Directed by Denis Villeneuve
Kali terakhir saya menonton filem yang engaging dan mendebarkan seperti terasa jasad berada dalam filem tersebut ialah sewaktu menonton filem No Country For Old Men arahan Coen Brothers.
Ketika menonton filem Prisoners, tiba-tiba perasan yang sama datang kembali.
Kusyuk, fokus, penuh debar untuk menghayati jalan cerita dan liku-liku yang dialami oleh watak-watak yang terlibat. Filem ini telah berjaya memukau saya. Satu karya yang menarik dan antara yang terbaik.
Plot - Simple tetapi menarik kerana ada cerita disebalik cerita yang terjadi.
Storytelling - Fantastic. Disinilah kehebatan filem ini. Mood yang ditonjolkan, psikologi setiap watak, pace filem yang kemas dan tidak kalut.
Skrip dan lakonan - Sangat bersahaja dan mantap. Lakonan Hugh Jackman sangat terkesan..Apa yang terbuku didalam hatinya dapat ditunjukkan dengan tenungan mata dengan berkesan. Tetapi saya secara peribadi lebih tertarik dengan lakonan Jake Gyllenhaal kerana watak detective Loki (bercincin freemason) sangat bersahaja, unik dan tidak cliche. Trademark matanya yg akan berkelip-kelip membuatkan saya terbayang watak joker lakonan Heath Ledger dalam filem The Dark Knight yang suka mengeluarkan lidahnya ketika bercakap. Tidak saya sangka, pelakon yang saya gelar sissy boy atau budak mentah yang pernah memegang watak seorang gay, prince of persia, just another jewish actor kini dapat menonjolkan kekuatannya sebagai method actor yang mempamerkan lakonan yang sangat bersahaja dan mantap.
Muzik dan lain-lain - Muzik yang minimal kini menjadi trademark kepada filem berkualiti dari hollywood. Era music Danny Elfman yang sangat hollywood semakin kurang menjadi trend bagi filem-filem terkini hollywood (kecuali cerita George Lucas. Maaf). Ambient music ini yang dimainkan mengingatkan saya pada filem arahan Client Eastwood seperti mystic river.
Satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah style kamera work yang gemar mengambil shot dari halangan cermin atau kaca. Terasa seperti ada sesuatu yang memerhati objek di sebalik kaca itu (mungkin perasaan saya sahaja)
Kesimpulannya Prisoners adalah satu psikologikal drama yang mantap kerana setiap watak dalam filem ini mempunyai dilema masing-masing. Penonton seperti dapat merasakan dilema yang terjadi pada setiap watak.
Si ayah dalam dilema untuk menyiksa penculik.
Si penculik dalam dilema untuk menyatakan perkara sebenar setelah teruk diseksa.
Si detektif dalam dilema untuk menyelesaikan kes mengikut aturan kerja yg betul 'by the book' akibat tekanan dari pelbagai sudut.
Kawan kepada si ayah pula dalam dilema untuk turut terlibat dalam menyiksa penculik yang telah menculik anaknya.
Semua dilema ini dapat dirasakan oleh penonton.
Personal Evaluation saya : 9/10 bintang
No comments :
Post a Comment