Monday, 28 September 2015

CINEMA TODAY: Sicario (2015)

CINEMA TODAY: Sicario (2015)
Directed by Denis Villeneuve
SPOILER ALERT: Amaran - review filem ini ada menyentuh sedikit tentang struktur cerita. Walau bagaimanapun, spoiler ini tidak menjejaskan plot built up dan mood menonton.

Ada satu persamaan menarik dalam setiap filem yang dihasilkan oleh tuan Denis. Filemnya agak personal, membawa penonton tertanya2 apa yg sedang terjadi dengan mood intense yang dibina secara perlahan sampai ke penghujung cerita. Beliau sangat konsisten dalam menghasilkan karya bermutu dan setakat ini karyanya tidak pernah mengecewakan.

Plot - Sicario mengisahkan Kate Macer (Emily Blunt) seorang agent FBI yg berdedikasi telah menawarkan diri untuk menyertai satu pasukan gabungan khas yg terdiri dari beberapa agensi kerajaan dalam misi menjejaki ketua sindiket dadah Mexico yang misteri. Dalam misi ini beliau bersama seorang lagi rakan FBInya terpaksa bekerjasama dengan Matt Graver (Josh Brolin), seorang unit tindakan khas dan Alejandro Gillick (Benicio del Toro) penasihat operasi yg misteri. Berjayakah misi mereka dalam menjejaki ketua sindiket dadah misteri tersebut?

Storytelling - Filem ini yang bermula dengan skor muzik atmosferik yg samar2 sudah cukup untuk memberitahu hala tuju bagi mood filem yang ingin dibawa oleh tuan Denis. Filem ini kelam, disturbing dan intense. Mood kelamnya diolah dengan perlahan dan diselit dgn babak intense yg meyakinkan. Penonton akan dibawa ke dalam filem melalui watak Kate yg tertanya2 akan apa yg sedang berlaku disekelilingnya. Apa yang dirasai Kate akan dirasai oleh penonton. Di sini filem ini cuba menguji kesabaran penonton dgn naratif yg agak perlahan dan pelbagai persoalan akan timbul sewaktu menontonnya. Tiada yang istimewa tentang naratifnya kerana ia tidak memberi kesan penceritaan yg kuat kepada penonton. Walaupun begitu, apa yang membuatkan filem ini hebat ialah bagaimana naratif yg biasa ini diangkat tuan Denis dengan baik sekali. Beliau berjaya memberi mood kepada filem ini dgn baik melalui cinematografi yang cemerlang dan muziknya yang mencengkam.

Character development - Terdapat sedikit kejanggalan dalam perkembangan watak Kate. Kate digambarkan lemah dan seperti budak hingusan sebaik sahaja beliau menyertai pasukan gabungan khas sedangkan sebelum ini beliau merupakan kapten yg punya karisma dalam pasukan FBI. Watak lain seperti Matt dan Alejandro kelihatan agak misteri dimana hubungan dan motif mereka diungkapkan pada pengakhiran cerita. Apa yg menarik dalam filem ini, Kate sebagai watak utama protagonist yg menonjol pada mulanya, berakhir menjadi watak lemah dan mangsa keadaan akibat permainan watak2 sampingan di penghujung cerita. Dan watak sampingan pada mulanya tidak menonjol, berakhir menjadi watak penting dalam filem.
Kate Macer menyimpan dendam apabila rakan sepasukannya terkorban

Skrip dan lakonan - Skripnya kelihatan sedikit comot di beberapa tempat. Misi operasi pasukan gabungan khas mereka nampak kurang efisien. Sebagai contoh motif mereka masuk ke dalam terowong sempadan yg digunakan oleh sindiket Mexico untuk menyeludup manusia dan barang larangan ke Amerika boleh dipersoalkan. Ia agak kurang jelas dan kurang membantu penceritaan. Misi utama mereka sebenarnya ialah membunuh ketua sindiket dadah misteri, Fausto Alarcon. Mereka boleh menjayakan misi utama tanpa melibatkan misi terowong kerana jelas misi terowong itu sebenarnya boleh menjejaskan misi utama. Misi utama membunuh Fausto hanya boleh dilakukan dengan memintas dan menculik Rafael (yakni rakan kongsi Fausto) ketika beliau memandu kereta menghala ke rumah Fausto. Hanya melalui Rafael sahaja pasukan gabungan khas dapat menyelinap masuk ke rumah Fausto dengan senyap. Dalam misi memintas kereta Rafael, mereka terpaksa mencuri kereta polis yang terdapat di pintu keluar terowong. Dimana secara kebetulan kereta polis itu berada disitu. Jika dilihat kembali, misi memintas kereta Rafael mereka akan gagal jika tiada kenderaan di pintu keluar terowong tersebut. Perancangan operasi ini nampak lemah dan tidak fullproof. Ada banyak cara yang lebih efisien untuk mereka menyelesaikan misi utama tanpa melibatkan misi terowong. Misi utama membunuh Fausto yang bermula dengan misi memintas kereta Rafael di Mexico itu turut dibantu oleh kapal terbang drone. Persoalannya kenapa mereka tidak memintas sahaja kereta Rafael dengan kerjasama perisikan di bahagian Mexico. Merekakan CIA. Oh lupa nak bagitahu. Mereka sebenarnya CIA. Selain itu, filem ini kelihatan janggal apabila pasukan FBI kelihatan mudah dipermainkan oleh pasukan CIA. Pasukan FBI tidak diberikan gambaran jelas tentang misi dan motif operasi. CIA bertindak demikian bertujuan untuk mempergunakan FBI bagi memudahkan kelancaran operasi domestik dengan alasan bidang kuasa CIA boleh diguna pakai hanya di luar negara. Kate pula sebagai seorang yg berpangkat dlm FBI dilayan spt budak sekolah yg baru dapat kerja apabila menyertai pasukan gabungan khas. Bagi aspek lakonan pula, Emily Blunt membawa watak Kate dengan cemerlang sekali. Namun lakonan Benicio del Toro sebagai Alejandro sangat mencuri tumpuan. Lakonannya yang tenang dan misteri sangat meyakinkan.
Saat mencemaskan dalam terowong


Muzik dan lain-lain - Skor muzik oleh Johann Johannson sangat cemerlang. Muziknya intense dan distrubing. Temponya bermula dengan perlahan pada beberapa babak seolah-olah ingin memberitahu penonton akan ada bahaya di hadapan. Apabila ia sampai ke momen klimaks, skor disturbingnya sangat memukau. Secara keseluruhan skor muzik oleh tuan Johann bergerak harmoni pada setiap babak dan muziknya agak minimalist. Peranan cinematografi filem ini juga sangat berkesan dalam memberi mood filem. Terdapat ariel shot yg menawan. Scene malam bermula dengan shot silhouette yang cantik di waktu senja. Keadaan malam yang sangat gelap digambarkan agak misteri dan menakutkan seperti ada bahaya dihadapan. Apa yg menarik shot waktu malam itu diselangselikan dengan shot thermal vision dan night vision dari kaca mata watak2 yg terlibat. Ia seperti membawa penonton masuk sekali ke dalam terowong bersama mereka. Editing juga sangat membantu filem ini. Momen kegemaran saya ketika mereka masuk ke pekan mexico itu sangat mendebarkan. Penonton dapat merasai setiap inci perjalanan ketika mereka masuk ke pekan itu dengan banyak shot2 mendebarkan dari pelbagai angle. Padahal babaknya simple dari point A ke point B untuk mengambil banduan. Di sini mereka berjaya mencipta mood yg mencengkam walaupun tiada ancaman ketika itu. Anda dapat rasakan ancaman sedang menanti dihadapan.
Saat mendebarkan ketika masuk kampung orang

Kesimpulan - Walaupun plotnya kelihatan sedikit lemah dan naratifnya agak perlahan. Sicario secara keseluruhan merupakan filem yang berjaya dengan cemerlang. Mood yang kelam, intense, dan disturbing yang diangkat tuan Denis telah memberi roh yang kuat pada naskah ini. Kekuatan sesebuah filem itu bergantung pada naskahnya. Namun disini Sicario sebagai naskah biasa telah membuktikan kehebatan tuan Denis sebagai seorang pengarah. Tahniah kepada beliau dan semestinya saya sebagai peminat setia tidak sabar menunggu karya beliau yang seterusnya. Untuk pengetahuan, tayangan Sicario sangat terhad, jangan lepaskan peluang menontonnya. Bergegas ke pawagam dengan segera untuk merasai mood Sicario.

My personal evaluation: 8.0/10 bintang



No comments :

Post a Comment