CINEMA TODAY: Deliver Us From Evil (2014)
Directed by Scott Derrickson
Filem horror hollywood memang sukar untuk lari dari resepi sama yang diulang-ulang. Terutamanya filem horror yang melibatkan rasukan syaitan dan upacara pembersihan hantu (exorcism). Pendapat saya, untuk lari dari klise filem horror ini, filem sebegini harus menekankan pada jalan cerita. Jalan ceritanya perlu ada tujuan, cause and effect, dan tanda tanya. Dimana tanda tanya itu harus dijadikan misteri yang harus diungkaikan agar ia menjadi relevan pada penceritaan. Filem seperti Conjuring telah membuktikannya. Malah filem karya Scott Derrickson sebelum ini iaitu Sinister juga boleh dikatakan berjaya dari segi penceritaannya.
Filem terbaru Deliver Us From Evil kali ini Scott Derrickson cuba melakukan sesuatu yang segar bagi filem horror dengan menggabungkan genre horror bersama genre crime thriller. Karya yang diambil dari novel kisah benar pengalaman detektif Ralph Sarchie ini semestinya memberi harapan yang tinggi kepada peminat filem horror.
Plot - Mengisahkan detektif polis Ralph Sarchie lakonan Eric Bana berdepan dengan peristiwa-peristiwa pelik ketika menyiasat satu kes yang melibatkan beberapa bekas askar marin US yang telah dirasuk makhluk halus ketika dalam operasi perang di Iraq. Bersama rakan polisnya bernama Butler, Ralph akhirnya terpaksa bergabung tenaga bersama seorang paderi apabila peristiwa ganjil ini berada di luar kawalan.
Storytelling - Permulaan ceritanya nampak seperti ada harapan. Dengan cinematografi dan suasana hujan dalam beberapa scene, moodnya terasa seperti menonton filem Seven karya David Fincher. Penyiasatan detektif Sarchie bermula apabila seorang wanita bernama Jane cuba membunuh anaknya di sebuah zoo. Di sini lah segala tanda tanya bermula bagi mengungkai misteri dari kejadian pelik ini. Satu demi satu kejadian pelik timbul selepas itu. Yang menjadi masalah bagi penceritaan filem ini ialah perkembangan ceritanya. Kebiasaannya sesebuah filem misteri atau noir, perkembangan cerita akan semakin berkembang semasa protagonis cuba menyelesaikan misteri. Tetapi filem ini menjadi sebaliknya. Penceritaannya agak lemah, tidak fokus dan kadang kala seperti out of place. Terdapat beberapa scene yang kelihatan tidak membantu dan mengganggu penceritaan. Antaranya:
1) Scene waktu Christina, anak si Sarchie diganggu di kamar tidurnya dgn bunyi cakaran makhluk halus dan patung bergerak sendiri. Apa kesudahannya kejadian itu. Siapa yang mengganggu Christina. Adakah rumahnya berhantu. Atau angkara watak utama antagonist, Santino. Apakah relevan scene itu pada penceritaan jika tidak dikembangkan.
2) Terdapat beberapa 'jump scare' berbentuk gambaran lembaga yang sering mengganggu Sarchie. Gambaran lembaga itu datang dari kisah silam Sarchie. Adakah gangguan ini angkara hantu Santino. Apakah hubungkait gambaran lembaga itu dengan hantu Santino.
3) Gambaran lembaga itu sebenarnya gangguan emosi Sarchie apabila penonton dibawa ke kisah silam Sarchie dimana lembaga itu sebenarnya ialah penjenayah yang dibunuh Sarchie. Lagi sekali, apa hubungkaitnya kisah ini dengan plot utama cerita.
4) Apakah motif mural purba yang menjadi punca bermula rasukan makhluk halus itu ditutupi dengan cat. Siapakah yang melukis mural purba itu. Apakah tujuannya mural purba itu dilukis pada awalnya lalu ditutup dengan cat pada akhirnya.
5) Apakah tujuan keluarga Sarchie diculik oleh Santino. Kenapa Santino tidak membunuh sahaja isteri dan anak Sarchie. Adakah untuk dijadikan tebusan. Adakah Santino perlukan duit.
6) Mural purba itu sepatutnya akan merasuk orang yang melihatnya, tapi kenapa Sarchie tidak dirasuk selepas melihatnya cuma mengalami gangguan beberapa 'jump scare' dari kisah silamnya.
7) Mural purba itu dijelaskan seperti pintu ke dimensi lain tapi apakah hubungkaitnya lagu dari kumpulan The Door diputarkan beberapa kali. Adakah makhluk halus itu minat lagu The Door. Atau sekadar ingin mengambil lagu The Door sebagai tema kepada mural purba yang merupakan pintu ke dimensi lain.
Segala point-point kelemahan cerita ini diakhiri dengan scene upacara pembersihan hantu di balai polis yang tidak menjawab langsung segala soalan-soalan yang ditimbulkan sebelum ini.
Detektif Ralph Sarchie menemui mural purba di rumah rakan Santino.
Skrip dan lakonan - Lakonan Eric Bana kelihatan baik. Bagi pelakon lain pula, lakonan mereka seperti kurang menyerlah akibat dari watak-watak lemah yang mereka lakonkan. Skripnya pula kelihatan sederhana.
Muzik dan lain-lain - Score muzik filem ini boleh dikatakan baik dan bersesuaian dengan mood dan suspens filem ini. Cuma beberapa lagu dari kumpulan The Door pada saya tidak bersesuaian dengan filem ini. Saya sebagai penggemar lagu The Doors pada mulanya menyukai lagu ini ketika pertama kali diselitkan dalam salah satu scene. Tetapi apabila beberapa lagu The Door ini diselitkan pada babak lain ia menjadi tidak sesuai dan akhirnya mengganggu mood seram yang cuba disampaikan.Praktikal effek dalam filem ini agak baik cuma terdapat effect lampu berkelip-kelip pada beberapa babak aksi yang agak mengganggu penglihatan penonton.
My personal evaluation: 5/10 bintang
Official Site:
Sony Pictures Malaysia Official FB Page: https://www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia
No comments :
Post a Comment