Wednesday 15 January 2014

CINEMA TODAY: Her (2014)


CINEMA TODAY: Her (2014)
Directed by Spike Jonze.

Setelah menonton filem-filem Spike Jonze sebelum ini seperti Being John Malkovich dan Where The Wild Things Are. Saya seperti mengharapkan sesuatu persamaan dari filem terbarunya iaitu Her. Persamaan itu ialah sebuah filem yang kreatif dan bermain dengan psikologi serta imaginasi. Persamaan ini memang terdapat dalam filem Her.

Ya. Harapan saya kepada filem Her juga sangat tinggi. Sukacita dimaklumkan filem HER memang sebuah karya yang hebat dari Spike Jonze. Sebuah filem cinta science fiction dimana teknologi dapat membantu menguruskan kehidupan seharian dan menjadi peneman hidup di masa akan datang.

Plot - Mengisahkan Theodore Twombly yang berusaha untuk mencari pasangan untuk memenuhi kesunyian yang dialaminya setelah bercerai dengan isterinya. Pencariannya berakhir apabila ia menjalinkan hubungan yang abnormal dengan wanita alam maya iaitu sebuah program A.I. (artificial intelligance) bernama Samantha.

Storytelling - Secara peribadi, filem ini mempunyai keasliannya dan penonton dapat mengaitkan watak Theodore pada diri mereka serta dapat merasakan kewujudan program seperti Samantha tidak mustahil akan wujud dimasa akan datang. Kisah Theodore diceritakan dengan kemas, tidak meleret. Ia banyak memfokuskan psikologi beliau bersama program Samantha serta impak kepada hidupnya. Apa yang menarik, Spike Jonze berjaya menyelitkan banyak humor, rasa cinta, emosi yang keliru, tragedi, dan obsesi yang menakutkan dalam filem ini.

Skrip dan lakonan - Skripnya cemerlang. Lakonan sangat mantap. Joaquin Phoenix memegang watak Theodore memang boleh dipuji.Pada saya lakonannya lagi hebat dari watak Johnny Cash yang dibawa dalam filem Walk The Line. Watak murung Theadore yang   berinteraksi dengan Samantha yang tidak wujud berjaya dilakonkan dengan penuh emosi. Watak Samantha yang hanya menggunakan suara pelakon Scarlett Johansson juga tidak kurang hebatnya. Lenggok suaranya dan perwatakan yang dibawa oleh suaranya sangat real dan boleh mencairkan perasaan mana-mana lelaki.

Character development - Watak Theodore memang dikembang dengan baik. Penonton seperti dapat merasai perasaannya dan apa yang terbuku dalam hatinya. Kesedihan dan kemurungan, emosi dalam menjalinkan hubungan, obsesi yang menakutkan sehingga jiwa, raganya seperti diserahkan bulat-bulat kepada program Samantha.

Muzik dan lain-lain - Seperti filem Spike Jonze yg lain, muziknya memang bersesuaian dengan filem dan disusuli dengan lagu-lagu yg menarik.
Cinematografi juga menarik. Saya juga gemarkan konsep masa hadapan yang dicipta. Tidak jauh beza dengan zaman sekarang cuma teknologi interaktifnya sangat maju ke hadapan dan tidak lupa costum yang colorful dan ranggi. Sentuhan artistik dalam beberapa scene juga sangat menarik dan membuatkan filem ini lebih terasa dari segi emosinya.

Kesimpulannya. Filem Her merupakan sebuah filem hebat yang cuba menyentuh tentang sejauh mana cinta dan kehendak seseorang dapat mengeratkan sesebuah hubungan. Watak Theodore yang inginkan hubungan cinta dengan pasangan yang boleh memahami setiap inci perasaannya akhirnya terperangkap dengan obsesi yang menakutkan sehingga sanggup bercinta dengan sebuah suara.

Nota: Filem ini hanya untuk orang dewasa. Sila tinggalkan anak anda dirumah.

Personal Evaluation saya : 8.5/10 bintang

No comments :

Post a Comment