PRA TONTON: Batman V Superman: Dawn of Justice (2016)
Directed by Zack Snyder.
SPOILER FREE. Mengisahkan konflik antara Batman dan Superman bertambah parah apabila watak antagonist Lex Luthor cuba memasang perangkap untuk melaga2kan mereka. Apa yang akan terjadi kepada mereka. Saksikan kisah selanjutnya.
Ini bukan filem yg sy nanti2kan. Tiada apa2 pengharapan yg disandarkan selepas sy menonton trailernya. Melangkah masuk ke panggung dgn jiwa yg tenang tanpa ada kebencian. Sy kagum dgn permulaan filem ini. 1st actnya sangat awesome. Anda seperti menonton sebuah detective mystery movies. Permulaannya ibarat seperti makanan istimewa dari seorang chef 5 star hotel yg dihidang piece by piece secara eksklusif. Pacingnya menarik. Namun sejurus selepas ia masuk 2nd dan 3rd act. Rentak filem ini secara pelahan2 namun ketara bertukar menjadi sepinggan mee segera. Dari motivasi watak2 utama yg sangat cetek hinggalah kemunculan antagonist gergasi yg punya zero karektor build up yg tidak ubah seperti seekor kerbau bunting mengamuk di tepi sawah.
Aksinya pula kelihatan 'fake' akibat dari kebergantungan pada CGI element yg agak kuat. Anda boleh banding dan nilaikan sendiri adegan batmobile mengejar musuh yg dibikin seakan adegan car chase dalam The Dark Knight.
Apa yg menarik bagi sy dari filem ini ialah skor muziknya yg mantap hasil olahan tuan Hans Zimmer dan Junkie XL (kedua2nya mmg personal feveret sy). Tidak lupa lakonan cemerlang tuan Jeremy Irons sebagai Alfred dgn pembawaan watak yg sedikit berbeza tetapi meyakinkan jika dibandingkan dengan watak2 Alfred dari versi yg lepas.
Summary - Sy masuk panggung dgn jiwa yg kosong. Sy keluar pula dgn jiwa yg masih kosong. Tiada apa2 istimewa pada filem ini melainkan aksi CGI yg maha dasyat untuk mendodoikan nafsu anda. My personal evaluation 6/10 bintang.
Review penuh akan menyusul. Terima kasih diucapkan pada Warner Bros. Pictures atas layanan istimewa yg diberikan. Kepada peminat filem superhero terutamanya dari Kem DC,jgn lepaskan peluang menonton filem ini di cinema. BVS akan bertayangan bermula 24 Mac ini.
PRA TONTON : The Revenant (2016)
Directed by Alejandro G. Inarritu
Mengisahkan seorang pemburu handal yg mengalami beberapa siri ujian kritikal dimana ekspedisi memburunya bertukar menjadi pengalaman tragis. Cabaran bermula apabila kem beliau diserang musuh, kemudian beliau diserang beruang gergasi, dikhianati oleh rakan sepasukannya dan berbagai lg cabaran lain. Sejauh manakah ketabahan beliau dalam mengharungi cabaran-cabaran ini dimana alam semulajadi yg indah merupakan musuh utama untuk kekal hidup.
Sebuah filem yg digarap dgn begitu cantik sekali. Pujian tinggi harus diberikan kepada cinematographer, tuan Emmanuel kerana mewarnakan alam semulajadi yg liar dan merbahaya menjadi satu gambaran yg indah dan sedap dipandang. Kelihatan byk wideshot dipaparkan bagi menghargai alam semulajadi yg sgt menakjubkan. Long take juga kerap digunakan serta ditemani dgn shot2 yg sgt dinamik. (Shot beruang tu. Wow. Ia terasa seperti anda sedang duduk mencangkung di sebelah beruang itu). Sound editing yg tajam dan muziknya yg minimal berjaya dalam memberi kesan mendalam pada mood filem.
Lakonan Leonardo Dicaprio sbg pemburu itu harus diberi pujian. Anda dpt merasakan kesakitan yg dialami beliau dalam mengharungi cabaran ketika itu. Setiap kali meraung sakit, akan nampak air liur tersembur keluar dlm menggambarkan azab yg sedang beliau hadapi. (Jika mahu diukur isipadu air liurnya yg terbuang, ia bersamaan dgn isipadu 1 botol kecil air mineral).
Personal evaluation: 8/10 bintang. Review penuh akan menyusul. Terima kasih diucapkan buat 20th Century Fox atas layanan yg diberikan.
Jangan lepaskan peluang menonton keindahan alam semulajadi dan ketabahan manusia mengharungi cabaran getir di pawagam berhampiran bermula 28 Januari 2016.
PRA TONTON: Olabola (2016)
Directed by: Chiu Keng Guan
Dari pengarah filem box office tempatan The Journey, filem terkini tuan Chiu Keng Guan yg bertajuk Olabola memaparkan kisah pasukan bola sepak kebangsaan pada tahun 1980 yang berdepan dgn cabaran dalam misi mereka untuk mengharumkan nama negara. Ia diilhamkan dari peristiwa sebenar pasukan bola sepak kebangsaan yg dianggotai oleh pemain dari pelbagai bangsa dan latar belakang. Penonton dibawa ke dalam dunia mereka bagi menyelami setiap watak dalam mengharungi tekanan dan cabaran hidup yang terkait dengan tentangan keluarga, ego, persefahaman, keyakinan diri dan kekalahan. Dengan latar belakang, gaya hidup dan bahasa yang berbeza, bagaimanakah persefahaman antara mereka dapat tercapai? Apakah mereka berjaya mengatasi cabaran getir ini bersama-sama?
Olabola merupakan hidangan lazat sebagai pembuka lembaran tahun 2016 untuk filem tempatan. Cabaran yg dilalui oleh watak2 terlibat dipaparkan semulajadi dengan penuh emosi. Sebuah filem yang mengajak kita sama2 meraikan perbezaan budaya, bahasa dan warna kulit agar dapat hidup secara harmoni demi untuk memupuk perpaduan dalam mengharungi cabaran dan rintangan sebagai anak Malaysia.
My personal evaluation: 7.5/10 bintang. Terima kasih diucapkan kepada Astro Shaw Sdn Bhd atas layanan yg diberikan.
Review penuh akan menyusul.
Saksikan Olabola. Akan bertemu anda di pawagam berdekatan akan datang 28 Januari 2016.
Principal photography on THE MARTIAN began November 8, 2014 in Budapest. The gorgeous Central European capital has become known for hosting a litany of big budget Hollywood movies because of its beautiful locales and experienced local crews. But what particularly drew filmmakers to the city for this project are the soundstages at nearby Korda Studios.
Korda’s Stage 6, said to be the largest in the world, was ideal for constructing a Martian landscape that would include the Hab and the launch pad for the MAV. The set was used primarily for dialogue scenes, Hab interiors, and the giant sandstorm sequence. Matching wide-scope vistas were later filmed in Jordan.
Says producer Mark Huffam: “We had scouted the Australian Outback as a possible landscape for the Martian surface. That didn’t work out, and we decided to shoot most of the Martian sequences as interiors, giving us greater control of the environment, and then matching those with exteriors at Wadi Rum in Jordan.”
During production, Korda was a bustling hub of activity, as all six soundstages were being utilized for constructing and revamping a dozen major sets, including the spacecraft Hermes and the astronauts’ Hab on Mars. The art department was constantly racing to stay a step in front of Scott, who works quickly and has been known to get ahead of schedule.
In addition to Korda Studios, Budapest delivered another bonus in the form of a dazzling building known as The Whale (due to its profile and its proximity along the Danube River). The Whale played host to the sequences involving NASA personnel, including the offices of Teddy Sanders and Annie Montrose, as well as conference rooms, a break area and coffee shop, a main entrance, and a flight control room. Production designer Arthur Max describes the building as “sophisticated, cutting-edge architecture on a world-class level. It’s a geodesic structure with enormous scale, loads of glass and concrete, and wonderful louvered blinds that open and close with motors. We can fully control the light levels. This building was a godsend. It would cost a fortune to construct a composite of sets like these on a soundstage.”
CINEMA TODAY: The Martian (2015)
Directed by Ridley Scott
SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini ada menyentuh sedikit tentang struktur cerita. Walau bagaimanapun, spoiler ini tidak menjejaskan plot built up dan mood menonton.
Filem angkasawan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Antara yang popular seperti 2001: Space Odyssey, Apollo 13, Sunshine, Moon, Gravity dan yang paling mutakhir ialah Interstellar. Kali ini, tuan Ridley Scott selaku pengarah, memikul tanggungjawab membawa filem angkasawan terbaru yang diambil dari novel karya Andy Weir yang popular sekitar 2011. Walaupun tuan Ridley pernah mengecewakan (bukan sekali dua) dengan hasil karya yang lemah seperti Exodus: Gods and Kings, namun saya sebagai peminatnya masih lagi optimis dan meletakkan pengharapan yang cukup tinggi untuk filem The Martian ini.
Plot - Filem ini mengisahkan misi ARES III (yakni sekumpulan yg terdiri daripada 6 org angkasawan dalam misi ke marikh) yang mengalami kesulitan ketika berada di marikh. Mereka terpaksa meninggalkan marikh dengan terburu2 apabila ribut yang kuat melanda markas (dikenali sebagai Hab) mereka. Watney (Matt Damon) salah seorang dari mereka terpaksa ditinggalkan apabila mereka mensyaki beliau terbunuh ketika dalam keributan menuju ke kapal angkasa. Watney yang cedera akibat terkena serpihan pencawang besi diperutnya terpaksa berusaha untuk hidup sendirian di marikh. Di sini bermula episod mencabar bagi Watney. Dengan bekalan makanan,air dan oksigen yang terhad,beliau terpaksa berusaha untuk hidup dengan harapan pihak NASA akan datang semula menyelematkannya. Sendirian di marikh, dengan kepakaran Watney sebagai botanist, beliau berjaya menjana makanan dengan menanam ubi kentang di dalam Habnya. Beliau tidak putus asa mencari jalan untuk terus hidup dan akhirnya berjaya menemui satu alat bernama Pathfinder yang lama terdampar di marikh semenjak tahun 1997. Dengan bantuan alat tersebut akhirnya beliau berjaya berhubung dengan pihak NASA di bumi. Apakah kesudahan hidup Watney? Adakah beliau berjaya pulang ke bumi?
Pemandangan memukau di marikh
Shot menarik ketika ribut melanda marikh
Petani pertama di marikh
Storytelling - Permulaan filem ini agak menarik. Landskap semulajadi marikh digambar dgn penuh misteri dan cantik. Cinematografinya persis dari filem Prometheus dengan wide shot gunung-ganang marikh yang luas. Saat ketika Watney cuba merawat luka akibat tusukan besi di perutnya digambarkan agak mencemaskan. Penonton dapat merasakan keadaan sulit yg dialami beliau. Ini termasuklah gelagatnya yg cuba mengharungi cabaran di marikh dengan optimis dan ceria. Tema filem ini ialah 'survival' manusia. Dimana feelnya harus lebih ke arah 'isolation'. Namun pacing filem ini agak terganggu bermula dengan babak NASA berusaha merancang menyelamatkan Watney. Di sini fokus pada Watney dan marikh agak sedikit teralih apabila babak usaha NASA sering diselang selikan dengan babak Watney di marikh. Fokus pada babak usaha NASA menjadi dominan sebaik sahaja filem masuk ke fasa ke-3. Ketika ini penonton akan dibawa ke dalam politik dalaman NASA. Terlalu banyak watak yang ingin diceritakan dalam usaha NASA menyelamatkan Watney. Terdapat juga geo politik yang cuba diselitkan dalam filem ini, yakni antara NASA dengan China National Space Agency,CNSA. Di sini misi menyelematkan Watney sudah menjadi satu fenomena viral dan global. Namun bagi saya, situasi CNSA yang secara sukarela ingin membantu NASA dlm menyelamatkan Watney agak tidak masuk akal secara realitinya. Disini CNSA yang digambarkan mempunyai teknologi sulit, terpaksa mendedahkan teknologi mereka dan sanggup berhabis duit dalam membantu NASA menyelamatkan satu nyawa. Tindakan mulia mereka diputuskan sebaik sahaja pengarah CNSA itu menonton berita dikaca TV tentang Watney. Fenomena global Watney pula itu digambarkan seolah2 dunia ini tidak ada masalah lain selain masalah Watney. Masyarakat dunia dari Moscow, Beijing, New York, Melbourne dan merata tempat kelihatan sanggup berhimpun beramai2 dalam memberi solidariti untuk Watney. Saya difahamkan, filem ini berlaku pada 15 tahun di masa hadapan. Di waktu ini saya bayangkan tidak ada lagi isu global seperti perang di Ukraine, Syria, Iraq, Yaman, Palestin, Rohingya yang meragut ribuan nyawa memenuhi ruang kaca TV sebagai berita utama berkait dengan bencana dan kemanusiaan. Yang ada cuma berita mengenai nyawa Watney dalam bahaya nun jauh di Marikh.
Kakitangan NASA berhempas pulas menyelamatkan Watney
Tanaman kentangnya musnah
Watney hampir berputus asa
Character development - Watak utama dalam filem ini semestinya Watney. Beliau digambarkan seorang yang optimis, cerdik dan ceria. Kebiasaannya, mangsa dalam filem survival akan bersifat tertekan dan berputus asa dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk meneruskan hidup. Berbeza dengan watak Watney, beliau sentiasa ceria dalam menghadapi kesukaran kritikal. Seolah2 beliau sudah dilatih sebegitu untuk menghadapi saat2 genting di angkasa lepas. Watak sebegini merupakan sesuatu yg baru bg filem survival. Penulis Andy Weir memang sengaja memilih watak sedemikian untuk Watney dan tuan Ridley mengekalkan watak tersebut seperti dalam karya asal.
The Rover, teman rapat Watney di marikh
Skrip dan lakonan - Plot filem ini agak mudah difahami. Namun terdapat banyak terma saintifik dan matematik yang perlu dihadam oleh penonton. Sebagai contoh, perkataan 'sol' kerap digunakan. Agak lama untuk saya cuba memahami apa itu 'sol'. Untuk pengetahuan anda sol bermaksud durasi 1 hari di permukaan marikh. 1 sol bersamaan dengan 24jam dan 40minit. Terdapat banyak point penting yang anda harus tangkap tentang perkara yang berkaitan sol ini. Ini termasuklah tempoh bekalan makanan untuk Watney hidup, tempoh Watney terperangkap di Marikh, tempoh kapal induk ARES III iaitu Hermes untuk berpatah balik dan sampai ke Marikh. Dari aspek lakonan, Matt Damon berjaya membawa watak Watney dengan cemerlang. Lakonan Jessica Chastain sebagai Commander Lewis dan Chiwetel Ejiofor sebagai Vincent Kapoor juga harus diberi pujian.
Kapal induk Hermes
Muzik dan lain-lain - Skor muzik filem ini digubah dengan cemerlang sekali oleh Harry Gregson-Williams. Skornya seakan2 ada 'homage' kepada filem Alien(1979) karya tuan Ridley. Ia kedengaran sayup2 dan misteri. Sesuai dengan 'feel' yang terasing di planet marikh. Cinematografi filem ini sangat cantik. Ia seolah2 memanggil anda untuk tinggal di marikh. Walau bagaimanapun, editing filem ini agak menggangu mood menonton. Magis sesebuah filem survival sebegini terletak pada feel isolation yang dihadapi watak yg terlibat. Namun magis itu seakan2 hilang dalam filem ini apabila 'pacing' filem ini lebih tertumpu kepada konflik dibumi bukan konflik di marikh.
Keadaan malam marikh digambarkan seperti dalam filem Alien.
Cinematografi yang memukau
Kesimpulan - Walaupun tema survival filem ini agak kurang dirasai, tuan Ridley masih memberikan yang terbaik berdasarkan naskah asal Andy Weir. Anda masih dapat merasakan pengalaman ditinggalkan keseorangan di planet marikh. Jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam. Ayuh, bergegas ke marikh.
CINEMA TODAY: Sicario (2015)
Directed by Denis Villeneuve
SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini ada menyentuh sedikit tentang struktur cerita. Walau bagaimanapun, spoiler ini tidak menjejaskan plot built up dan mood menonton.
Ada satu persamaan menarik dalam setiap filem yang dihasilkan oleh tuan Denis. Filemnya agak personal, membawa penonton tertanya2 apa yg sedang terjadi dengan mood intense yang dibina secara perlahan sampai ke penghujung cerita. Beliau sangat konsisten dalam menghasilkan karya bermutu dan setakat ini karyanya tidak pernah mengecewakan.
Plot - Sicario mengisahkan Kate Macer (Emily Blunt) seorang agent FBI yg berdedikasi telah menawarkan diri untuk menyertai satu pasukan gabungan khas yg terdiri dari beberapa agensi kerajaan dalam misi menjejaki ketua sindiket dadah Mexico yang misteri. Dalam misi ini beliau bersama seorang lagi rakan FBInya terpaksa bekerjasama dengan Matt Graver (Josh Brolin), seorang unit tindakan khas dan Alejandro Gillick (Benicio del Toro) penasihat operasi yg misteri. Berjayakah misi mereka dalam menjejaki ketua sindiket dadah misteri tersebut?
Storytelling - Filem ini yang bermula dengan skor muzik atmosferik yg samar2 sudah cukup untuk memberitahu hala tuju bagi mood filem yang ingin dibawa oleh tuan Denis. Filem ini kelam, disturbing dan intense. Mood kelamnya diolah dengan perlahan dan diselit dgn babak intense yg meyakinkan. Penonton akan dibawa ke dalam filem melalui watak Kate yg tertanya2 akan apa yg sedang berlaku disekelilingnya. Apa yang dirasai Kate akan dirasai oleh penonton. Di sini filem ini cuba menguji kesabaran penonton dgn naratif yg agak perlahan dan pelbagai persoalan akan timbul sewaktu menontonnya. Tiada yang istimewa tentang naratifnya kerana ia tidak memberi kesan penceritaan yg kuat kepada penonton. Walaupun begitu, apa yang membuatkan filem ini hebat ialah bagaimana naratif yg biasa ini diangkat tuan Denis dengan baik sekali. Beliau berjaya memberi mood kepada filem ini dgn baik melalui cinematografi yang cemerlang dan muziknya yang mencengkam.
Character development - Terdapat sedikit kejanggalan dalam perkembangan watak Kate. Kate digambarkan lemah dan seperti budak hingusan sebaik sahaja beliau menyertai pasukan gabungan khas sedangkan sebelum ini beliau merupakan kapten yg punya karisma dalam pasukan FBI. Watak lain seperti Matt dan Alejandro kelihatan agak misteri dimana hubungan dan motif mereka diungkapkan pada pengakhiran cerita. Apa yg menarik dalam filem ini, Kate sebagai watak utama protagonist yg menonjol pada mulanya, berakhir menjadi watak lemah dan mangsa keadaan akibat permainan watak2 sampingan di penghujung cerita. Dan watak sampingan pada mulanya tidak menonjol, berakhir menjadi watak penting dalam filem.
Kate Macer menyimpan dendam apabila rakan sepasukannya terkorban
Skrip dan lakonan - Skripnya kelihatan sedikit comot di beberapa tempat. Misi operasi pasukan gabungan khas mereka nampak kurang efisien. Sebagai contoh motif mereka masuk ke dalam terowong sempadan yg digunakan oleh sindiket Mexico untuk menyeludup manusia dan barang larangan ke Amerika boleh dipersoalkan. Ia agak kurang jelas dan kurang membantu penceritaan. Misi utama mereka sebenarnya ialah membunuh ketua sindiket dadah misteri, Fausto Alarcon. Mereka boleh menjayakan misi utama tanpa melibatkan misi terowong kerana jelas misi terowong itu sebenarnya boleh menjejaskan misi utama. Misi utama membunuh Fausto hanya boleh dilakukan dengan memintas dan menculik Rafael (yakni rakan kongsi Fausto) ketika beliau memandu kereta menghala ke rumah Fausto. Hanya melalui Rafael sahaja pasukan gabungan khas dapat menyelinap masuk ke rumah Fausto dengan senyap. Dalam misi memintas kereta Rafael, mereka terpaksa mencuri kereta polis yang terdapat di pintu keluar terowong. Dimana secara kebetulan kereta polis itu berada disitu. Jika dilihat kembali, misi memintas kereta Rafael mereka akan gagal jika tiada kenderaan di pintu keluar terowong tersebut. Perancangan operasi ini nampak lemah dan tidak fullproof. Ada banyak cara yang lebih efisien untuk mereka menyelesaikan misi utama tanpa melibatkan misi terowong. Misi utama membunuh Fausto yang bermula dengan misi memintas kereta Rafael di Mexico itu turut dibantu oleh kapal terbang drone. Persoalannya kenapa mereka tidak memintas sahaja kereta Rafael dengan kerjasama perisikan di bahagian Mexico. Merekakan CIA. Oh lupa nak bagitahu. Mereka sebenarnya CIA. Selain itu, filem ini kelihatan janggal apabila pasukan FBI kelihatan mudah dipermainkan oleh pasukan CIA. Pasukan FBI tidak diberikan gambaran jelas tentang misi dan motif operasi. CIA bertindak demikian bertujuan untuk mempergunakan FBI bagi memudahkan kelancaran operasi domestik dengan alasan bidang kuasa CIA boleh diguna pakai hanya di luar negara. Kate pula sebagai seorang yg berpangkat dlm FBI dilayan spt budak sekolah yg baru dapat kerja apabila menyertai pasukan gabungan khas. Bagi aspek lakonan pula, Emily Blunt membawa watak Kate dengan cemerlang sekali. Namun lakonan Benicio del Toro sebagai Alejandro sangat mencuri tumpuan. Lakonannya yang tenang dan misteri sangat meyakinkan.
Saat mencemaskan dalam terowong
Muzik dan lain-lain - Skor muzik oleh Johann Johannson sangat cemerlang. Muziknya intense dan distrubing. Temponya bermula dengan perlahan pada beberapa babak seolah-olah ingin memberitahu penonton akan ada bahaya di hadapan. Apabila ia sampai ke momen klimaks, skor disturbingnya sangat memukau. Secara keseluruhan skor muzik oleh tuan Johann bergerak harmoni pada setiap babak dan muziknya agak minimalist. Peranan cinematografi filem ini juga sangat berkesan dalam memberi mood filem. Terdapat ariel shot yg menawan. Scene malam bermula dengan shot silhouette yang cantik di waktu senja. Keadaan malam yang sangat gelap digambarkan agak misteri dan menakutkan seperti ada bahaya dihadapan. Apa yg menarik shot waktu malam itu diselangselikan dengan shot thermal vision dan night vision dari kaca mata watak2 yg terlibat. Ia seperti membawa penonton masuk sekali ke dalam terowong bersama mereka. Editing juga sangat membantu filem ini. Momen kegemaran saya ketika mereka masuk ke pekan mexico itu sangat mendebarkan. Penonton dapat merasai setiap inci perjalanan ketika mereka masuk ke pekan itu dengan banyak shot2 mendebarkan dari pelbagai angle. Padahal babaknya simple dari point A ke point B untuk mengambil banduan. Di sini mereka berjaya mencipta mood yg mencengkam walaupun tiada ancaman ketika itu. Anda dapat rasakan ancaman sedang menanti dihadapan.
Saat mendebarkan ketika masuk kampung orang
Kesimpulan - Walaupun plotnya kelihatan sedikit lemah dan naratifnya agak perlahan. Sicario secara keseluruhan merupakan filem yang berjaya dengan cemerlang. Mood yang kelam, intense, dan disturbing yang diangkat tuan Denis telah memberi roh yang kuat pada naskah ini. Kekuatan sesebuah filem itu bergantung pada naskahnya. Namun disini Sicario sebagai naskah biasa telah membuktikan kehebatan tuan Denis sebagai seorang pengarah. Tahniah kepada beliau dan semestinya saya sebagai peminat setia tidak sabar menunggu karya beliau yang seterusnya. Untuk pengetahuan, tayangan Sicario sangat terhad, jangan lepaskan peluang menontonnya. Bergegas ke pawagam dengan segera untuk merasai mood Sicario.
CINEMA TODAY: Jwanita (2015)
Directed by Osman Ali
SPOILER ALERT
Genre supernatural horror bukan genre kegemaran saya. Ini kerana genre sebegini kadangkala lebih mementingkan mood keseraman seperti jump scare melampau dan babak gore sehingga ia lupa untuk menekankan perkara penting yakni character development dan motivatasi watak. Perkara ini semestinya akan mengakibatkan watak menjadi mendatar dan unrelatable. Supernatural horror secara umumnya terbahagi kepada 2 cabang. Cabang pertama lebih kepada filem yg mementingkan babak gore yg melampau, taktik jump scare, dan hantu ganas yg membunuh orang seakan slasher movie diikuti dgn muzik seram yg over the top. Filem cabang pertama ini kebiasaannya dipopularkan oleh filem2 barat terutamanya Hollywood. Cabang kedua pula lebih kepada filem yg agak personal, bermotifkan dendam, amalan pemujaan setan dan sihir, skor muzik yg minimalist, keseraman yg bersifat semulajadi tanpa bantuan taktik jump scare. Filem cabang kedua ini pula kebiasaannya terdapat pd filem2 keluaran negara Asia. Antara kedua2 cabang ini saya memilih cabang kedua yakni filem supernatural keluaran Asia kerana ia lebih personal dan kebiasaannya ia lebih menekankan character development dan motivasi watak.
Jwanita merupakan karya terbaru tuan Osman. Filem ini pada sy lebih ke arah supernatural cabang pertama. Namun begitu elemen supernaturalnya agak tenggelam kerana secara keseluruhannya ia mahu menjadi psychological slasher thriller.
Plot - Mengisahkan Jwanita (Maya Karin)yg diculik pasangan ahli sihir ketika dlm perjalanan mencari adiknya Julaika (Christina Suzanne). Setelah dewasa, Jwanita yg dibela oleh pasangan itu akhirnya berjaya melarikan diri sejurus selepas membunuh kedua mereka. Jwanita kemudiannya telah ditempatkan di hospital akibat ganguan mental yg serius kesan dari pengalamannya yang sering didera oleh pasangan ahli sihir tersebut. Ditakdirkan beliau berjaya ditemukan kembali dgn adiknya Julaika yg terpisah sejak kecil yg secara kebetulan merupakan pasangan kekasih kepada Dr.Farhan (Bront Palare) yakni doktor yg merawatnya. Jwanita yg telah jatuh cinta pada Dr. Farhan tidak dapat menerima kenyataan apabila Julaika dan Dr.Farhan berkahwin. Dengan ilmu hitam yg diwarisi dari pasangan ahli sihir yg membesarkannya dahulu, Jwanita yang menyimpan dendam telah merancang untuk menhancurkan perhubungan antara adiknya dan Dr.Farhan.
Renungan Jwanita yang menakutkan
Storytelling - Filem ini terasa sedikit disjointed pada sesetengah bahagian dan babak. Perubahan watak Jwanita dari kanak2 normal menjadi seorang wanita psikopath tidak dihalusi dengan baik. Babak beliau menghilangkan diri setelah mengamuk sehingga hampir membunuh Nona, si orang gaji menjadi janggal apabila kehadiran beliau dengan mudah diterima semula oleh keluarga Julaika setelah beberapa tahun Jwanita menghilangkan diri seolah2 tiada apa2 yg berlaku. Hala tuju mood filem juga tidak jelas dan berkecamuk. Ini boleh dilihat pada skor muziknya. Pada satu ketika mood filem ini mahu jadi filem seram namun tiba2 mood menjadi filem romantik, dan pada ketika yg lain ia mahu jadi filem slasher. Babak2 penting bg watak pula tidak diperhalusi dgn baik. Seperti perhubungan Jwanita dgn pasangan ahli sihir yg membesarkannya. Banyak persoalan penting tidak dijawab bagi meyakinkan Jwanita seorang psikopath. Kenapa dia membunuh orang yg membesarkannya sedangkan dia boleh lari bila2 masa? Bukankah pasangan itu telah mewariskan ilmu hitam padanya? Bermakna Jwanita adalah anak murid mereka. Kenapa Jwanita membunuh gurunya. Jika Jwanita tiada motif membunuh mereka kerana dia sudah gila, kenapa dia tidak lari sebelum dia jadi gila? Dan point penting bagaimana Jwanita jadi gila sehingga sanggup membunuh ramai org yg tidak berdosa tanpa sebarang motif? Perhubungan Jwanita dan Dr.Farhan juga tidak diperhalusi. Ia cuma didedahkan dgn satu flashback atas katil seakan memberitahu Jwanita pernah dipermainkan oleh Dr.Farhan. Sebaliknya hubungan Dr.Farhan dan Julaika pula diberi penekanan lebih dgn montaj yg diringi lagu ala2 ombak rindu. Pujian wajar diberikan pada babak seram dan gorenya. Ia sangat meyakinkan. Darah yg membuak dan terpancut itu menjadi selling point filem ini.
Aksi Jwanita mencuri mayat bagi upacara pemujaan
Character development - Watak Jwanita tidak diperhalusi dan ia menyebakan wataknya agak mendatar walaupun terdapat elemen femme fatale yg cuba ditonjolkan. Bagi watak sampingan dalam filem ini, ia seolah2 tidak diambil peduli akan kepentingan mereka. Dengan lakonan yg lemah, karakter mereka juga nampak lemah. Memori Jwanita yang gila hampir membunuh orang seolah tidak ada apa2 bg mereka. Ada sesetangahnya wujud hanya untuk dibunuh oleh Jwanita dan akhirnya mayat mereka dijadikan makluk zombie belaan ala2 monster dari filem Frankenstein. (Pada mulanya sy anggap mayat ini dipergunakan untuk menjadi perantara oleh jin belaan Jwanita. Namun sangkaan saya meleset apabila mayat2 ni bergerak-gerak seperti zombie apabila tidur mereka diganggu oleh manusia pada babak akhir. Ia sgt melucukan). Yang paling kesian sekali ialah watak hantu dalam filem ini. Perkembangan watak supernatural entiti tidak diberi penekanan langsung dari segi motivasi dan hubungannya dengan Jwanita. Ia cuma wujud sekadar makhluk berlumpur satu badan yang menjadi watak touch and go sahaja. Agak sedikit kecewa apabila pasangan ahli sihir lakonan Umie Aida dan Radin Intan tidak dikembangkan dan mereka mempunyai screentime yg pendek.
Skrip dan lakonan - Dialog filem ini agak janggal. Watak Jwanita sebagai psikopath itu agak mendatar dengan dialog yg ala2 TV pendidikan. Perbezaaan ketara apabila Jwanita dan Julaika saling berbicara. Mereka seperti dari dua filem yg berbeza. Dimana dialog perbualan bg watak Julaika agak semulajadi. Lakonan Bront Palare dan Christina Suzanne agak menyerlah disini. Lakonan Maya Karin seperti tidak kena. Agak sedikit kayu. Namun bagus sedikit jika dibandingkan dengan lakonannya dlm filem terakhir beliau iaitu Nota. Disini mungkin disebabkan dialognya yang lemah dan wataknya yg mendatar. Secara jujur, lakonan Syamiem Elnisa sebagai Jwanita kecil lagi nampak meyakinkan dari Jwanita dewasa.
Dr.Farhan dan Julaika bersama anak mereka,
Muzik dan lain-lain - Skor muzik merupakan kelemahan ketara bagi filem ini. Tema muziknya agak berkecamuk. Susunan piano, atmospheric skor, yg bercampur muzik slasher ala2 filem giallo nampak agak seperti rojak dan mengganggu mood menonton. Dan sy terperanjat bila muzik ala2 skor dari filem Transfomer terbit ketika Jwanita cuba membuang kereta bersama mayat pasangan ahli sihir yg dibunuhnya ke dalam gaung. Saya tercengang ketika itu. Muzik dlm filem ini tidak kenal erti letih. Setiap babak akan ada muzik. Scene yg tidak perlukan muzik pon akan ada muzik. Padahal muzik itu tujuannya untuk memberikan mood filem bukan mengganggu mood menonton. Setelah masuk third act barulah nampak ada perubahan baik pada skor muzik. Contoh yg baik bg skor muzik filem tempatan boleh dilihat dlm skor filem Nota. Dalam Nota, skornya yg minimal serta ditemani oleh sound editing yg tajam dilihat berjaya memberi mood bg filem itu. Antara babak yang saya gemar dalam filem Jwanita ialah babak lipan keluar dari hidung Nona si pembantu rumah yg boleh tahan cantiknya lakonan Marsha Milan Landoh (jarang jumpa pembantu rumah yang cun dan suka melaram pakai skirt pendek dalam rumah) Disitu moodnya agak berjaya dengan skor muzik atmospheric yg minimal.
Babak cemas ketika Nona diganggu jin belaan Jwanita
Kesimpulannya, walaupun mood filem dan perkembangan watak kelihatan lemah, Jwanita masih lagi sebuah karya yang mempunyai nilai seramnya yang tersendiri. Ia merupakan cubaan baik dari tuan Osman. Pujian harus diberikan atas kesungguhan beliau bagi karya thriller sebegini. Bagi peminat filem psychological thriller/ horror jangan lepaskan peluang menyaksikan Jwanita mengamuk di pawagam berhampiran bermula 24 September ini.