Saturday 3 May 2014

CINEMA TODAY: The Amazing Spider-Man 2 (2014)


CINEMA TODAY: The Amazing Spider-Man 2 (2014)
Directed by Marc Webb

Filem superhero mempunyai evolusinya yg tersendiri. Bermula dari awal 90an, pada mulanya filem sebegini seperti tidak berjaya meyakinkan minat penonton. Ini kerana jalan ceritanya yang agak kebudak-budakan, membosankan serta perkembangan watak yang sangat lemah. Kini filem superhero mula diterima ramai kerana ia merupakan cabaran adaptasi yang menarik apabila watak komik cuba dihasilkan dalam penceritaan yang realistik dengan perkembangan watak yang mantap walaupun ia berada di alam fantasi. Bermula dengan filem seperti X-Men, Batman Begins sehingga menghasilkan filem cemerlang seperti the Avengers. Kini Hollywood melayan filem genre ini dengan layanan yang sangat istimewa. Barisan kelas A Hollywood bermula dari pengarah, penulis, pelakon, komposer mahupun produser akan dipilih kerana Hollywood tahu pulangan busines dengan untung yang besar menunggu mereka.

The Amazing Spider-Man 2 merupakan sajian terbaru Hollywood bagi genre filem superhero. Secara jujurnya saya menetapkan harapan yang tinggi untuk filem ini. Kerana pada saya, sudah menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini bagi sebuah filem superhero mendapat rating yang tinggi dari penonton. Lihat sahaja filem-filem superhero dari Marvel Cinematic Universe, hampir kesemua filem hasil garapan mereka berjaya dan konsisten.

Plot - Filem arahan Marc Webb ini mengisahkan Peter Parker menjalani kehidupan merbahaya sebagai Spiderman terpaksa meninggalkan kekasihnya Gwen Stacy atas amanah yang dipegang dari arwah bapa Gwen yang tidak mahu melihat anak perempuannya terdedah pada risiko dan ancaman dari kehidupan merbahaya Peter. Dalam masa yang sama, rakan lama Peter iaitu Harry Osborn yang menjadi waris tunggal syarikat gergasi Oscorp meminta bantuan Peter untuk mendapatkan darah Spiderman bagi mengubati penyakit genetik beliau. Dengan bantuan Electro aka Max Dillon, Harry cuba mendapatkan kembali pemilikan syarikat beliau yang telah dirampas oleh Donald Menken dan merancang untuk memburu Spiderman bagi memulihkan penyakitnya yang mula kronik.

Storytelling - Bagi saya filem ini sangat lemah dari segi penceritaannya. Ada dua main plot yang cuba disampaikan iaitu plot pertama hubungan cinta Peter dan Gwen dan plot kedua kisah Harry Osborn dan syarikat jahat Oscorpnya. Selebihnya adalah subplot-subplot yang yang ditampal kepada dua main plot tadi. Filem ini seperti tidak kuat dalam menceritakan kesemua plot. Ada kalanya ia tidak fokus, pada beberapa scene ia seperti tidak perlu dan out of place, ada kalanya ia seperti meleret dan yang teruk sekali bila scene yang perlu seperti tidak ditekankan.
Sebagai contoh scene awal tentang pengenalan Rhino di mana adegan car chase itu pada saya tidak perlu. Scene itu nampaknya macam penting untuk beritahu pada penonton mamat itu akan jadi Rhino pada akhir cerita. Tapi pada akhir cerita karektor Rhino itu tidak mendapat apa-apa perhatian dan treatment sewajarnya. Kewujudannya hanya sebagai watak untuk melariskan patung mainan kanak-kanak.
Kisah bapa Peter nampak seperti penting padahal kisah itu sudah diceritakan dalam amazing spiderman yang pertama dimana hendak beritahu betapa jahatnya syarikat Oscorp dan eksperimen yang mereka lakukan. Disini bila ia cuba menunjukkan scene kematian ibubapa Peter dalam kejadian kapal terbang terhempas yang mendebarkan ia cuba hendak memberi karektor development yang sewajarnya pada bapa Peter tapi hakikat sebenarnya tidak perlu kerana mereka sepatutnya memberi tumpuan pada karektor development antogonis yang pada saya watak mereka sangat kartun. Hubungan Peter dan Gwen cuba ditonjolkan dengan penuh emosi dan menyedihkan dengan alunan piano yang wajib ada bila wujud dialog antara mereka dan beberapa scene wajib bagi Peter menangis. Tapi apa yang menyedihkan saya sebenarnya ialah konflik yang timbul antara watak adalah tersangat lemah dalam cerita ini. Electro tiba-tiba bermusuh dengan penuh dendam dengan spiderman. Dimana konfliknya?? Harry Osborn yang tiba-tiba menjadi benci yang amat pada Peter bila dapat tahu Peter ialah Spiderman yang secara kebetulan dapat menjejaki Spiderman di stesen jana elektrik. Semuanya terjadi dengan tiba-tiba seperti dengan sekelip mata tanpa sebab musabab yang kukuh. Tragedi yang menimpa Gwen juga boleh dipertikaikan. Kenapa tiba-tiba Gwen nak jadi hero bantu Spiderman. Dimana pihak berkuasa ketika itu. Bagaimana Gwen sorang je yang datang ke tempat kejadian. Mana pergi rakyat New York yang lain. Petugas stesen jana kuasa? Polis? Bomba? Orang lalu lalang?

Character development - Perkembangan watak bagi filem ini adalah sangat mendukacitakan. Franchise Spiderman yang sudah masuk filem kelima ini seperti tidak mahu belajar atas kesilapan Spiderman 3 dahulu. Filem spiderman ini nampaknya seperti langit dengan bumi jika dibandingkan dengan filem-filem dari Marvel Cinematic Universe. Melalui pemerhatian saya,kenapa filem-filem MCU itu mempunyai perkembangan watak yang bagus ialah watak jahat mereka itu secara semujadinya memang jahat. Konflik watak antagonis dan portagonis akan terhasil lebih kukuh dan relevan kerana ada pertembungan sifat berlawanan yang significant antara mereka. Apa yang menjadi masalah dalam filem Spiderman ini, bukan kerana ada ramai watak jahat. Tapi perkembangan watak jahat yang kartun dan konflik yang tidak masuk akal. Pada saya tak perlu rasanya hendak menceritakan kesemua origin watak jahat. Contohnya jika ada lapan watak jahat. Kelapan-lapan watak jahat itu mahu diceritakan asal usul bagaimana mereka dapat superpower mereka. Yang menggelikan hati ialah watak jahat ini sebelum dia dapat superpower orangnya baik, tak ganggu orang. Tp bila dapat superpower mereka dengan "tiba-tiba" menjadi jahat tanpa alasan yang kukuh. Sebagai contoh kita boleh lihat Electro dalam filem ini. Apa alasannya dengan tiba-tiba memusuhi Spiderman dengan penuh dendam. Di mana konfliknya? Oooo spiderman dah malukan aku. Hei. Dia bukan orang bodoh. Dia kan jurutera di syarikat Oscorp. Hadoi. Watak Harry Osborn juga nampak 2 dimensional. Alasan yang tidak kukuh untuk menjadikan Harry bermusuh dengan Peter walhal mereka ni kawan lama. Dan saat Harry menjadi goblin dengan tiba-tiba mengenakan suit goblin dalam masa 5 saat (padahal baru pertama kali lihat suit itu) nampak seperti tergesa2.

Skrip dan lakonan - Skripnya di sesetengah scene seperti menonton cerita kartun. Lakonan tidak ada yang boleh dibanggakan. Nampak seperti tidak ikhlas dan bersungguh dan ada kalanya melebih-lebih. Senyuman Emma Stone nampak seperti tidak selesa melakonkan watak Gwen Stacy. Saya juga suka melihat Andrew Garfield menangis sehingga boleh diteka bila masanya dia akan menangis sebelum dia menangis.

Muzik dan lain-lain - Ok. muzik dalam filem ini tersangat berbau Hollywood. Hampir kesemua scene termasuk scene bercakap mahupon scene aksi akan ada muzik latar. Hmmmm. Kadang-kadang terasa seperti tidak perlu. Hampir kesemua scene dialog antara Peter dan Gwen wajib ada bunyi piano dengan note yang simple. Bayangkan jika sebuah filem dengan scene seorang murid meminta izin dari gurunya pergi tandas dengan dihiasai dengan muzik latar. http://m.youtube.com/watch?v=hnxjcMOeyRo. Ini bukan filem muzikal.
Ia terasa seperti tidak natural bukan. Itulah yang saya rasa dalam filem ini. Muziknya seperti tidak kena pada tempat-tempat tertentu dan kadang-kala melebih-lebih. Ok. Sebagai pengetahuan komposer filem ini bukan seorang tapi 3 orang. Komposernya yang agak popular iaitu Johnny Marr (bekas gitaris band kegemaran saya, The Smith), Hans Zimmer, dan Pharrells Williams. Tapi hasilnya boleh dilupakan begitu sahaja.
Ada satu perkara sahaja yang boleh dibanggakan oleh filem terbaru spiderman ini iaitu CGInya. CGInya sangat cantik dan boleh dikatakan yang tercantik setakat ini bagi tahun 2014.  Penonton seperti saya sangat teruja ketika aksi Spiderman bergayut di bandar New York dan aksi-aksi lawan yang memukau sehingga terpacul perkataan WOW ketika menontonnya.

Kesimpulannya, hasil karya terbaru Marc Webb ini mengingatkan saya pada filem Batman and Robins arahan Joel Schumacer. Filem tanpa penceritaan yang baik dan perkembangan watak yang lemah. Bagi peminat komik mahupun peminat setia Spiderman. Filem ini memang sesuai untuk anda. Tetapi bagi saya franchise Spiderman milik Sony Pictures ini seolah-olah hilang arah dan ketinggalan dalam pembinaan franchise dengan penekanan evolusi watak seperti yang wujud dalam franchise trilogy Dark Knight atau franchise Marvel Cinematic Universe. Mungkin sudah tiba masanya Spiderman diserahkan pada Walt Disney supaya mastermind dari Marvel iaitu Kevin Fiege dapat membantu dalam menyelamatkan watak ini dari repetetive story yang membosankan.

My personal evaluation : 5.5 /10 bintang

No comments :

Post a Comment