Directed by Peter Berg.
Kali terakhir saya menonton filem oleh Peter Berg ialah Battleship (2012). Sebuah filem yang membosankan dan sangat boleh dijangka atau boleh dipanggil sebagai "a pop corn no brainer hollywood" movie. Siapa sangka sindrom Bayism (dari Michael Bay) boleh berjangkit pada pengarah lain.
Bagi filem terbaru Peter Berg ini, saya memang sudah bersedia menerima sesuatu film seperti Battleship. Tapi sangkaan saya silap. Berbeza pula dgn Lone Survivor, hasil kerja Peter Berg nampak lebih matang dan cuba lari dari sindrom Bayism. Menarik untuk ditonton.
Plot: Mengisahkan sekumpulan askar US navy SEAL yang ditugaskan untuk memburu ketua taliban bernama Ahmad Shah di Afganistan. Misi mereka tidak berjaya dan sebaliknya mereka pula yang diburu.
Storytelling - Secara amnya Peter Berg berjaya membuatkan anda melekat di bangku cinema, hasil dari penceritaan yang kemas, mendebarkan dan realistik dalam menunjukkan keganasan perang. Tetapi secara peribadinya, saya tidak berapa gemar menonton filem ini kerana elemen propoganda Amerika yang sangat terang cuba ditonjolkan. Seperti biasa dalam kebanyakan filem propaganda Amerika, kita akan disajikan dengan watak hero yang baik terdiri dari orang Amerika sahaja dan orang lain yang bukan orang Amerika ialah orang jahat, kejam, tidak bertamadun, bodoh, lembik dan sehingga kadang-kadang tidak layak diberi nama watak dalam filem.
Ya. Filem ini begitu. Permulaan ceritanya sahaja sudah ditunjukkan propaganda tersebut. Iaitu ketika taklimat sebelum misi mereka bermula, mereka menunjukkan video clip tentang kekejaman taliban memancung kepala orang dengan parang tumpul sehingga mangsa pancung terpaksa dilibas beberapa kali bagi menonjolkan lagi kekejaman scene itu. Kenapa dengan parang tumpul. Kenapa.
Skrip dan lakonan - Skripnya ok dan normal. Orang afganistan masih lagi cakap bahasa ibunda mereka. Itu normal. Bukan seperti filem 47 ronin baru-baru ini. Lakonan pula baik. Lakonan Mark Walberg, dan lain-lain watak navy SEAL berjaya sehingga membuatkan anda dapat merasakan kesakitan yang dialami mereka.
Character development - Bagi filem perang, seperti biasa hollywood akan menonjolkan propanda Amerika mereka sehingga perkembangan watak menjadi tidak seimbang. Watak orang amerika iaitu hero akan dikembangkan dengan baik. Tetapi malang watak orang jahat memang dilayan dengan teruk sehingga kita tidak tahu nama watak-watak lain kecuali nama Ahmad Shah ketua taliban yang langsung tidak ada sepatah skrip untuknya. Bayangkan watak askar afganistan digarap dengan teruk sekali.
-Askar Afgan tidak tahu menembak. Bayangkan sekumpulan askar afgan yang ramai melawan 4 orang sahaja askar US. Bila mereka tembak askar US memang susah nak kena. Scene yang kelakar bila mereka menembak beberapa kali menggunakan RPG tetapi masih juga tidak kena askar US. Oh sangat kartun.
-Askar Afgan mudah dikalahkan. Bayangkan kelengkapan senjata mereka yang cukup, berbekalkan pengalaman menentang penjajah Russia ketika perang dingin, tahu selok belok kawasan hutan mereka. Tetapi bila berdepan dengan 4 org askar US. Bilangan kematian askar Afgan 40 orang (lebih kurang) dan askar US sebanyak 3 orang. Saya memang mencarut ketika itu.
-Orang Afgan bodoh dan berpecah belah. Terdapat sekumpulan orang afgan yang cuba membantu seorang askar US (mark walberg) yg cedera parah sehingga sanggup berperang dengan askar taliban sehingga sanggup kampung mereka diserang.
Hey.Orang tengah berperang, janganlah campur tangan.
Kenapa pandai sangat.
Muzik dan lain-lain - Muzik bagi filem ini memang terbaik dan sesuai dengan mood filem. Hasil garapan Explosion in the Sky dan Steve Jablonsky ini memang cuba lari dari stereotaip muzik filem perang. Minimal dan appropriate dengan scene. Tiada kedengaran muzik boombastik ketika scene perang bermula seperti filem perang hollywood yang biasa kita tonton. Cuma akan kedengaran bunyi tembakan, batu pecah,tulang patah, orang menjerit kesakitan. Hebat.
Cuma beberapa scene sahaja yang saya rasa out of place dalam filem ini. Ketika saat kematian seorang askar US secara tiba-tba filem menjadi slow motion ala-ala tranformers michael bay yang konon-konon dramatik la sangat.
Kesimpulannya.Lone Survivor adalah filem yang menarik dari Peter Berg. Cuma propoganda amerika yang berlebihan itu menyebabkan saya menonton dgn perasaan love hate yang bercampur baur. Pada saya filem ini berkisarkan 4 orang penjahat dari US yang menceroboh negara Afganistan dengan misi membunuh orang tidak pernah menjejakkan kakinya ke US. Nasib seorang penjahat US itu sangat bertuah apabila beberapa orang tali barut afgan menyelamatkannya. Tali barut yg sangat bebal pada saya sehingga menyebabkan ramai penduduk kampung mereka mati terbunuh hanya kerana seorang jejaka tampan Amerika yang tiada kena mengena dengan hidup mereka. Jika anda inginkan sebuah filem aksi yang mendebarkan,filem ini sangat berbaloi ditonton. Dengan harapan anda tidak muntah didalam panggung akibat propaganda yang diselitkan.
Personal Evaluation saya : 7/10 bintang
wow.. congrats for this new blog..
ReplyDeletesubhi karim
Thank you sir
DeleteBelum tonton :(
ReplyDeleteSilakan tuan. Tidak mengecewakan. Cuma propagandanya sahaja memualkan..
DeleteTak suka sgt filem perang. Akan cuba :)
ReplyDelete