CINEMA TODAY: Edge of Tomorrow (2014)
Directed by Doug Liman
Doug Liman memang sinonim dengan genre filem aksi. Filem Bourne Identity merupakan satu-satunya filem hasil karya beliau yang cukup saya gemari. Ia sebuah filem permulaan bagi trilogy Bourne iaitu filem aksi espionage yang realistik dan mendebarkan. Edge of Tomorrow merupakan sajian terbaru dari Doug Liman. Masih kekal dengan genre filem aksi, filem terbaru beliau ini lebih bertemakan sci-fi dan time loop di mana watak akan kembali pada titik masa yang sama berulang-ulang untuk mencapai sesuatu objektif. Ia diadaptasi dari novel sci fi jepun bertajuk All You Need Is Kill karya Hiroshi Sakurazaka.
Plot - Mengisahkan Major William Cage seorang askar yang tiada pengalaman berperang telah dihumban ke dalam satu misi bunuh diri menghapuskan koloni makhluk asing yang menjadi ancaman hebat kepada penduduk bumi ketika itu. Beliau yang mati dibunuh oleh makhluk asing di tempat kejadian telah mendapati dirinya kembali ke masa lampau dan terperangkap dalam time loop dimana akan kembali ke masa yang sama berulang-ulang jika mati. Kejadian time loop ini terjadi apabila darah seekor makhluk asing induk yang digelar Alpha telah terkena jasadnya ketika makhluk asing itu membunuhnya. Dengan kelebihan time loop tersebut, Cage berusaha mencari jawapan kepada peristiwa yang terjadi dan pada masa yang sama mencari jalan untuk mengalahkan koloni makhluk asing itu.
Storytelling - Menonton filem ini seperti menonton gabungan beberapa filem aksi hollywood yang pernah ditayangkan sebelum ini. Aksi perangnya seperti menonton filem Starship Troopers, rekabentuk makhluk asingnya seperti rekabentuk sentinels dalam filem Matrix trilogy, rekabentuk exo suitnya mirip kepada exo suit dari filem Elysium, scene perangnya di persisir pantai Perancis mengingatkan kita pada scene perang di pantai Normandy dalam filem Saving Private Ryan, dan tema time loop yang disampaikan mengingatkan saya pada filem hebat Source Code. Walaupun terdapat persamaan sebegini, saya cuba untuk melupakan 'been there, done that' situation agar tidak mengganggu mood menonton saya. Ok, berbalik pada penceritaan, pada saya filem ini boleh dikatakan baik. Penonton akan menyaksikan naratif yang sama berulang-ulang dihadapi oleh Cage disebabkan time loop yang terjadi pada dirinya.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tidak dikembangkan dengan baik menyebabkan filem ini cuma ingin menjadi filem sci-fi yang hanya tertumpu pada aksi semata. Pendapat saya, filem ini akan jadi lebih baik sekiranya, karektor dan sifat makhluk asing itu dikembangkan lagi. Selain itu motif makhluk asing itu menyerang bumi, kelemahannya makhluk asing itu, dan kajian yang dilakukan oleh saintis diceritakan hanya sebagai pelengkap cerita. Ia wajar dikembangkan sedikit lagi berbentuk background story agar cerita tidak nampak terlalu straighforward.
Character development - Bermula dari seorang yang menggelabah dan penakut, Cage berubah menjadi seorang yang berani dan mahir berperang pada penghujung cerita hasil dari latihan dan usaha gigih beliau mengulangi perkara yang sama akibat time loop yang terjadi padanya. Hubungan Cage dan askar wanita Rita Vrataski juga dikembangkan dengan baik. Cuma kelemahan ketara disini ialah watak antagonist dalam filem ini seperti tidak mendapat layanan yang sewajarnya dan tidak dikembangkan dengan jelas.
Skrip dan lakonan - Lakonan Tom Cruise sebagai Major Cage dan Emily Blunt sebagai Rita adalah sederhana. Skripnya juga sederhana pada pendapat saya. Pujian harus diberikan pada aksi Tom Cruise yang tampak seperti orang muda walaupun sudah menjangkau umur 50an.
Muzik dan lain-lain - Muziknya sederhana dan membantu penceritaan. Yang banyak membantu filem ini pada saya ialah aksinya. Dengan dibantu dengan visual efek yang baik, filem ini semestinya menjadi santapan lazat penggemar filem aksi.
Kesimpulannya, walaupun penceritaannya bukanlah sesuatu yang baru dari Hollywood, Edge of Tomorrow masih lagi menghiburkan dan harus ditonton oleh penggemar filem aksi sci-fi.
My personal evaluation: 6.5/10 bintang
Warner Bros. Pictures Official FB Page: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia
No comments :
Post a Comment