetengah babak dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Bagi saya sebagai orang dewasa, menonton Pekak seperti menonton cerminan realiti kehidupan masyarakat masakini. Ia sukar untuk dilihat dan pahit untuk ditelan. Namun itulah realiti sebenar kehidupan kita sekarang terutamanya masalah sosial yang melanda anak muda. Malah tidak keterlaluan saya katakan masalah yg melanda anak muda masakini adalah lebih teruk dari apa yang dipaparkan oleh Pekak. Naskah filem tidak semestinya perlu ada mesej atau tauladan. Namun cara untuk menyampaikan mesej itu bukan dengan cara menyumbat ke mulut penonton secara terang-terangan seperti TV Pendidikan dengan isinya yang tidak asli dan menipu. Tidak salah bagi pengkarya filem ingin menyelitkan mesej, motif, buah pemikiran, rasa atau impian secara subteks dalam karya mereka. Ia terpulang kepada penonton untuk menilai mengikut interpretasi masing-masing. Adakalanya filem itu seharusnya menjadi cerminan realiti agar kita dapat melihat dengan skop yang luas seperti mata burung dengan harapan kita sedar dengan keadaan sekeliling. Filem Pekak tidak memberi mesej atau motif yang buruk kepada penonton walaupun visualnya agak kasar. Ia tidak mengangkat kejahatan atau perkara buruk kerana pengakhiran bagi filem ini, watak atau elemen yang jahat itu musnah. Dan pada saya itu sudah menunjukkan bahawasanya pengkarya Pekak telah menjalankan tanggungjawab sosialnya.

My personal evaluation: 7.5/10 bintang

Pekak sudah masuk minggu ke-2 sejak mula ditayangkan bermula 1 September lepas,
Saksikan Pekak di pawagam berhampiran anda dengan kadar segera sebelum ia melabuhkan tirainya.
#pekakmovie
#pek4k
Sekitar Pra Tonton di Rumah Titi pada 20 August 2016
Sekitar Pra Tonton di Rumah Titi pada 20 August 2016
Sekitar Pra Tonton di Rumah Titi pada 20 August 2016

Sekitar Gala Premiere filem Pekak pada 24 August 2016
Sekitar Gala Premiere filem Pekak pada 24 August 2016

Thursday, 14 April 2016

CINEMA TODAY: Redha (2016)

CINEMA TODAY: Redha (2016)
Directed by Tunku Mona Riza

Agar sukar bagi mengangkat sebuah filem bertemakan autism. Current Pictures telah mengambil langkah berani mengetengahkan tema ini dalam filem terbaru mereka berjudul Redha. Bagi pengarah Tunku Mona Riza, ia merupakan satu tanggungjawab moral dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang autism.

Plot - Berdasarkan inspirasi dari kisah sebenar, Redha memaparkan tentang pasangan hidup suami isteri, Alina (lakonan June Lojong) dan Razlan (lakonan Namron) menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untuk membesarkan seorang anak istimewa selepas mendapati bahawa anak mereka Danial (lakonan Harith Haziq) menghidap autism. Apa yang menarik tentang filem ini ialah konflik dalaman yg dialami oleh watak2 terlibat dalam menghadapi ujian yg melanda mereka.

Storytelling - Agak sukar untuk mengekalkan momentum penonton agar sentiasa tertarik menonton filem low key sebegini. Ia memerlukan pacing yg baik. Filem ini bergerak dgn natural. Ia menarik dan tidak membosankan. Konflik dan kesedihan yg dialami oleh pasangan Alina dan Razlan berjaya diseimbangkan dgn watak2 ceria dan optimis seperti adik Alina, Shasha (lakonan Nadiya Nisaa) dan kawan lama beliau, Katrina (lakonan Susan Lankaster). Editing filem ini sgt menarik terutamanya dlm 1st act dan 2nd act. Ia menceritakan dari babak ke babak dgn pendek tapi berkesan. Certain babak yg dipaparkan nampak tidak siknifikan tp sgt membantu dlm membentuk feel cerita dan keadaan yg dialami watak.

Character development - Watak Razlan yg dilakonkan Namron agak kompleks. Razlan digambarkan seorang yg ada konflik dlm diri untuk menerima keadaan anaknya. Bermula dgn fasa tidak dpt menerima keadaan anaknya, bergelut untuk menerima dan akhirnya menerima. Watak Razlan juga terpaksa membawa slang kedah, terengganu dan biasa dalam perbualannya. Namron menghidupkan watak Razlan dgn baik. Bagi watak Danial sebagai kanak2 autism mungkin boleh diperbaiki jika wataknya diberikan konflik atau tabiat buruk yg tersendiri yg mungkin akan menyebabkan penonton bertambah ambil berat dan sayang pada watak Danial walaupun sesudah berlaku perubahan pelakon. Ya. Perubahan pelakon bg watak Danial agak kurang lancar disebabkan perbezaan lakonan antara Harith Haziq (Danial kecil) dan Izzy Reef (Danial remaja).
Azim (lakonan Remy Ishak) cuba menenangkan Razlan

Dialog dan lakonan - Terdapat 2 org pelakon yang menarik perhatian saya. June Lojong yg membawa watak Alina dan Harith Haziq sebagai Danial. Mereka membawa watak masing2 dgn cemerlang sekali. June Lojong seolah2 tidak memerlukan dialog dlm menceritakan keperitan yg dialami watak Alina. Scene yg paling menyentuh ialah sewaktu watak Alina mengingatkan suaminya, Razlan tentang saat ketika Razlan pernah menyayangi anak mereka sewaktu Danial masih kecil dan meminta Razlan mengenangkan kembali memori tersebut agar Razlan dpt menerima keadaan Danial sekarang. Lakonan cemerlang June Lojong menyebabkan sy sgt terkesan dgn babak ini. Begitu juga lakonan bintang baru Harith Haziq. Pelakon kanak2 yg membawa watak Danial. Tidak keterlaluan jika sy katakan watak kanak2 autism yg dilakonkan Harith adalah setaraf dgn method actor Daniel Day Lewis mahupun Dustin Hoffman.
Ujian yang dilalui oleh seorang ayah

Muzik dan lain-lain - Skor muzik minimalist tapi berkesan dari Monoloque harus diberi pujian. Ia sgt membantu mood filem. Lagu ciptaannya berjudul Abah sgt terkesan dan kena pada jiwa seorang anak yg dahagakan kasih seorang ayah. Cinematografinya juga berjaya memberi mood yg baik untuk filem ini dgn angle dan shot yg menarik. Ia juga berjaya menggunakan kelebihan lokasi pulau yg cantik. 


Kesimpulan - Redha telah mencipta tanda aras baru untuk cinema tempatan dlm menghasilkan karya seni yg punya nilai komersial yg seimbang. Filem ini harus ditonton oleh segenap lapisan masyarakat bukan hanya atas tanggungjawab moral yg ingin disampaikan tetapi kerana ianya sebuah filem yg dihasilkan dgn baik oleh jiwa2 yg ikhlas. Penonton dpt mengaitkan filem ini dgn kelemahan dan kekurangan dlm diri masing2 dan berusaha untuk menerima dengan redha sebagai lumrah kehidupan dunia yg sementara ini.

My personal evaluation: 7.5/10bintang

Saksikan dipawagam berhampiran bermula HARI INI - 14 Apr 2016.
Nota: Setiap RM1 dari pembelian tiket anda akan disumbangkan kepada NASOM-National Austism Society of Malaysia
Sekitar Pra Tonton filem Redha pada 2 April 2016

Wednesday, 23 March 2016

PRA TONTON: Batman V Superman: Dawn of Justice (2016)

PRA TONTON: Batman V Superman: Dawn of Justice (2016)
Directed by Zack Snyder.

SPOILER FREE.
Mengisahkan konflik antara Batman dan Superman bertambah parah apabila watak antagonist Lex Luthor cuba memasang perangkap untuk melaga2kan mereka. Apa yang akan terjadi kepada mereka. Saksikan kisah selanjutnya.

Ini bukan filem yg sy nanti2kan. Tiada apa2 pengharapan yg disandarkan selepas sy menonton trailernya. Melangkah masuk ke panggung dgn jiwa yg tenang tanpa ada kebencian. Sy kagum dgn permulaan filem ini. 1st actnya sangat awesome. Anda seperti menonton sebuah detective mystery movies. Permulaannya ibarat seperti makanan istimewa dari seorang chef 5 star hotel yg dihidang piece by piece secara eksklusif. Pacingnya menarik.
Namun sejurus selepas ia masuk 2nd dan 3rd act. Rentak filem ini secara pelahan2 namun ketara bertukar menjadi sepinggan mee segera. Dari motivasi watak2 utama yg sangat cetek hinggalah kemunculan antagonist gergasi yg punya zero karektor build up yg tidak ubah seperti seekor kerbau bunting mengamuk di tepi sawah.

Aksinya pula kelihatan 'fake' akibat dari kebergantungan pada CGI element yg agak kuat. Anda boleh banding dan nilaikan sendiri adegan batmobile mengejar musuh yg dibikin seakan adegan car chase dalam The Dark Knight.

Apa yg menarik bagi sy dari filem ini ialah skor muziknya yg mantap hasil olahan tuan Hans Zimmer dan Junkie XL (kedua2nya mmg personal feveret sy). Tidak lupa lakonan cemerlang tuan Jeremy Irons sebagai Alfred dgn pembawaan watak yg sedikit berbeza tetapi meyakinkan jika dibandingkan dengan watak2 Alfred dari versi yg lepas.

Summary - Sy masuk panggung dgn jiwa yg kosong. Sy keluar pula dgn jiwa yg masih kosong. Tiada apa2 istimewa pada filem ini melainkan aksi CGI yg maha dasyat untuk mendodoikan nafsu anda.
My personal evaluation 6/10 bintang.

Review penuh akan menyusul.
Terima kasih diucapkan pada Warner Bros. Pictures atas layanan istimewa yg diberikan.
Kepada peminat filem superhero terutamanya dari Kem DC,jgn lepaskan peluang menonton filem ini di cinema.
BVS akan bertayangan bermula 24 Mac ini.



Monday, 25 January 2016

PRA TONTON : The Revenant (2016)

PRA TONTON : The Revenant (2016)
Directed by Alejandro G. Inarritu

Mengisahkan seorang pemburu handal yg mengalami beberapa siri ujian kritikal dimana ekspedisi memburunya bertukar menjadi pengalaman tragis. Cabaran bermula apabila kem beliau diserang musuh, kemudian beliau diserang beruang gergasi, dikhianati oleh rakan sepasukannya dan berbagai lg cabaran lain. Sejauh manakah ketabahan beliau dalam mengharungi cabaran-cabaran ini dimana alam semulajadi yg indah merupakan musuh utama untuk kekal hidup.

Sebuah filem yg digarap dgn begitu cantik sekali. Pujian tinggi harus diberikan kepada cinematographer, tuan Emmanuel kerana mewarnakan alam semulajadi yg liar dan merbahaya menjadi satu gambaran yg indah dan sedap dipandang. Kelihatan byk wideshot dipaparkan bagi menghargai alam semulajadi yg sgt menakjubkan. Long take juga kerap digunakan serta ditemani dgn shot2 yg sgt dinamik. (Shot beruang tu. Wow. Ia terasa seperti anda sedang duduk mencangkung di sebelah beruang itu). Sound editing yg tajam dan muziknya yg minimal berjaya dalam memberi kesan mendalam pada mood filem.

Lakonan Leonardo Dicaprio sbg pemburu itu harus diberi pujian. Anda dpt merasakan kesakitan yg dialami beliau dalam mengharungi cabaran ketika itu. Setiap kali meraung sakit, akan nampak air liur tersembur keluar dlm menggambarkan azab yg sedang beliau hadapi. (Jika mahu diukur isipadu air liurnya yg terbuang, ia bersamaan dgn isipadu 1 botol kecil air mineral).

Personal evaluation: 8/10 bintang. Review penuh akan menyusul. Terima kasih diucapkan buat 20th Century Fox atas layanan yg diberikan.

Jangan lepaskan peluang menonton keindahan alam semulajadi dan ketabahan manusia mengharungi cabaran getir di pawagam berhampiran bermula 28 Januari 2016.

PRA TONTON: Olabola (2016)

PRA TONTON: Olabola (2016)
Directed by: Chiu Keng Guan

Dari pengarah filem box office tempatan The Journey, filem terkini tuan Chiu Keng Guan yg bertajuk Olabola memaparkan kisah pasukan bola sepak kebangsaan pada tahun 1980 yang berdepan dgn cabaran dalam misi mereka untuk mengharumkan nama negara. Ia diilhamkan dari peristiwa sebenar pasukan bola sepak kebangsaan yg dianggotai oleh pemain dari pelbagai bangsa dan latar belakang. Penonton dibawa ke dalam dunia mereka bagi menyelami setiap watak dalam mengharungi tekanan dan cabaran hidup yang terkait dengan tentangan keluarga, ego, persefahaman, keyakinan diri dan kekalahan. Dengan latar belakang, gaya hidup dan bahasa yang berbeza, bagaimanakah persefahaman antara mereka dapat tercapai? Apakah mereka berjaya mengatasi cabaran getir ini bersama-sama?

Olabola merupakan hidangan lazat sebagai pembuka lembaran tahun 2016 untuk filem tempatan. Cabaran yg dilalui oleh watak2 terlibat dipaparkan semulajadi dengan penuh emosi. Sebuah filem yang mengajak kita sama2 meraikan perbezaan budaya, bahasa dan warna kulit agar dapat hidup secara harmoni demi untuk memupuk perpaduan dalam mengharungi cabaran dan rintangan sebagai anak Malaysia.
My personal evaluation: 7.5/10 bintang. Terima kasih diucapkan kepada Astro Shaw Sdn Bhd atas layanan yg diberikan.
Review penuh akan menyusul.

Saksikan Olabola. Akan bertemu anda di pawagam berdekatan akan datang 28 Januari 2016.


Tuesday, 6 October 2015

The making of Mars in Ridley Scott's The Martian.

Principal photography on THE MARTIAN began November 8, 2014 in Budapest. The gorgeous Central European capital has become known for hosting a litany of big budget Hollywood movies because of its beautiful locales and experienced local crews. But what particularly drew filmmakers to the city for this project are the soundstages at nearby Korda Studios.

Korda’s Stage 6, said to be the largest in the world, was ideal for constructing a Martian landscape that would include the Hab and the launch pad for the MAV. The set was used primarily for dialogue scenes, Hab interiors, and the giant sandstorm sequence. Matching wide-scope vistas were later filmed in Jordan.

Says producer Mark Huffam: “We had scouted the Australian Outback as a possible landscape for the Martian surface. That didn’t work out, and we decided to shoot most of the Martian sequences as interiors, giving us greater control of the environment, and then matching those with exteriors at Wadi Rum in Jordan.”

During production, Korda was a bustling hub of activity, as all six soundstages were being utilized for constructing and revamping a dozen major sets, including the spacecraft Hermes and the astronauts’ Hab on Mars. The art department was constantly racing to stay a step in front of Scott, who works quickly and has been known to get ahead of schedule.

In addition to Korda Studios, Budapest delivered another bonus in the form of a dazzling building known as The Whale (due to its profile and its proximity along the Danube River). The Whale played host to the sequences involving NASA personnel, including the offices of Teddy Sanders and Annie Montrose, as well as conference rooms, a break area and coffee shop, a main entrance, and a flight control room. Production designer Arthur Max describes the building as “sophisticated, cutting-edge architecture on a world-class level. It’s a geodesic structure with enormous scale, loads of glass and concrete, and wonderful louvered blinds that open and close with motors. We can fully control the light levels. This building was a godsend. It would cost a fortune to construct a composite of sets like these on a soundstage.”

Photos credit: MPC, Moving Picture Company.







Sunday, 4 October 2015

CINEMA TODAY: The Martian (2015)

CINEMA TODAY: The Martian (2015)
Directed by Ridley Scott
SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini ada menyentuh sedikit tentang struktur cerita. Walau bagaimanapun, spoiler ini tidak menjejaskan plot built up dan mood menonton.

Filem angkasawan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Antara yang popular seperti 2001: Space Odyssey, Apollo 13, Sunshine, Moon, Gravity dan yang paling mutakhir ialah Interstellar. Kali ini, tuan Ridley Scott selaku pengarah, memikul tanggungjawab membawa filem angkasawan terbaru yang diambil dari novel karya Andy Weir yang popular sekitar 2011. Walaupun tuan Ridley pernah mengecewakan (bukan sekali dua) dengan hasil karya yang lemah seperti Exodus: Gods and Kings, namun saya sebagai peminatnya masih lagi optimis dan meletakkan pengharapan yang cukup tinggi untuk filem The Martian ini.

Plot - Filem ini mengisahkan misi ARES III (yakni sekumpulan yg terdiri daripada 6 org angkasawan dalam misi ke marikh) yang mengalami kesulitan ketika berada di marikh. Mereka terpaksa meninggalkan marikh dengan terburu2 apabila ribut yang kuat melanda markas (dikenali sebagai Hab) mereka. Watney (Matt Damon) salah seorang dari mereka terpaksa ditinggalkan apabila mereka mensyaki beliau terbunuh ketika dalam keributan menuju ke kapal angkasa. Watney yang cedera akibat terkena serpihan pencawang besi diperutnya terpaksa berusaha untuk hidup sendirian di marikh. Di sini bermula episod mencabar bagi Watney. Dengan bekalan makanan,air dan oksigen yang terhad,beliau terpaksa berusaha untuk hidup dengan harapan pihak NASA akan datang semula menyelematkannya. Sendirian di marikh, dengan kepakaran Watney sebagai botanist, beliau berjaya menjana makanan dengan menanam ubi kentang di dalam Habnya. Beliau tidak putus asa mencari jalan untuk terus hidup dan akhirnya berjaya menemui satu alat bernama Pathfinder yang lama terdampar di marikh semenjak tahun 1997. Dengan bantuan alat tersebut akhirnya beliau berjaya berhubung dengan pihak NASA di bumi. Apakah kesudahan hidup Watney? Adakah beliau berjaya pulang ke bumi?
Pemandangan memukau di marikh
Shot menarik ketika ribut melanda marikh
Petani pertama di marikh

Storytelling - Permulaan filem ini agak menarik. Landskap semulajadi marikh digambar dgn penuh misteri dan cantik. Cinematografinya persis dari filem Prometheus dengan wide shot gunung-ganang marikh yang luas. Saat ketika Watney cuba merawat luka akibat tusukan besi di perutnya digambarkan agak mencemaskan. Penonton dapat merasakan keadaan sulit yg dialami beliau. Ini termasuklah gelagatnya yg cuba mengharungi cabaran di marikh dengan optimis dan ceria. Tema filem ini ialah 'survival' manusia. Dimana feelnya harus lebih ke arah 'isolation'. Namun pacing filem ini agak terganggu bermula dengan babak NASA berusaha merancang menyelamatkan Watney. Di sini fokus pada Watney dan marikh agak sedikit teralih apabila babak usaha NASA sering diselang selikan dengan babak Watney di marikh. Fokus pada babak usaha NASA menjadi dominan sebaik sahaja filem masuk ke fasa ke-3. Ketika ini penonton akan dibawa ke dalam politik dalaman NASA. Terlalu banyak watak yang ingin diceritakan dalam usaha NASA menyelamatkan Watney. Terdapat juga geo politik yang cuba diselitkan dalam filem ini, yakni antara NASA dengan China National Space Agency,CNSA. Di sini misi menyelematkan Watney sudah menjadi satu fenomena viral dan global. Namun bagi saya, situasi CNSA yang secara sukarela ingin membantu NASA dlm menyelamatkan Watney agak tidak masuk akal secara realitinya. Disini CNSA yang digambarkan mempunyai teknologi sulit, terpaksa mendedahkan teknologi mereka dan sanggup berhabis duit dalam membantu NASA menyelamatkan satu nyawa. Tindakan mulia mereka diputuskan sebaik sahaja pengarah CNSA itu menonton berita dikaca TV tentang Watney. Fenomena global Watney pula itu digambarkan seolah2 dunia ini tidak ada masalah lain selain masalah Watney. Masyarakat dunia dari Moscow, Beijing, New York, Melbourne dan merata tempat kelihatan sanggup berhimpun beramai2 dalam memberi solidariti untuk Watney. Saya difahamkan, filem ini berlaku pada 15 tahun di masa hadapan. Di waktu ini saya bayangkan tidak ada lagi isu global seperti perang di Ukraine, Syria, Iraq, Yaman, Palestin, Rohingya yang meragut ribuan nyawa memenuhi ruang kaca TV sebagai berita utama berkait dengan bencana dan kemanusiaan. Yang ada cuma berita mengenai nyawa Watney dalam bahaya nun jauh di Marikh.
Kakitangan NASA berhempas pulas menyelamatkan Watney
Tanaman kentangnya musnah
Watney hampir berputus asa

Character development - Watak utama dalam filem ini semestinya Watney. Beliau digambarkan seorang yang optimis, cerdik dan ceria. Kebiasaannya, mangsa dalam filem survival akan bersifat tertekan dan berputus asa dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk meneruskan hidup. Berbeza dengan watak Watney, beliau sentiasa ceria dalam menghadapi kesukaran kritikal. Seolah2 beliau sudah dilatih sebegitu untuk menghadapi saat2 genting di angkasa lepas. Watak sebegini merupakan sesuatu yg baru bg filem survival. Penulis Andy Weir memang sengaja memilih watak sedemikian untuk Watney dan tuan Ridley mengekalkan watak tersebut seperti dalam karya asal.
The Rover, teman rapat Watney di marikh

Skrip dan lakonan - Plot filem ini agak mudah difahami. Namun terdapat banyak terma saintifik dan matematik yang perlu dihadam oleh penonton. Sebagai contoh, perkataan 'sol' kerap digunakan. Agak lama untuk saya cuba memahami apa itu 'sol'. Untuk pengetahuan anda sol bermaksud durasi 1 hari di permukaan marikh. 1 sol bersamaan dengan 24jam dan 40minit. Terdapat banyak point penting yang anda harus tangkap tentang perkara yang berkaitan sol ini. Ini termasuklah tempoh bekalan makanan untuk Watney hidup, tempoh Watney terperangkap di Marikh, tempoh kapal induk ARES III iaitu Hermes untuk berpatah balik dan sampai ke Marikh. Dari aspek lakonan, Matt Damon berjaya membawa watak Watney dengan cemerlang. Lakonan Jessica Chastain sebagai Commander Lewis dan Chiwetel Ejiofor sebagai Vincent Kapoor juga harus diberi pujian.
Kapal induk Hermes

Muzik dan lain-lain - Skor muzik filem ini digubah dengan cemerlang sekali oleh Harry Gregson-Williams. Skornya seakan2 ada 'homage' kepada filem Alien(1979) karya tuan Ridley. Ia kedengaran sayup2 dan misteri. Sesuai dengan 'feel' yang terasing di planet marikh. Cinematografi filem ini sangat cantik. Ia seolah2 memanggil anda untuk tinggal di marikh. Walau bagaimanapun, editing filem ini agak menggangu mood menonton. Magis sesebuah filem survival sebegini terletak pada feel isolation yang dihadapi watak yg terlibat. Namun magis itu seakan2 hilang dalam filem ini apabila 'pacing' filem ini lebih tertumpu kepada konflik dibumi bukan konflik di marikh.
Keadaan malam marikh digambarkan seperti dalam filem Alien.
Cinematografi yang memukau

Kesimpulan - Walaupun tema survival filem ini agak kurang dirasai, tuan Ridley masih memberikan yang terbaik berdasarkan naskah asal Andy Weir. Anda masih dapat merasakan pengalaman ditinggalkan keseorangan di planet marikh. Jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam. Ayuh, bergegas ke marikh.

My personal evaluation: 7.0/10 bintang


Official 20th Century Fox Site: